Bab 3 : Percaya Kepada Iman

1.4K 154 31
                                    

Keesokan paginya, Hakimi terjaga dari tidurnya. Semasa dia terjaga dari tidurnya, dia melihat sekitarnya. Dia tidak mampu ingat apa yang sudah terjadi kepadanya. Dia melihat Ustaz Kamarul sedang solat Subuh di penjuru bilik. Setelah Ustaz Kamarul selesai menunaikan solat fardhu nya, dia meminta Hakimi untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat fardhu Subuh. Kamarul pun mengikuti pinta Ustaz Kamarul. Setelah Hakimi menyelasaikan solatnya, Ustaz Kamarul meminta Hakimi untuk duduk di sebelahnya. Ustaz Kamarul bertanyakan tentang apa yang sudah terjadi pada malam semalam.

" Ustaz sebenarnya nak tanya sikit. Apa sebenarnya yang terjadi semalam? Apa yang kamu buat di kawasan itu semalam." – tanya Ustaz Kamarul.

" Urmmm..." – terkaku Hakimi untuk menjawab soalan Ustaz Kamarul.

" Tak apa, kamu cerita sahaja pada Ustaz. Ustaz takkan marah. Ustaz hanya mahu tahu apa yang terjadi semalam. Penting untuk Ustaz tahu." – jelas Ustaz Kamarul.

" Begini,Ustaz, tentang kes putting rokok yang heboh itu, sebenarnya saya lah menghisap rokok-rokok tersebut. Kawasan yang ustaz cakap itu, kawasan saya merokok. Saya sudah lama merokok, ibu saya menghantar saya di sini untuk hilangkan tabiat merokok saya. Ibu kata, saying pandai-pandai tapi merokok. Jadi, semalam di kawasan itu, saya dah ketagih sangat nak merokok. Jadi, saya merokok lah disitu. Tak lama kemudian, saya nampak seperti ada susuk bertelekung berdiri sangat jauh dari saya. Kemudian terus saya lupa apa yang terjadi seterusnya." – jelas Hakimi dalam nada rasa bersalah.

" Jadi begitukah ceritanya. Ustaz nak pesan dekat kamu. Jangan merokok. Merokok itu sedikit pun tiada faedahnya malah banyak keburukannya." – pesan Ustaz Kamarul kepada Hakimi.

" Baiklah Ustaz. Saya cuba." – turut Hakimi.

" Alhamdulillah. Sekejap, yang pasal susuk telekung yang kamu nampak tu, kamu tahu muka dia seperti apa?" – tanya Ustaz yang mahu penjelasan.

" Tidak Ustaz, susuk itu berdiri membelakangi saya, Ustaz." – jawab Hakimi.

" Kalau begitu tidak mengapa. Kamu boleh naik ke bilik kamu dan jangan ceritakan apa yang terjadi pada hari ini dekat kawan-kawan kamu." – jelas Ustaz Kamarul.

" Baiklah, Ustaz." – kata Hakimi.

Hakimi pun segera pulang ke biliknya. Ustaz Kamarul berasa pelik tentang susuk bertelekung yang diceritakan oleh Hakimi. Ustaz Kamarul berfikir seperti hal ini mempunyai kaitan dengan perkara yang terjadi pada Arsyad.

*********************

Semasa pelajar-pelajar 5 Firdaus di dalam kelas, Ustaz Kamarul datang ke dalam kelas. Dia meminta izin Cikgu Megat untuk berjumpa secara peribadi dengan Arsyad. Ustaz Kamarul pun mendapatkan keizinan. Cikgu Megat merupakan cikgu Bahasa Melayu di Al-Mukmim dan merupakan cikgu yang merenung Ustaz Kamarul di awal-awal cerita.

Ustaz Kamarul pun membawa Arsyad ke bilik kaunseling. Di sana, Ustaz Kamarul boleh berbual dengan Arsyad dengan lebih peribadi berbanding berbual di bilik guru. Ustaz Kamarul meminta Arsyad duduk. Arsyad tertanya-tanya kenapa dia dipanggil oleh Ustaz Kamarul. Dia terfikir adakah dia ada membuat silap sehingga dipanggil sebigini. Ustaz Kamarul pun mula berkata-kata.

" Assalamualaikum,Arsyad. Kamu apa khabar?" – tanya Ustaz Kamarul.

" Waalaikumsalam, Ustaz. Saya sihat saja. Kenapa Ustaz panggil saya, ya?" – tanya Arsyad.

" Malam hari itu, kamu ada kata kamu nampak hantu bukan. Kamu memang betul-betul nampak hantu itu ke?" – tanya Ustaz Kamarul.

" Ya, Ustaz. Saya memang betul-betul nampak hantu. Saya fikirkannya dah cukup buat saya meremang." – jelas Arsyad.

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now