06 • Lies

8.5K 859 132
                                    

— Maths —





Ain menyemburkan minyak wangi pada tubuhnya sebelum menyarungkan topi berwarna merah jambu lembut di atas kepalanya. Dia membetulkan ikatan ponytail dia sebelum mencapai beg galas kecil lalu digalas pada sebelah bahu. Kemudian, langkah disusun turun ke tingkat bawah.

"Mamaaa~ Ain nak keluar tau! Petang nanti baru Ain balik." Ujar Ain dengan suara dikuatkan agar Puan Liza yang berada di dapur dapat mendengarnya.



"Eh, kejap kejap!"

Ain yang baru saja ingin membuka pintu rumah terhenti apabila mama dia memanggil.

"Nah, bagi bekal ni dekat Si Airil tu. Dah seminggu dah Ain belajar dengan dia tapi bawa tangan kosong kan? Ha, hari ni bagilah sesuatu."

Sebuah bekas yang berisi makanan diserahkan kepada Ain.

"Eh tapi-"

"Tak ada tapi tapi! Mama nak Ain bagi dia juga. Penat mama masak ni." Puan Liza masih menghulurkan bekas tersebut kepada Ain. Lambat-lambat gadis itu menerimanya.

"Yelah. Bye, ma." Ain menyalam Puan Liza sebelum melangkah keluar rumah.

Pintu kereta Jaguar milik Izz yang terletak di luar halaman rumah Ain dibuka sebelum Ain memasuki ke dalam perut kereta.

"Eh? Apa ni?" Tanya Izz sebaik saja dia nampak bekas makanan yang dibawa teman wanitanya itu.

Ain berfikir sejenak.

"Err.. ni haa... mama suruh bagi kat you. Dia suruh you makan."

Bekas makanan itu bertukar tangan.

"Betul ke? Aww.. cakap kat mama terima kasih tau. Susah susah je." Izz membuka penutup bekas tersebut dan bau nasi ayam masak merah memenuhi ruang kereta.

"Mmm~ sedapnya bau." Ujar Izz dengan senyuman lebar membuatkan Ain yang memandangnya tersenyum.



Comelnya lahai dia ni.

Bisik hatinya. Sayang betul dia terhadap lelaki itu.


"Ni nak pergi mana ni?" Tanya Izz sambil menutup bekas itu semula.

"Sara?" Izz melambai depan muka Ain bila gadis tersebut terlalu asyik memerhati wajahnya.

"Saraaaa?"

"Ah, y-ye? Err, sorry." Gelabah Ain selepas tersedar dari lamunan.

Gelagatnya membuatkan Izz tergelak kecil.

"Comel." Kata lelaki itu sambil mencubit manja pipi Ain.

"Nak pergi mana, Sara?"

"Erm... shopping mall jom?"

"Jom."

Kereta dipandu dengan cermat menuju ke pusat beli-belah besar yang terdapat di bandar itu.





~~~~





"Izz, I nak pergi Popular jap. Nak beli buku rujukan." Tutur Ain lalu menyedut sedikit air Tealive dia.

"Ha, okay. Dah alang-alang ni, I pun nak cari barang seni I juga."

Mereka berdua pun berjalan sama-sama ke kedai buku Popular.

Sampai di situ, Izz dan Ain melangkah masuk ke dalam lalu mencari apa yang patut.





~~~~





Airil masuk ke ruangan buku-buku rujukan di sebuah kedai buku. Dia mencari buku subjek Matematik untuk digunakan semasa mengajar pelajar annoying dia nanti.

Siapa lagi kalau bukan Ain?

Dah masuk seminggu Airil mengajar gadis tersebut. Dia dapat mengagak bahawa gadis itu kurang membuat latihan dan sebab itulah Ain seorang saja yang gagal dalam ujian pertengahan tahun.

Sedang dia memilih, dia ternampak Ain berada berdekatan dengannya di sudut alat seni. Lantas Airil menyorok dirinya dengan berdiri di sebalik rak buku tidak jauh dari situ.

Berkerut dahinya saat melihat aksi sweet antara Izz dan Ain di depan matanya.

Tanpa membuang masa, dia terus meninggalkan kawasan itu apabila Ain masuk ke ruangan buku rujukan Matematik juga.




Ini hal kau ye? Keluar lepak je?? Heh, teruk teruk.

Entah kenapa hati Airil berasa panas melihat hubungan akrab antara Ain dengan lelaki tadi. Bukan apa. Tak suka dia tengok pasangan couple ni. Lagi-lagi yang jenis menunjuk-nunjuk di tempat awam.





~~~~





"Sara, I nak tanya ni." Izz memulakan perbualan sewaktu dia dan Ain berada di kedai Baskin Robbins.

"Hm, tanyalah." Balas Ain lalu sesudu kecil aiskrim mangga disuap ke dalam mulut.

"Siapa lelaki yang you jumpa kat tempat parking sekolah tu?"

Nak tercekik sudu aiskrim Si Ain bila dia mendengar soalan Izz.


Dia nampak aku dengan Airil tadi?



"Oh tu... dia classmate I. Airil namanya. I kena discuss pasal kelas antara I dengan dia."

"Kelas?" Kening Izz bertaut.

"Erm... markah exam Maths I kan rendah. So cikgu suruh dia ajar I la." Jelas Ain.

Izz mengangguk.

"Kenapa tak suruh I je yang ajarkan?"

"Alaa.. kalau ikutkan, I pun malas nak belajar dengan dia. Dahlah sombong. Lepas tu asyik marah-marah je."

"Alalalaa... shiannn dia ni. Takpe, nanti I bagitahu cikgu eh?"

"Eh, takpe takpe. Nanti cikgu ingat I mengada dengan you pula. Ha, lagi satu masalah pula."

"Yelah." Izz sambung menyuap aiskrim strawberi ke dalam mulutnya.





❤️❤️❤️

Sampai 3 orang kau tipu, Ain.. ish ishh

MathsWhere stories live. Discover now