BAB 7

1.1K 92 3
                                    

LANGKAH Syahzani dipercepatkan sehingga dia hampir tersandung gara-gara tersepak batu di jalan. Meliar-liar kornea matanya melihat di sekeliling perkarangan halaman yang hening. Di tambah lagi dengan suasana gelap yang hanya diterangi cahaya samar dari lampu tiang elektrik. Tika itu, pandangannya terpusat pada bonet kereta Encik Muhsin di garaj. Kemudian Charles Jourdan di pergelangan kiri dikerling sekilas. Sudah lepas pukul satu pagi.

"Mampuslah aku, confirm kena tarbiah!" Rungutnya sendiri.

Diburu rasa gelisah, Syahzani langkahkan kakinya terus ke pintu rumah. Saat itu. Dia baru tersedar lampu ruang tamu masih bernyala. Sah! Syahzani cuak. Bagai cacing kepanasan Syahzani mundar-mandir di hadapan pintu rumahnya Mindanya berselirat dengan andaian dan teka-teki. Tertanya-tanya sama ada si ayah atau si ibu yang masih berjaga.

"Lantaklah!" Dengusnya.

Tanpa berfikir panjang, dia segera membuka pintu rumah dan masuk ke dalam bersama perasaan yang bercampur baur

Pintu yang terkuak ditutup lalu dikunci semula. Dari ruang tamu dia memanjangkan langkahnya ke dapur. Apa yang dia lihat ruang itu ternyata kosong. Rasa berdebar itu kian surut. Dia tercegat sambil bercekak pinggang seiring dengan nafas lega yang dihela panjang. Mungkin ibunya terlupa menutup lampu sebelum tidur.

Rasa kantuk mula datang, Syahzani sudah menguap kecil. Dia yang kepenatan langsung menaiki anak tangga. Tapak kakinya berderap separa perlahan, risau sekiranya Encik Muhsin tersedar dari tidur. Lebih parah lagi jika Puan Fatimah yang terjaga. Sehari suntuklah dia akan dibebel. Tak sanggup dia hendak menahan telinga jika ibunya sudah membuka mulut. Hitam katanya, hitamlah. Putih katanya, putihlah. Tidak ada kelabu atau biru lagi. Begitu juga dengan teguran si ayah. Tajam kata-kata itu bagaikan bilah pedang samurai. Tertusuk hingga ke relung hati.

Sedang dia mengatur jalan ke bilik, gegendang telinganya menangkap satu suara halus ketika dia melewati bilik Encik Muhsin dan Puan Fatimah. Secara automatik kakinya terhenti kaku. Pintu yang tidak tertutup rapat membolehkan Syahzani mengintai dari celahan lubang. Untuk melihat visual yang lebih jelas, daun pintu itu ditolak perlahan. Kelihatan di satu sudut Encik Muhsin sedang bersujud. Barangkali ayahnya mengerjakan solat sunat Tahajjud. Kemudian matanya beralih ke arah si ibu yang tertidur pulas di atas katil.

Bangkit dari sujud, Encik Muhsin duduk bersimpuh dan meneruskan pembacaannya. Akhir sekali solat itu disudahi dengan salam kiri.

"Assalamualailum warahmatullah..." Lantas wajah itu disapu. Bibirnya terkumat-kamit membaca beberapa doa pilihan yang lain.

Encik Muhsin membetulkan cara duduknya dari bersimpuh ke bersila. Dia melenggok ke kiri dan ke kanan, berzikir. Panjang bacaannya sehingga Syahzani terleka kerana khusyuk mendengar. Selesai berwirid, Encik Muhsin menadah tangannya lalu bermohon kepada Yang Maha Esa.

"Ya Allah, Yang Maha Pengasih. Segala puji bagi-Mu, kami bersyukur di atas nikmat dan kurnia yang kau berikan. Di atas rezeki yang kau limpahi. Kesejahteraan dan keberkatan yang tak putus-putus kau salurkan. Jadikanlah kami sebagai hamba-Mu yang beriman, yang beramal dan yang rajin mendirikan solat. Ya Allah, Allahu Rabbi laa usriku bihi syai,a, kau lembutkanlah hati anakku Syahzani Amar agar dia sentiasa beriman dan berada di jalan-Mu. Peliharalah dia dari sebarang kecelakaan dan pandangan mata yang jahat. Ampunkanlah dosa dan kelalaiannya. Jangan biarkan anakku terus hanyut dan leka dengan nikmat dunia ini..."

Tangkai perasaan Syahzani dijentik rasa pilu ketika mendengar bait doa yang dilafazkan oleh ayahnya. Di hujung tubir sudah terasa berat. Lantas dia memejamkan pelupuk matanya. Di saat mutiara jernih itu menitis, dia biarkan sahaja. Langsung tidak diseka. Hatinya dirundum sebak selari dengan himpitan perasaan bersalah.

Pimpin Aku Ke SyurgaWhere stories live. Discover now