12 • f3: Algebraic expressions III

7.5K 659 144
                                    

— Maths —





          "Hari ni kita belajar Algebraic Expre-"

          "Alaaahhhh!" Ain tiba-tiba mengeluh sebelum sempat Airil menghabiskan ayatnya.

          "Dah kenapa kau?" Tanya Airil pelik.

          "Aku tak suka chapter niii."

          "Suka ke tak suka, kau kena belajar juga. Chapter ni selalu keluar dalam exam." Buku latihan dibuka oleh Airil ke muka surat topik Algebraic Expression III.


          "Okey, jom start." Airil mencapai sebatang pen dan mula mengajar Ain.

          "Tak boleh ke kita skip je chapter ni?" Ain bertanya, berharap lelaki itu kasihankan dia.

          "Jangan nak mengada." Balasan Airil membuatkan bibir gadis tersebut memuncung. Ish, garang sungguh cikgu ni.

          "Sebelum kita mula jawab soalan, kau kena tahu dulu cara-cara nak factorise equation. Kau tahu tak caranya?"

          "Tidak, cikgu." Ain menggeleng kepalanya.

          Mendengar balasan Ain, Airil turut menggelengkan kepalanya. Haih, apa nak jadilah dengan perempuan ni? Semua benda tak tahu.

          "Okey, contohlah soalan kata factorise nombor 55. Bila kau factorise dia, jadilah 11 x 5. Dia macam kau pecahkan dia jadi equation sebelum dapat jawapan 55 ni. Faham?"

          "Oh... aku rasa aku faham." Wajah Ain jelas menunjukkan bahawa dia masih tidak jelas dengan keterangan Airil.

          "Kita cuba buat soalan dulu, baru kau boleh faham."





          Soalan 1

Factorise:
          i) 18a + 3
          ii) 5m + 25
          iii) x² - 2x - 15
          iv) 7a + 9ab





          "Banyaknya..." rungut Ain bila melihat bilangan soalan yang perlu dijawab.

          "Banyak mende kau? Empat je. Bukannya susah pun."

          "Ish. Kau dah pandai, bolehlah cakap senang."

          "Dah sudah, meh aku ajar." Airil menarik buku agar dapat dilihat antara mereka berdua.

          "Firstly, tengok soalan. Dia bagi 18a + 3. Nak factorise, kau keluarkan satu-satu. Tulis 18a = 18 x a. Betul tak? Ke benda ni pun kau tak tahu juga?"

          "Aku tahulah. Aku takdelah bodoh sangat." Balas Ain sambil menjeling Airil.

          Airil membalas jelingannya. Macam mana agaknya suasana dalam bilik tu? Masing-masing kerja menjeling aje.

          "Lepas tu, 3 ni pula nak buat apa? Dia seorang je kan?"

          "Hm." Ain mengangguk.

MathsWhere stories live. Discover now