Bab 8 : Bukan Rajaku

1.1K 117 12
                                    

Ustaz Kamarul terus menolak Aqil ketepi dan memegang kepala Aqil untuk memulakan ruqyah. Ustaz Kamarul hanya mengabaikan apa yang dikatakan oleh Aqil tentang Allah itu tidak wujud. Ustaz Kamarul membaca beberapa potongan ayat al-Quran sambil memegang kepala Aqil. A'ma yang berada di hujung bilik hanya melihat apa yang terjadi sambil ketawa halus.

Aqil terus menerus meronta tanpa henti yang menyebabkan Ustaz Kamarul susah untuk mengawal pergerakkannya. Pak Hamad yang mendengar bunyi bising segera pergi arah bunyi itu berasal. Ustaz Kamarul yang perasan akan kehadiran Pak Hamad, meminta Pak Hamad untuk menolongnya memegang Aqil yang dalam kerasukan. Ini sudah menjadi kali kedua Pak Hamad terlibat dengan Ustaz Kamarul dalam aktiviti begini. Dengan pertolongan Pak Hamad, Ustaz Kamarul kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam membaca beberapa potongan ayat al-Quran. Setelah habis membaca, Aqil pengsan dan itu menandakan Aqil berjaya diruqyah. Ustaz Kamarul meminta Pak Hamad untuk membawa Aqil keluar dari bilik ini kerana ada sesuatu yang ingin diselesaikan olehnya. Pak Hamad pun mendukung Aqil dan membawanya keluar.

Setelah Pak Hamad dan Aqil keluar dari bilik tersebut, Ustaz Kamarul terus menatap A'ma. A'ma hanya berdiri tegak di situ tanpa mengatakan apa-apa perkataan. Ustaz Kamarul tidak pernah melihat susuk makhluk halus sejelas ini.

" Jadi nama kau, A'ma. Apa yang kau buat dekat sini? Kau kan yang menganggu budak-budak tahfiz di sini?." – tanya Ustaz Kamarul.

" Ya, memang aku yang menganggu mereka. Tapi aku tidak menganggu mereka sesuka hatiku. Aku hanya menganggu mereka-mereka yang kotor imannya." – jawab A'ma dengan suara yang keras.

" Siapa yang hantar kau?" – tanya Ustaz Kamarul lagi.

" Siapa? Aku berdiri dengan sendirinya. Aku tidak perlu memiliki tuan dan aku tidak perlu menjadi seorang hamba." – jawab A'ma lagi.

" Kau jangan nak menipu. Makhluk macam kau takkan pernah dapat bergerak sebebas ini jika kau tak ada tuan. Jadi, lebih baik kau bagitahu siapa tuan kau." – tanya Ustaz Kamarul dengan tegas.

" Ha ha ha ha. Aku tidak perlu menjawab soalanmu. Kau bukannya rajaku." – jawab A'ma yang kemudiannya perlahan-lahan hilang dari kegelapan itu.

Setelah A'ma mengatakan itu, dia terus menghilangkan dirinya. Sayangnya, Ustaz Kamarul masih belum mendapat jawapan yang diingininya.

*******************

Keesokan harinya, Ustaz Kamarul pergi ke bilik Ustaz Zafari sambil membawa fail biodata Ustaz Asrol yang pernah Ustaz Kamarul jumpa di sebuah bilik. Ustaz Kamarul mengetuk pintu dan diiringi dengan salam. Ustaz Zafari menjawab soalan dan menyuruh Ustaz Kamarul untuk masuk.

" Tuan, saya ada sesuatu nak tanya." – kata Ustaz Kamarul.

" Apa yang ustaz nak tanya? Mana tahu saya boleh bantu." – tanya Ustaz Zafari

" Tuan kenal Ustaz ni?" – tanya Ustaz Kamarul sambil memberikan fail tersebut kepada Ustaz Zafari.

" Saya kenal dia. Dia bekas tenaga pengajar kita. Kenapa ustaz tiba-tiba tanya saya pasal perkara ni?" – tanya Ustaz Zafari yang dalam keadaan gementar.

" Saya dapat tahu Ustaz Asrol meninggal dunia. Orang kata kematian dia dengan isteri dia ada kaitan dengan ilmu hitam dan perkara-perkara ghaib." – jelas Ustaz Kamarul.

" Mengarutlah. Arwah Ustaz Asrol dan isteri sudah jelas-jelas mati dalam kemalangan. Mereka mati lemas dalam tasik. Kenapa boleh kaitkan dengan ilmu hitam dan perkara-perkara ghaib?" – jelas Ustaz Zafari pula.

" Kalau macam tu, kenapa tuan tak pernah cerita dekat saya yang Ustaz Asrol sudah meninggal sedangkan saya penggantinya?" – tanya Ustaz Kamarul.

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now