Bab 10 : Jangan Pergi Dulu

1K 112 3
                                    

Di pagi yang cerah, Laila menghirup udara segar di Al-Mukmim. Ustaz Kamarul pula sedang bersiap-siap untuk pergi ke kelas. Ustaz Kamarul kemudiannya menyalam ibunya dan mencium dahi ibunya. Laila hanya merenung jauh anaknya yang sedang pergi ke kelasnya. Tidak sangka di matanya, anaknya sudah dewasa dan mempunyai kerjaya.

Laila mendengar seakan-akan ada orang sedang membual. Oleh itu, Laila cuba mencuri dengar dan mencuri tengok kejadian tersebut. Rupa-rupanya, Ustazah Hamidah sedang membuat panggilan dengan abangnya, Luqman.

" Abang nak apa call adik?" – tanya Ustazah Hamidah.

" Aku nak duit." – jawab Luqman.

" Bukankah adik baru jer tranfers duit dekat abang. Takkan dah habis." – kata Ustazah Hamidah.

" Eh, kau ingat 300 ringgit cukup ke hah." – kata Luqman dengan tegas.

" Kalau abang tak berjudi, duit tu cukup jer." – jawab Ustazah Hamidah.

" Harghhh, aku tak kira. Aku nak duit tu juga." – tegas Luqman lagi.

Belum sempat Ustazah Hamidah mengatakan apa-apa, Luqman sudah memutuskan panggilan. Ustazah Hamidah sangat kecewa dengan perangai abangnya yang suka berjudi dan malas bekerja. Dia selalu menganggu adiknya dan meminta duit adiknya kerana Ustazah Hamidah merupakan satu-satunya keluarga yang dia miliki. Hal ini kerana mereka berdua telah kehilangan ibu bapa mereka sejak kecil lagi.

Laila yang mencuri dengar, terus bergerak masuk ke dalam bilik Ustaz Kamarul untuk mengelak diketahui oleh Ustazah Hamidah.

***************************

Ustaz Kamarul sedang melayari internet di dalam bilik guru. Dia cuba membuat carian tentang Gunung Merbok Tiga. Ustaz Kamarul terkejut dengan hasil carian yang dia dapat. Dalam kebanyakkan hasil carian, menyatakan bahawa kawasan itu merupakan kawasan larangan untuk mendaki kerana banyak kes-kes pendaki hilang di sana. Setiap kali ada pendaki yang tidak berjaya turun dari gunung itu sebelum maghrib pasti akan hilang. Semua mangsa kehilangan tidak pernah ditemui walaupun gunung itu sudah habis diterokai oleh pihak penguasa.

Kebanyakkan hasil carian, ada menyatakan bahawa Gunung Merbok Tiga merupakan tempat yang sangat keras. Malah banyak peristiwa berdarah berlaku di sana. Hasil carian turut menyatakan, nama asal gunung itu ialah Gunung Merbok. Laman web itu menyatakan, Gunung Merbok itu merupakan kawasan pengganas-pengganas Jepun melakukan sesi memenggal kepala orang-orang Melayu. Malah, mayat mereka dikumpulkan di Gunung Merbok. Selepas kemerdekaan, gunung itu dipanggil sebagai Gunung Merbok Tiga melambangkan tiga bintang pada topi pengganas-pengganas Jepun.

Ustaz Kamarul berasa sangat terkejut. Tak sangka wujud tempat seperti itu di muka bumi. Ustaz Kamarul pun mengeluarkan telefon pintarnya dan kemudian menangkap gambar layar komputer ribanya. Kemudian, gambar itu dihantar kepada Ustaz Zafari.

Ustaz Zafari mendapat mesej tersebut dan terus membuka gambar itu. Ustaz Zafari tidak menyangka tentang kisah disebalik Gunung Merbok Tiga

***************************

Di petang yang redup, Laila berjalan-jalan di sekitar Al-Mukmim. Suka Laila melihat kanak-kanak berseronok dengan waktu-waktu muda mereka. Dalam terbuai keseronokan melihat mereka, Laila ternampak Reduan duduk seorang diri di pondok sambil melihat sekeping gambar. Laila pun datang menghampiri Reduan.

" Anak ni siapa nama?" – tanya Laila

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now