Bab 12 : Nek Puncak Gunung

1K 149 6
                                    

Perjalanan Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari bermula. Mereka berdoa supaya perjalanan mereka berjalan dengan lancar dan tiada sebarang perkara buruk akan berlaku. Walaupun mereka bergerak di awal pagi, perjalanan mereka berasa suram. Semakin jauh Ustaz Zafari memandu, bilangan kenderaan di jalan raya semakin berkurang.

Perjalanan ke Gunung Merbok Tiga mengambil masa selama 2 jam. Setelah satu jam setengah, perjalanan mereka semakin suram. Tiada sebarang pemandu lain kecuali mereka. Kiri kanan mereka hanya ada hutan sahaja. Ustaz Kamarul yang perasan akan kesuraman perjalanan mereka pun mengeluarkan sebuah naskah kecil yang berjudul "Himpunan Potongan Ayat Suci al-Quran". Ustaz Kamarul pun mula membaca naskah kecil itu supaya perjalanan mereka diberkati.

**************************************

Di Al-Mukmim, Laila terus memerhati keadaan Ustazah Hamidah. Laila membasahkan satu sapu tangan dan mengelap muka Ustazah Hamidah yang kepucatan. Hampir 30 minit Ustazah Hamidah tidak menyedarkan diri. Hal ini menambahkan kebimbangan Laila.

Dalam masa yang sama, Laila risau akan keadaan anaknya, Kamarul. Sampai sekarang Laila tidak mendapat sebarang khabar daripada anaknya.

**************************************

Setelah dua jam perjalanan, Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari tiba di destinasi. Mereka telah sampai di pintu gerbang Gunung Merbok Tiga. Perjalanan ke gunung tersebut amat sepi, malah tiada sebarang pengunjung melawat gunung tersebut.

Sebelum mereka naik ke puncak, mereka singgah ke sebuah perkampungan yang ada berdekatan Gunung Merbok Tiga iaitu Kampung Seri Pontimelati. Kampung tersebut merupakan perkampungan orang jawa. Penduduk-penduduk kampung di situ masih mengamalkan gaya hidup tradisional tetapi dalam masa yang sama mereka masih mengikuti kemajuan teknologi yang ada pada zaman sekarang seperti televisyen dan telefon pintar.

Ustaz Zafari melihat seorang mak cik senang mengayam sebuah bakul menggunakan rotan. Ustaz Zafari dan Ustaz Kamarul datang menghampiri mak cik itu dan meminta izin untuk berkongsi waktu bersama.

" Assalamualaikum, mak cik. Boleh kami nak tanya sikit?" – tanya Ustaz Zafari.

" Waalaikumsalam. Apa yang kamu nak tanya tu?" – tanya mak cik itu pula.

" Mak cik tahu apa-apa tak pasal Gunung Merbok Tiga tu?" – tanya Ustaz Zafari lagi.

" Ouh, gunung tu. Mak cik tahu ja. Setahu mak cik gunung tu dah lama tak ada orang datang mendaki selepas banyak kes hilang berlaku dekat sana. Mak cik ada dengar juga, dekat dengan puncak gunung tu, ada seorang nenek tua tinggal dekat atas tu. Selalu mak cik nampak nenek tu turun dari puncak, buat beli barang-barang dapur." – jawab mak cik itu dengan panjang lebar.

" Ada orang tinggal dekat sana? Dia seorang je ke yang tinggal dekat puncak gunung tu?" – tanya Ustaz Zafari yang kehairanan.

" Haah dia tinggal seorang sahaja. Kadang-kadang mak cik risau juga. Sebab dia dah tua." – jawab mak cik itu lagi.

" Kenapa dia tinggal sorang-sorang dekat puncak gunung tu?" – tanya Ustaz Kamarul pula.

" Mak cik pun tahu. Orang kampung dekat sini semua tak tahu kenapa." – jawab mak cik itu.

" Kalau begitu, kami tanya dia sendiri lah." – kata Ustaz Kamarul kepada mak cik itu.

" Tanya sendiri? Kamu berdua nak naik ke atas ke?" – tanya mak cik itu kepada Ustaz Zafari dan Ustaz Kamarul.

" Ya, mak cik. Kami ada urusan sebenarnya." – jelas Ustaz Zafari kepada mak cik itu.

" Kalau kamu nak naik, pastikan kamu turun sebelum maghrib sebab budak-budak yang hilang tu semua sebab diorang tak turun sebelum maghrib." – jelas mak cik itu.

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now