BAB 15

1.3K 88 1
                                    

SEAWAL jam 8.30 pagi, kereta Honda Accord sudah pun memasuki ruang parkiran. Sejurus itu, enjin dimatikan. Syahzani menoleh ke sebelah, tiada bayang Toyota Hilux milik Edruce di situ. Malas hendak beranggapan buruk, Syahzani terus keluar dari perut kereta. Briefcase di tangan digenggam kemas bersama derap langkah yang berkeyakinan. Seperti biasa, Alya selaku pembantunya yang tiba lebih awal akan menyambut kedatangannya.

"Good morning, Tuan Syahzani."

"Good morning." Syahzani sempat tersenyum sebelum menolak pintu pejabat luas-luas.

Sejurus melabuhkan punggung, Syahzani segera menghidupkan komputer untuk memulakan kerjanya. Sesekali ekor mata Syahzani mengilas di meja Edruce yang masih kosong. Ruang pejabat terasa sepi tanpa celoteh dari lelaki itu. Jika tidak, pasti ada sahaja yang menjadi topik perbualan di setiap pagi. Tidak mahu terus membuang masa, Syahzani meneruskan kerja melakar menggunakan aplikasi AutoCAD di komputernya. Dia sungguh tekun agar tidak melakukan sebarang kesilapan semasa melakar. Jika tidak, ia akan merosakkan keseluruhan tim pembinaan. Jadi, Syahzani perlu berhati-hati untuk memastikan rekabentuk banggunan mematuhi undang-undang yang telah digariskan oleh PBT iaitu Pihak Berkuasa Tempatan.

Waktu berlalu pantas, namun Syahzani masih fokus dengan kerjanya. Tetap statik dan tidak bergerak dari kerusi. Walaupun perut mula berkeroncong, akan tetapi dia berkeras hendak menyiapkan lakaran projek yang sudah menjadi tanggungjawabnya.

"Such a waste!" Tak semena-mena Edruce menyerbu masuk ke dalam pejabat.

Pusat perhatian Syahzani terus beralih dari skrin komputer ke figura yang sedang mundar-mandir di hadapannya bersama wajah keruh. Melihat lagak kalut Edruce turut mengundang runsing di fikiran Syazhani. Sudahlah kepalanya berselirat dengan diameter dan perimeter banggunan, kini ditambah dengan hentak kaki Edruce yang persis askar sedang berkawad. Terpusing sana, terpusing sini!

"Kau apahal? Tak reti duduk ke?" Syahzani menyoal hairan.

"Dude, you are so right about mualaf. Aku rasa hubungan aku dengan Amy tak akan berhasil." Kata Edruce.

"What do you mean?"

"Semalam aku jumpa Amy untuk pujuk dia masuk Islam. Tapi macam yang kau cakap, Amy adalah bos kepada diri dia sendiri. Dia tak nak teruskan hubungan ni kalau aku masih paksa dia."

"Just get rid of her. Kau tak akan rugi apa-apa." Ujar Syahzani bersahaja sambil menyemak kepilan dokumen di tangannya.

"Kau expect apa? Aku boleh teruskan hidup tanpa ada rasa apa-apa? Syah, hubungan aku dengan Amy bukan main-main. Kami almost setahun, satu masa yang panjang bagi aku. Dah bermacam-macam aku lalui dengan dia. Jadi tak semudah itu aku boleh lupakan dia. It takes time, bro!" Edruce menekan nada sambil biji matanya cerun merenung wajah Syahzani.

"I totally understand. Tapi masalahnya, kau terlalu obses dengan Amy."

"I am not obsessed with Amy." Sangkal Edruce disertai dengan jelingan berupa amaran.

"Really?" Jelas sekali nada Syahzani berbaur sarkastik. Dia bersandar sambil memerhatikan Edruce yang sedang bercekak pinggang kini sudah terdiam seakan-akan berfikir.

Edruce mengeluh. Sungguh, dirinya tidak dapat menangkis kenyataan Syahzani. Tiba-tiba dia merasakan kejantanannya tercabar apabila dikatakan obses dengan bekas kekasih sendiri. Lelaki berdarah campuran itu merengus geram. Kata-kata Syahzani terlalu perit untuk dihadam, namun itulah kebenarannya.

"Am I?" Edruce bertanya perlahan.

Syahzani mengangguk tanpa teragak-agak.

"Disebabkan itulah, Amy layan kau macam sampah. Tak jawab call, ignore kau. Buat kau tertunggu-tunggu, mengharapkan kau saja yang pujuk dia, kau saja yang faham keadaan dia, tak pedulikan perasaan kau langsung. Amy tu control hidup..."

Pimpin Aku Ke SyurgaWhere stories live. Discover now