27 • Hot gossip

5.4K 624 75
                                    

Maths





          Hari persekolahan berlangsung seperti biasa. Ain bercadang ingin menumpang kereta Airil apabila waktu balik tiba memandangkan papa dia ada mesyuarat penting di kerja.

          Airil pun menunggu wanita tersebut di dalam keretanya sambil kepala terangguk-angguk mengikut rentak lagu radio. Kata Ain, dia ingin ke kantin sekejap ingin membeli kuih. Lapar sangat pula.

          Seketika kemudian, pintu kereta sebelah tempat duduk pemandu dibuka dari luar. Kelihatan Ain memasuki kereta dengan muka masam.

          "Kenapa ni?" Tanya Airil.

          Namun, gadis di sebelahnya itu cuma menggeleng dan senyap saja. Kuih di tangannya dikeluarkan dari plastik dan digigit perlahan.



          Heih, budak ni. Elok je mood dia tadi. Tiba-tiba je masam kenapa?

          Hati Airil berbisik.

          Tanpa banyak tanya, Airil pun memandu meninggalkan pekarangan sekolah. Kereta dihentikan bila nampak lampu isyarat menunjukkan warna merah. Suasana sunyi saja dalam kereta tersebut. Hanya lagu radio yang memenuhi ruang sepi itu.

          Airil memalingkan pandangan ke arah Ain yang baru saja menghabiskan kuih.



          Haih, senang betul moody dia ni. Apa jadi tadi?




          "Kenapa ni weh? Senyap je dari tadi. Selalu memekak je kau." Tanya dia.

          "Takde apa." Balas Ain ringkas.

          "Menipu kau. Kalau takde pape, apasal diam je?"

          "Aku diam pun salah ke?"

          "Cakaplah something. Cakap banyak-banyak sampai kau sakit tekak, ha baru takyah cakap."

          "Kau ni... orang tengah marah, dia buat lawak pula." Ain melempar pandangan ke luar tingkap.

          "Ha, marah kenapa? Bagitahulah."

          "Lampu dah hijau tu weh."



          Pin pin!

          Bunyi hon kereta daripada pemandu belakang kedengaran.

          "Aish." Airil terus menukar gear dan sambung memandu sehingga sampai di rumah Ain.



          Kelam-kabut sangat nak ke mana orang belakang ni? Gila.





~~~~





          Semasa mengulang kaji bersama, Ain hanya diam saja. Bila ditanya soalan, dia menjawab dan kemudian senyap semula. Airil pun mula berasa bosan.

          Sekarang ni waktu untuk berehat sebentar. Airil dan Ain melangkah keluar dari bilik untuk makan tengah hari tetapi Ain tiba-tiba melencong pergi ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Matanya ditumpukan pada skrin Iphone 7 plus dia.

MathsWhere stories live. Discover now