Bab 9 : Diari Merah & Gunung Merbok Tiga

1.1K 117 8
                                    

Kisah diari merah itu bermula dengan kejadian-kejadian aneh yang mula berlaku pada keluarga Ustaz Asrol. Ustaz Asrol yang kepenatan bekerja di Al-Mukmim, pulang bersama Rezuan. Sampai sahaja mereka berdua di rumah, mereka disambut mesra oleh Khadijah, isteri Ustaz Asrol.

Khadijah memberitahu mereka bahawa makanan sudah siap dihidangkan. Tersenyum Ustaz Asrol melihat makanan yang dihidangkan di atas meja. Khadijah menghidangkan suaminya, ikan keli masak merah, kesukaan suaminya. Mereka bertiga pun menjamu selera.

*************************

Di malam yang sepi, Khadijah dan anaknya Rezuan sudah pun terlena di bilik masing-masing. Manakala, Ustaz Asrol sedang membaca al-Quran di ruang tamu. Sudah menjadi rutin harian Ustaz Asrol membaca al-Quran sebelum tidur. Tetapi malam ini agak lain. Ustaz Asrol berasa kurang senang ketika membaca al-Quran. Seakan-akan ada yang menganggunya. Walaupun begitu, Ustaz Asrol hanya meneruskan pembacaannya. Tiba-tiba, bunyi gelas kaca jatuh dan pecah terdengar dari dapur. Ustaz Asrol menghabiskan ayat al-Quran itu dan terus memeriksa dapur. Sememang, ada gelas yang terjatuh dan pecah. Ustaz Asrol pun mengambil penyapu dan penyodok untuk membersihkan kaca-kaca di atas lantai. Ketika sedang sibuk menyapu, Ustaz Asrol dapat merasakan seakan-akan ada sebuah kelibat putih yang lalu di belakangnya. Ustaz Asrol terus menoleh ke belakang. Tiada sebarang kelibat di belakangnya.

Setelah selesai Ustaz Asrol membersihkannya, dia pun menutup al-Quran dan meletakkan di atas almari di ruang tamu. Secara tiba-tiba, langsir di ruang tamu terselak dengan sendiri. Kejadian itu dapat disaksikan oleh Ustaz Asrol. Ustaz Asrol terus menarik langsir itu untuk menutupnya. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi seperti orang sedang muntah-muntah di bilik tidurnya. Dia terus bergegas naik ke atas untuk memeriksa apa yang sudah terjadi. Rupa-rupanya, Khadijah sedang muntah di dalam bilik air. Terkejut Ustaz Asrol melihat isterinya memuntahkan gumpalan rambut yang basah dengan darah.

" Apa dah jadi dengan saya, bang?" – tanya Khadijah.

" Tak apa, yang. Yang pergi baring rehat ya." – jawab Ustaz Asrol sambil memimpim isterinya ke arah katil.

Ustaz Asrol membiarkan isterinya berehat. Ustaz Asrol termenung panjang atas apa yang terjadi. Hari-hari yang seterusnya, kejadian yang sama berlaku. Isterinya masih memuntahkan gumpalan rambut yang penuh dengan darah. Banyak sudah tempat yang telah Ustaz Asrol pergi untuk merawat isterinya Khadijah, malangnya tidak membawa sebarang hasil. Semakin lama, keadaan Khadijah semakin teruk. Kulitnya mula pucat, bibirnya kering, suara pun semakin perlahan. Semenjak kesihatan isteri Ustaz Asrol dalam keadaan tidak stabil, Ustaz Asrol terpaksa mengambil cuti untuk menjaga isterinya sepenuh masa.

*************************

Semenjak kejadian itu, Ustaz Asrol sering mengalami kejadian-kejadian pelik dalam kehidupan hariannya. Dia selalu dapat merasakan seakan-akan ada kelibat yang memerhatinya.

Sudah hampir satu bulan Khadijah dalam keadaan tidak sihat. Khadijah menasihati suaminya Asrol untuk pergi bekerja dan tidak perlu risau tentang kesihatannya. Malangnya, Ustaz Asrol menolak untuk pergi ke kerja kerana dia khuwatir akan keadaan isterinya. Khadijah terus memujuk suaminya.

" Abang tak perlu risaukan saya. Saya dah besar bang. Saya boleh jaga diri." – pujuk Khadijah.

" Macam mana abang nak pergi kerja kalau Yang tak sembuh sembuh. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana." – jelas Ustaz Asrol.

" Abang, bukankah bekerja itu merupakan salah satu ibadat. Sayang bang kalau kita tinggalkan ibadat bekerja. Lagipun, siapa nak anak-anak Al-Mukmim al-Quran kalau bukan abang. Mana tahu, dengan berkat abang mengajar sambil mengajak ke arah yang baik-baik, saya semakin sihat." – pujuk Khadijah lagi.

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now