Bab 7 : Nama Aku A'ma

1.1K 124 9
                                    

Ustaz Kamarul pun memulakan kelas al-Qurannya seperti biasa di kelas 5 Firdaus. Ustaz Kamarul pun mengambil kehadiran pelajar-pelajar 5 Firdaus. Kemudian, Ustaz Kamarul meminta pelajar-pelajar untuk mengeluarkan al-Quran masing-masing untuk bersiap sedia memulakan pelajaran.

Setelah kelas tamat, Rezuan menemui Ustaz Kamarul untuk bertanya sesuatu. Rezuan meminta izin Ustaz Kamarul untuk berjumpa dengan dia selepas kelas di bilik guru. Ustaz Kamarul memberitahu bahawa dia mempunyai waktu lapang pada pukul 10 pagi dan Rezuan boleh berjumpa dengannya pada waktu itu. Ustaz Kamarul tertanya kenapa Rezuan ingin berjumpa denganya secara tiba-tiba.

***********************

Ustaz Zafari pulang ke pejabatnya. Sampai sahaja ke pejabat, Ustaz Zafari terus membuat panggilan. Ustaz Zafari sepertinya kelihatan dalam keadaan gelisah.

" Ini aku, Zafari." – kata Ustaz Zafari.

" Ouh, Zafari. Kenapa kau call aku ni?" – tanya lelaki dalam panggilan telefon itu.

" Aku rasa dia akan tahu juga apa yang telah terjadi." – jawab Ustaz Zafari.

" Apa yang kau cuba cakap ni? Aku tak faham." – tanya lagi lelaki dalam panggilan telefon itu.

" Ustaz baru itu dah jumpa semacam bungkusan dekat padang bola." – jelas Ustaz Zafari dalam keadaan gelisah.

" Macam mana boleh ada benda tu dekat padang bola Al-Mukmim." – tanya lelaki dalam panggilan telefon itu dalam rasa penuh kehairanan.

" Aku pun tak pasti. Tapi itu tak penting. Aku risau dia dapat tahu tentang apa yang sudah terjadi pada Ustaz Asrol. Aku tak nak nama baik Al-Mukmin tercemar." – jelas Ustaz Zafari lagi dalam keadaan gelisah.

" Beginilah, Kau cuba cover-cover dulu. InshaAllah perkara lama itu takkan terheboh. Kau buat saja macam biasa. Jangan buat sesiapa buka mulut." – pesan lelaki dalam panggilan telefon itu.

Ustaz Zafari menerima nasihat itu dengan baik. Ustaz Zafari berasa amat risau jika rahsia yang dia simpan akan terbongkar. Rahsia yang disimpannya boleh merosakkan dan memburukkan nama baik Al-Mukmim. Berdasarkan perbualan lelaki dalam panggilan telefon itu, sepertinya semua tenaga pengajar di Al-Mukmim seakan-akan tahu apa yang dirahsiakan oleh pengetua Al-Mukmim kecuali Ustaz Kamarul kerana dia merupakan tenaga pengajar baru di Al-Mukmim.

***********************

Di Kampung Sri Tunggal, kawasan kampung yang ditinggal oleh kakak Cikgu Megat iaitu Aisyah, berlakunya hujan lebat. Aisyah menyuruh suaminya, Amri untuk mengankat kain jemuran. Amri pun mengangkat kain jemuran dan masukkan ke dalam bakul dengan segera sebelum kain itu basah lenjun.

Setelah selesai mengangkat kain jemuran, Amri pun membawa bakul itu ke sebuah bilik. Amri membengkokkan badannya dan meletakkan bakul itu. Ketika Amri membengkokkan badannya, dengan secara tidak sengaja, punggungnya terhentak pada almari kayu itu dan mengakibatkan gambar-gambar di atas almari kayu itu terjatuh. Amri pun mengambil gambar itu dan melihat satu persatu. Gambar itu adalah milik Cikgu Megat dimana gambar itu ditangkap pada Majlis Makan Akhir Tahun Al-Mukmim. Apabila melihat gambar itu satu persatu, terdapat gambar Cikgu Megat bersama dengan Ustaz Asrol.

Amri pun membawa gambar itu kepada isterinya dan bertanya tentang Ustaz Asrol. Hal ini kerana Amri tidak tahu mengenai khabar Ustaz Asrol.

" Sayang, abang nak tanya ni. Awak tahu khabar Ustaz Asrol sebab abang dah lama tak dengar khabar dia?" – tanya Amri.

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now