BAB 18

3.2K 142 32
                                    

HARI ini, Rumah Anak Yatim As-Syifaa telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Sememangnya ia merupakan aktiviti bulanan yang diadakan pada hari sabtu. Seawal jam lapan pagi, Ainnun sudah menjejakkan kakinya di sana. Semua staf diminta berkumpul di bilik mesyuarat dan Encik Muhsin sendiri akan menyampaikan taklimat berkenaan tugas-tugas yang akan diberikan kepada para pekerja. Setelah semua kakitangan menghadirkan diri, Encik Muhsin pula mengambil posisinya lantas memulakan taklimat.

Di dalam mesyuarat itu, Encik Muhsin sempat menyentuh isu berkenaan disiplin para karyawan di As-Syifaa. Dia menitikberatkan soal ketepatan waktu dan pekerja seharusnya komited semasa melakukan pekerjaan. Pekerja adalah tulang belakang sesebuah syarikat. Jika tiang sudah goyah dan tidak mampu menampung beban, maka akan runtuhlah banggunan tersebut.

Ainnun fokus dan tekun mendengar kerana dia tidak mahu terlepas penerangan penting mengenai tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Sampaikan kepalanya tidak menoleh ke kiri dan ke kanan lagi, tegak menghala ke hadapan. Tidak sehingga pintu bilik mesyuarat dikuak oleh seseorang. Kemudian terjulur seraut wajah di sebalik daun pintu itu. Pusat perhatiannya terus beralih apabila melihat Syahzani memasuki bilik mesyuarat lalu duduk bersebelahan Puan Fatimah di kerusi hadapan. Kelihatan Syahzani memanjangkan leher seolah-olah mencari seseorang. Terintai-terintai kepalanya dari celahan kakitangan As-Syifaa yang sedang khusyuk mendengar taklimat. Syahzani terus memerhati.

Seulas bibir mula melengkung ketika dua pasang kornea mata itu sudah bertemu. Barulah senang hatinya dapat melihat Ainnun di kerusi barisan ketiga, bersebelahan dengan pekerja kerani. Kedua-duanya saling berbalas renungan disulami dengan senyuman kecil yang disorok-sorok. Setelah itu, Syahzani memalingkan wajahnya semula.

"Handsome kan anak Ayah Muhsin tu?"

"Handsome tu memang handsome, tapi sayangnya belum kahwin lagi."

Suara dua orang pekerja wanita yang sedang berbual di sebelah segera menangkap perhatian Ainnun. Kerana perasaan ingin tahunya sangat tebal, Ainnun terus mencuri dengar.

"Akak rasa, dia dah ada girlfriend?"

Pertanyaan wanita yang lebih muda itu juga bermain-main di ruang minda Ainnun. Masih belum terjawab dan ianya kekal misteri. Jika Syahzani sudah ada, bertuahnya perempuan itu.

"Entah. Dari cara macam belum je."

"Pelik betul. Syahzani tu ada rupa dan kerjaya. Duduk di bandar JB, mustahil tak ada girlfriend kan?"

"Mungkin dia dah ada cuma tak nak kecoh-kecoh agaknya."

Perbualan itu jeda seketika untuk beberapa saat.

"Atau mungkin, Syah... gay?"

Berderau dada Ainnun ketika mendengarnya. Ingin sahaja dia menangkis kata-kata dan andaian pekerja itu, namun dia kekal tenang dan berpura-pura tidak terkesan. Ainnun tetap memasang telinga.

"Kau biar betul. Akak tengok Syah tu macam lelaki straight aje. Dah tu baik, pandai hormat orang tua, jaga pergaulan."

"Jangan pandang macam tu, kak. Zaman sekarang ni, isu LGBT makin berleluasa. Kita tak tahu apa yang mereka sorok. Depan keluarga dengan masyarakat punyalah baik, cover line. Tapi di belakang, buat perkara-perkara luar tabii. Lagipun, akak pernah nampak Syah berbual mesra dengan staf perempuan dekat sini?"

"Tak pernah."

"Tahu pun. Pernah sekali, saya ajak dia berbual. Tapi Syah tak layan saya. Dia cepat-cepat pergi. Sebagai lelaki normal, dia akan menunjukkan tanda-tanda dia berminat dengan perempuan. Saya syak, dia ada sembunyikan sesuatu."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pimpin Aku Ke SyurgaWhere stories live. Discover now