BAB 17

1.3K 79 3
                                    

UNTUK kesekian kalinya, keluhan berat terlepas dari bibir Ainnun. Resah bercampur gelisah. Sejak tadi dia tak sudah-sudah membelek mesin pencetak di bilik pentadbiran. Gara-gara itu, kerjanya tergendala. Sudah masuk tiga kali ia rosak dalam minggu ini. Ainnun tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tambahan pula, ilmu pengetahuannya tentang komputer agak cetek. Dia kurang arif, jadi Ainnun tidak berani hendak mengusik komponen dalaman. Dia hanya tahu perkara asas. Puas juga Ainnun mencari punca masalahnya. Dakwat sudah ditukar kepada yang baru, kedudukan kertas juga dibetulkan beberapa kali. Entah di mana silapnya, mesin pencetak tersebut masih gagal berfungsi. Kesimpulannya, Ainnun hanya diam sambil termenung memikirkan kerja yang sedang menantinya.

"Rosak ke?" Tanya Ruhaidah kepada Ainnun yang sedang berdiri di hadapan mesin pencetak bagaikan patung mannequin.

Ainnun segera menoleh lalu mengangguk. Dia mengeluh lagi.

"Apa yang rosak?"

"Entahlah. Kak Idah pandai betulkan tak?"

"Akak pandai guna aje, tak pandai betulkan." Jawab Ruhaidah lantas tersengih.

Ainnun sekadar tersenyum tawar untuk menyedapkan hatinya. Dia masih statik berdiri di situ. Tangannya diangkat untuk melihat waktu yang tertera di jam tangan, sudah menginjak ke angka dua belas. Ruhaidah sedari tadi melihat Ainnun seakan-akan tak senang hati sampaikan dia juga ikut risau.

"Ain nak print apa?"

"Nothing important. Ain ingat nak siapkan kerja, nanti tak kelam-kabut." Balas Ainnun sedikit gusar kerana sudah terbiasa dengan tabiat itu. Dari dulu lagi Ainnun tidak suka melengahkan kerja dan akan menyiapkannya sebelum tarikh yang ditetapkan.

"Kalau tak urgent, biarkan dulu."

"Apa kata kita panggil orang betulkan?" Cadang Ainnun.

"Kalau betulkan nanti rosak lagi pun tak guna. Baik beli baru terus."

"Ain tak rasa perlu beli yang baru."

Ruhaidah jeda seketika. "Ain takut Ayah Muhsin marah?"

Ainnun mengangguk perlahan-lahan.

"Ayah Muhsin tak marah pun. Jangan risau ya? Untuk sementara, Ain guna printer di meja kerani dulu. Kebetulan Kak Idah memang nak ke pejabat, nanti Kak Idah beritahu pada Ayah Muhsin masalah printer tu. Sama ada beli yang baru ataupun tambah lagi satu." Ucap Ruhaidah bersama segaris senyuman.

"Tak payahlah, Kak Idah." Ainnun cuba meyakinkan Ruhaidah agar tidak meneruskan niatnya itu.

"Kalau tak beritahu sekarang, bila lagi?"

"Ain rasa boleh guna lagi tu, mungkin panas agaknya." Ainnun membuat andaian positif sendiri.

"Ain sendiri tak yakin kan? Beginilah, akak beritahu pada Syah. Suruh dia periksa printer tu dulu. Boleh?"

Mendengar baris nama yang terpacul dari bibir Ruhaidah membuatkan jantung Ainnun berdetak laju. Malah lebih laju dari perlumbaan kuda. Dalam masa yang sama, hatinya sudah berbunga, mekar berwarna-warni dan juga dikelilingi oleh rama-rama yang berterbangan.

"Syah ada dekat As-Syifaa?" Tanya Ainnun ingin kepastian.

"Ya, dari pagi tadi. Ain tunggu sekejap, akak panggilkan Syah." Maklum Ruhaidah tanpa sebarang syak. Dia segera berpaling dan menuju ke pintu bilik pentadbiran.

Ainnun seperti tidak bersedia hendak berhadapan dengan Syahzani. Kali terakhir mereka berjumpa sewaktu di restoran Nasi Kandar beberapa hari yang lepas. Itupun secara tidak sengaja. Renungan serta senyumannya bersilih ganti dan sering mengganggu fikirannya sejak dari pertemuan itu. Tidak lupa dengan usikan Syahzani berkenaan insiden yang memalukannya. Tak semena-mena dia diserang rasa gugup. Ainnun yang panik segera berlari kecil untuk mengejar Ruhaidah. Namun, belum sempat Ruhaidah keluar dari ruang itu, dia bertembung dengan Syahzani di muka pintu. Ketiga-tiganya tersentak kaku. Syahzani sedikit bingung apabila melihat adegan kejar-kejar seperti filem Hindustan sewaktu dia melewati kawasan itu.

Pimpin Aku Ke SyurgaWhere stories live. Discover now