BAB 14

1.1K 73 3
                                    

SYAHZANI tersentak tatkala bunyi penggera bergetar nyaring di gegendang telinganya. Tidur nyenyaknya terganggu gara-gara irama yang tak menyenangkan itu. Silapnya juga kerana memilih bunyi mesingan sebagai nada dering. Dengusan dihela seraya menekup telinganya dengan bantal kerana tidak tahan dengan bunyi bingit tersebut. Dalam keadaan separuh sedar, tangannya menggagau Huawei P30 di atas meja lantas mematikan penggera tanpa melihat skrin. Barulah dia menghembus nafas lega apabila ruang itu kembali senyap.

Sejurus itu, Syahzani segera berganjak dari katil lantas ke bilik air sementara telefon pintarnya disambung ke pengecas. Segala sendi yang berasa pegal seolah-olah kembali berfungsi tatkala air pancuran menyaluti tubuhnya. Automatik menjadi segar dan bugar. Usai mandi, tubuh tegap yang terdedah disarung dengan kemeja dan seluar slack. Dia berdiri di hadapan cermin sambil mengancing butang di kemeja. Manakala tali leher berwarna hitam sudah disimpul kemas dan rapi di bahagian kolar. Rambut yang separa lembap itu disauk ke belakang dengan tapak tangan yang sudah dilumur dengan pomade. Gaya slick back membuatkan Syahzani tampil lebih maskulin. Di tambah lagi dengan haruman Gucci for Men, cukup bagi menarik perhatian sesiapa sahaja yang berselisih dengannya.

Selesai bersiap, dia mencabut telefon dari pengecas dan segera keluar dari bilik sambil menyarung jam tangan di pergelangan kiri. Secawan kopi segera dan roti yang diapit dengan mentega sudah cukup sebagai alas perut. Dia tidak mahu mengambil kuantiti sarapan yang berlebihan untuk menghindarkan rasa kantuk semasa bekerja.

Tanpa membuang waktu, Syahzani beransur ke pejabatnya yang terletak di Jalan Dato Bandar. Kenderaan putih itu meluncur dalam kelajuan sederhana membelah jalan raya yang sesak dengan hiruk pikuk kehidupan bandar. Baginya, keadaan huru-hara itu sudah lali ditempuh memandangkan bandar Johor Bahru merupakan salah satu pusat perniagaan dan perdagangan yang terbesar di Malaysia.

Enjin kereta dimatikan sejurus Syahzani memarkir di ruang garaj khusus yang tersedia. Tanpa berlengah, Syahzani memasuki banggunan putih dua tingkat yang bertanda Mega Bina Sdn Bhd dengan perasaan megah. Syarikat itu merupakan hasil usaha sama Syahzani dengan rakan kongsinya selepas menamatkan pembelajarannya di Kolej Tunku Abdul Rahman sebagai pemegang sijil Ijazah Sarjana Muda bidang Seni Bina. Di situlah dia bertemu dengan Edruce. Keserasian ketika melakukan tugasan dan pelbagai program yang berkaitan dengan pembangunan dan seni bina di universiti menyebabkan mereka mula berkawan dan akhirnya akrab. Mereka bekerja kuat demi membangunkan sebuah firma arkitek persendirian. Biarpun kecil dan tidak mempunyai pekerja yang ramai seperti firma gergasi di luar sana, Syahzani tetap berbangga dengan prestasi syarikatnya.

"Angkatlah! Kenapa off telefon?" Dengusan Edruce menangkap perhatian Syazani sebaik pintu separa kaca dikuak. Jejaka kacukan Melayu dan Cina itu mundar-mandir sambil bercekak pinggang. Mulutnya pula tak henti-henti menghamburkan kata-kata makian bersama ekspresi wajah yang tegang.

"What's going on?" Tanya Syahzani ketika dia sudah berada di meja kerjanya.

Terangkat bahu Edruce dek teguran mengejut itu. Edruce segera mematikan panggilan lalu menoleh. Kelihatan Syahzani yang merupakan sahabat baiknya sedang terkebil-kebil mata.

"Bro! You just scared me half to death!" Edruce mengurut dadanya yang berombak kencang.

"Only half? Damn." Syahzani menyungging sinis. Punggung sudah dilabuhkan seraya menghidupkan komputer.

"Sejak bila kau masuk? Aku tak dengar pun?" Walaupun berdarah campuran, tuturannya lancar dan tidak pelat. Tiada sedikit pun slang Cina.

"Macam mana nak dengar kalau kau sibuk dengan phone. What's wrong? Busy semacam?" Syahzani mengutarakan soalan itu kali kedua.

Pimpin Aku Ke SyurgaWhere stories live. Discover now