Bab 2 : Asap Rokok

1.6K 171 10
                                    

Selepas dia habis membaca ayat al-Quran tersebut, dia membuka mata dan terkejut melihat makhluk tersebut betul-betul di depannya seperti muka bertemu muka. Kejadian tersebut menyebabkan Arsyad menjerit dengan sangat kuat. Tiba-tiba, pintu bilik tersebut dan Ustaz Kamarul berdiri di depan pintu bilik tersebut. Arsyad yang ketakutan terus keluar dari bilik tersebut dan memeluk Ustaz Kamarul. Ustaz Kamarul berasa hairan dengan sikap Arsyad.

" Kamu kenapa menjerit-jerit dalam bilik ini? Sekarang sudah masuk waktu senyap." – tanya Ustaz Kamarul.

" Ada hantu Ustaz dalam bilik." – jawab Arsyad dalam suara bergetar kerana ketakutan.

" Sudah-sudah, kamu pergi masuk ke bilik." – kata Ustaz Kamarul.

Arsyad pun segera ke biliknya. Ustaz Kamarul merenung dalaman bilik tersebut dari luar. Dia seperti dapat merasakan sesuatu tenaga yang amat kuat dari bilik tersebut. Rasa itu semakin lama semakin pudar, seakan-akan seperti sesuatu sudah pergi dari bilik tersebut. Arsyad pun memasuki biliknya. Masuk sahaja Arsyad dalam rumah, semua bertanyakan di mana dia sudah pergi.

" Wei, kau pergi mana ha? Aku ingat kau dah balik bilik tinggalkan aku dekat tandas." – tanya Aqil.

" Panjang ceritanya. Aku nak cerita pun takut." – jawab Arsyad yang masih dalam keadaan ketakutan.

" Apa sebenarnya yang terjadi? Cuba kau cerita dekat kita orang." – tanya Hakimi.

Arsyad pun menceritakan semuanya dari awal. Setelah panjang lebar Arsyad menceritakannya, kawan-kawanya merasa tidak percaya. Bagi mereka, cerita yang disampaikan Arsyad seperti tidak logik. Tiba-tiba, Ustaz memasuki bilik dan meminta semua pelajar untuk tidur kerana sudah lewat malam. Cakapan Arsyad untuk meyakinkan kawannya terhenti. Mereka pun pergi ke katil masing-masing dan tidur.

***************************

Keesokan paginya, Ustaz Kamarul berada di dalam mejanya untuk bersiap-siap pergi ke kelas. Semasa dia sedang sibuk bersiap-siap, dia tercuri dengar perbualan cikgu berdekatan dengannya. Dua cikgu itu membualkan tentang perjumpaan putung rokok yang sudah semakin kerap dijumpai di kawasan Al-Mukmim. Ini menjadi sebuah kebimbang kerana itu menandakan pelajar atau staf Al-Mukmim ada yang melanggar peraturan di mana dilarang merokok. Ustaz Kamarul terpaksa bergerak keluar dari bilik guru. Jadi, Ustaz Kamarul tidak mampu mendengar keseluruhan perbualan mereka.

Kejadian yang berlaku pada Arsyad sudah menjadi hebohan kerana mulut kawannya yang semalam tidak percaya akan cerita Arsyad. Arsyad terkejut disaat apabila dia memasuki kelas, semua bertanyakan Arysad tentang kejadian semalam. Ada yang bertanyakan rupa makhluk tersebut. Ada juga yang bertanyakan perasaan Arsyad ketikat. Arsyad terkesema tidak tahu mahu menjawad soalan yang mana dan tidak tahu mahu mula bercerita dari mana. Bertuahnya Arsyad ketika itu kerana Encik Zafran memasuki kelas dan meminta semua pelajar duduk di tempat masing-masing.

***************************

Ustaz Kamarul sudah selesai kelasnya. Dia pun pulang ke bilik guru dan meletakkan begnya di atas kerusi. Kemudian, seorang lelaki menegurnya. Lelaki tersebut merupakan guru disiplin di Al-Mukmim. Dia ingin bertanyakan sesuatu pada Ustaz Kamarul tentang beberapa hal.

" Assalamualaikum, Ustaz." – tegur Encik Tarmizi.

" Waalaikumsalam, cikgu Tarmizi." – jawab Ustaz Kamarul.

" Awak yang bertugas semalam untuk ronda-ronda kawasan Al-Mukmim bukan?" – tanya Encik Tarmizi.

" Ya, saya. Kenapa ya, cikgu Tarmizi?" – tanya Ustaz kehairanan.

" Baru-baru ini, saya dan cikgu-cikgu lain kerap jumpa putung rokok. Saya takut ada dalam kalangan pelajar kita yang menghisap rokok. Manalah tahu, dalam rondaan awak semalam, awak ada dapat tangkap orang menghisap rokok." – jawab Encik Tarmizi.

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now