Bab 5 : Takut dan Percaya

1.2K 136 4
                                    

Ustaz Kamarul dan Pak Cik Kamal bergegas ke rumah Pak Izwan dengan berjalan kaki. Setelah sampai ke rumah Pak Izwan, Ustaz Kamarul dapat merasakan aura yang sangat gelap seperti suasana di dalam sebuah gua di malam hari. Pak Cik Kamal memasuki rumah Pak Izwan dan terus ternampak anak perempuan Pak Izwan sedang duduk dalam keadaan bertonggek di atas meja ruang tamu. Ustaz Kamarul terkejut melihat keadaan anak perempuan Pak Izwan. Anak perempuan Pak Izwan mengalirkan air liurnya tanpa henti, matanya berair kemerahan seakan-akan matanya ditaburi garam, badannya juga bergetar-getar.

Pak Cik Kamal merupakan ketua kampung. Setiap perkara yang berlaku di Kampung Batu Berkembar akan sentiasa dilaporkan kepada Pak Cik Kamal. Pak Cik Kamal juga orang yang kuat dalam agamanya,oleh itu Pak Cik Kamal berkemahiran untuk mengubati orang dengan caranya. Bagi Pak Cik Kamal, kejadian yang berlaku pada anak perempuan Pak Izwan bukanlah sesuatu perkara yang biasa. Hal ini kerana Pak Cik Kamal dapat merasakan sesuatu yang besar berada dalam diri anak perempuan tersebut. Hal itu juga turut dirasai oleh Ustaz Kamarul.

Pak Cik Kamal meminta semua orang yang berada di situ untuk menjauhkan diri daripada anak perempuan itu. Pak Cik Kamal memerlukan ruang yang luas untuk melakukan ruqyah. Pak Cik Kamal mengeluarkan sarung tangannya untuk memulakan ruqyahnya. Pak Cik Kamal cuba untuk memegang anak perempuan itu yang bernama Aizatul supaya tiada sesiapa yang tercedera kerana orang yang dirasuki kebiasaanya bertindak agresif. Pak Cik Kamal berjaya memegang kepala Aizatul dan terus membaca beberapa potongan ayat untuk melumpuhkan tubuh Aizatul supaya sepanjang aktiviti ruqyah tidak diganggu oleh pergerakan Aizatul.

Pak Cik Kamal memberikan sarung tangan lebihnya kepada Ustaz Kamarul untuk meminta bantuannya memegang pergelangan tangan Aizatul. Pak Cik Kamal memulakan bacaannya dengan beberapa potongan ayat al-Quran dan membuatkan Aizatul menjerit dengan bising dan kasar. Sepanjang Aizatul menjerit, air liurnya yang mengalir disambungi pula dengan darah yang mengalir keluar dari mulutnya. Pak Izwan berasa risau dan kasihan kepada anaknya. Bagaimana Pak Izwan tidak risau, anak perempuannya menjerit-jerit dan meronta-ronta kesakitan.

Banyak potongan ayat al-Quran telah dibaca, dan secara tiba-tiba Aizatul mendiamkan diri dan menundukkan kepalanya ke bawah. Kemudian Aizatul berkatakan sesuatu.

" Kalian semua hina. Hina daripada aku. Tidak tahu erti syukur malah mu memburukkan iman mu." – kata Aizatul yang dirasuki.

Kata-kata Aizatul tidak difahami oleh orang yang berada di tempat kejadian. Makhluk di dalam tubuh Aizatul seperti ingin menyampaikan sesuatu secara tersembunyi. Kemudian, Aizatul berkata lagi.

" Kamu. Kamu. Kamu harus berhati-hati. Ada sesuatu yang sangat membenci mu. Dia sentiasa mengikuti mu. Malah aku sendiri takut akan dia. Ini pesan aku untuk mu." – kata Aizatul sambil memandang ke arah Ustaz Kamarul

Selepas kata-kata itu, Aizatul menjerit dengan sangat kuat dan Pak Cik Kamal menyambung membaca beberapa potongan ayat al-Quran. Aizatul kemudiannya pengsan dan Pak Cik Kamal sudah mengesahkan bahawa Aizatul berjaya diruqyahkan. Pak Izwan berterima kasih kepada Pak Cik Kamal dan Ustaz Kamarul kerana sudi membantunya sekeluarga.

Pak Cik Kamal dan Ustaz Kamarul pun kemudiannya pulang ke rumah bersama dengan berjalan kaki. Pak Cik Kamal berfikir dalam tentang apa yang dimaksudkan oleh makhluk yang merasuki Aizatul.

" Kamu faham tak apa yang dimaksudkan oleh jin yang merasuki Aizatul" – tanya Pak Cik Kamal.

" Saya pun tak faham apa yang dia maksudkan. Tapi kita jangan percaya sangat kata-kata dari mereka yang dalam kalangan jin." – jawab Ustaz Kamarul.

Pak Cik Kamal menganggukkan kepalanya menandakan dia bersetuju dengan kata Ustaz Kamarul. Mereka pun meneruskan perjalanan mereka ke rumah Pak Cik Kamal.

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now