Sinopsis

4.1K 145 5
                                    

© All Rights Reserved by Maya Mohamed

Pimpin Aku Ke Syurga is strictly mine. Plot dan idea cerita ini datang dari imaginasi asal saya. Tidak diciplak atau ditiru dari mana-mana babak yang ada di dalam sebarang cerita. Kredit diberikan kepada lagu Bukan Cinta yang dinyanyikan oleh Amylea. Cerita ini terinspirasi dari lirik lagu tersebut. Setiap nama dan tempat yang digunakan juga tidak diambil dari mana-mana watak di novel lain. Jika ada persamaan dari segi watak, nama, plot, dialog, idea dan babak, itu sama sekali di luar kotak pengetahuan saya. Jadi, berhentilah tuduh seseorang penulis itu plagiat cerita orang lain tanpa bukti kukuh dan sahih hanya kerana karya mereka lebih baik dan menarik. Jadilah pembaca yang berfikiran positif dan bijak menilai.


         

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Az-Zumar, ayat 53.

.

Syahzani Amar, lelaki yang mengamalkan gaya hidup songsang. Segala yang dilakukannya hanyalah demi nafsu dan keseronokan semata-mata. Hidupnya tiada peraturan dan bebas bergaul tanpa ada sekatan dosa dan haram.
.
“It’s okay to be gay. And I think being gay is a blessing. And it’s something I am thankful for every single day.” — Syahzani Amar.
.
Namun, takdir sudah bergema. Pertemuan yang tak disangka antara dua jiwa, Ainnun Maryam terus mengubah hidup Syahzani Amar untuk selama-lamanya. Bagi Ainnun Maryam, dialah lelaki yang diimpikan selama ini. Manakala Syahzani Amar tidak mahu terus memberi harapan palsu kepada si gadis tersebut. Tatkala kasih mula berputik, cinta Ainnun Maryam ditolak mentah tanpa rasa simpati. Dia yang tidak mengenal erti putus asa tetap mengejar cintanya tanpa rasa penat. Dengan harapan, semoga cinta yang suci menjadi milik mereka.
.
There is a million reason— pada diri awak yang tak menepati kehendak saya!” Jerkah Syahzani Amar apabila kesabarannya mula menipis.

“Apa dia?” Ainnun Maryam bertanya dengan nada tenang walaupun hatinya bergelodak kencang.

Don’t you get it? I am gay!” Jujur lelaki itu. Ditenung wajah bujur sireh wanita itu sedalam-dalamnya.

Ainnun Maryam terpempam. Lidahnya terkaku seribu bahasa. Tanpa sedar, mutiara jernih itu menitis perlahan di lurah-lurah pipinya. Saat hati sudah terbuka untuk menerima kehadiran seorang lelaki sebagai pemilik cinta dalam hidupnya, namun peluang itu terhempas bagai kaca yang berderaian. Ainnun Maryam redha dengan ketentuan Allah Swt.

“Sekiranya dia adalah jodohku yang tertulis di Arasyh–Mu, maka kau berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Dan sekiranya dia bukanlah calon bidadaraku di Syurga–Mu, maka kau lunturkanlah rasa cinta dan sayang ini buat selama-lamanya. Sesungguhnya, tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta–Mu, Ya Allah, Ya Rabbal Al Amin.”— Ainnun Maryam.

“Ana uhibbuki fillah.”— Syahzani Amar.

.

Demi kasihnya, Ainnun Maryam bertekad ingin mengubah Syahzani Amar menjadi manusia yang lebih baik. Menjalani hidup sebagai Hamba Allah yang diredhai. Baginya, cinta bukan beerti memiliki tetapi ianya tentang sebuah pengorbanan.  Apakah yang dia perlu lakukan untuk menjadikan seribu kekurangan di mata Syahzani Amar itu bertukar menjadi seribu keistimewaan?







  Apakah yang dia perlu lakukan untuk menjadikan seribu kekurangan di mata Syahzani Amar itu bertukar menjadi seribu keistimewaan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pimpin Aku Ke SyurgaWhere stories live. Discover now