Bab 6 : Satu Petunjuk

1.1K 125 12
                                    


Di waktu petang, Al-Mukmim dibasahi hujan. Suasana menjadi semakin sejuk. Loceng pun berbunyi, menandakan waktu kelas Cikgu Megat sudah berakhir. Cikgu Megat pun keluar dari kelas 5 Firdaus. Cikgu Megat menghidupkan enjin keretanya dan bersiap-siap untuk pergi ke rumah kakaknya. Dikhabar dalam ruang sembang kumpulan secara dalam talian, kakak Cikgu Megat telah melahirkan anak pertamanya yang merupakan seorang anak perempuan. Cikgu Megat tidak sabar untuk melihat muka anak buahnya itu.

Perjalanan agak panjang kerana rumah kakaknya agak jauh. Sebelum pergi ke rumah kakaknya, Cikgu Megat singgah di sebuah kedai bayi dan membeli set barangan bayi sempena buah tangan untuk kakaknya. Kemudian, baru dia pulang ke rumah kakaknya.

Setelah 1 jam 30 minit memandu, akhirnya Cikgu Megat sampai ke rumah kakaknya. Kakak Cikgu Megat tinggal di rumah kayu kampung. Hal ini bukan kerana dia tidak mampu membeli rumah di kawasan bandar tetapi dia memang suka untuk tinggal di kawasan perkampungan. Malah kakaknya merupakan seorang doktor di hospital berdekatan dengan kampungnya.

Cikgu Megat keluar dari keretanya dan pergi ke hadapan pintu, lalu memberikan salam. Salamnya disambut oleh suami kakaknya iatu, Amri.

" Waalaikumsalam. Eh, Megat rupanya. Masuk-masuk." – kata Amri.

" Baiklah abang Amri." – kata Cikgu Megat.

Cikgu Megat pun bertanya keberadaan kakaknya. Amri memberitahu Megat bahawa kakaknya sedang baring di dalam bilik bersama bayinya.Cikgu Megat pun pergi ke bilik kakaknya dan menyalam kakaknya.

" Macam mana perjalanan. Semua okay?" – tanya kakak Megat.

" Semua okey. Comel betul anak kakak ni. Apa nama si comel ni." – tanya Megat sambil mengusap pipi bayi tersebut.

" Nama dia Nur Alya Wardah binti Ahmad Amri." – kata kakak Megat.

" Wow, indahnya nama si comel ni." – puji Megat.

" Megat pasti penat kan? Akaka da buat gulai tempoyak kesukaan kamu. Kalau lapar pergilah ke dapur makan." – pelawa kakak Megat.

" Wow, nanti Megat pergi makan. Megat nak mandi-mandi dulu. Badan dah bau masam."

" Hahaha. Baiklah."

Cikgu Megat pun pergi ke bilik tetamu sambil menarik bagasinya. Dia mencapai tualanya dan pergi ke bilik air.

*********************

Suasana malam mula berbangkit di Al-Mukmim. Ustaz Kamarul yang baru sahaja menunaikan solat Maghrib, mencapai al-Qurannya yang terletak di atas meja untuk dibacanya. Ustaz Kamarul pun membaca al-Qurannya baris demi baris. Dalam keseronakkan membaca al-Quran, Ustaz Kamarul teringat akan ibunya. Ibu Ustaz Kamarul pernah berpesan kepadanya ketika dia berusia 12 tahun.

" Kamarul tahu tak buku apa yang Ummi pegang ni?" – tanya ibu Ustaz Kamarul.

" al-Quran." – jawab Kamarul.

" Kamarul tahu kebaikan al-Quran ni apa?" – tanya ibu Ustaz Kamarul lagi.

" Dapat pahala?" – teka Kamarul.

" Betul tu, Kamarul. Selain dapat pahala, kitab al-Quran ini merupakan buku panduan untuk umat Islam. Kamarul kena sentiasa ingat, setiap tanda tanya, persoalan atau masalah semuanya boleh dijawab dengan al-Quran. Selalulah kita baca al-Quran ini. Lagi bagus kalau kita faham dengan terjemahannya sekali. InshaAllah, kita tahu yang terbaik untuk diri kita sendiri." – jelas ibu Ustaz Kamarul.

Selepas Ustaz Kamarul mengimbau kembali pesanan ibunya, Ustaz Kamarul tersenyum. Ustaz Kamarul pun menyambung bacaan al- Quran nya.

Setelah banyak baris al-Quran dibacanya, pintu bilik Ustaz Kamarul berbunyi seakan-akan ada yang mengetuk. Malang sekali, bunyi ketukan itu tidak disampingi dengan pemberian salam. Malah bunyi ketukannya seperti bunyi orang mencari gaduh. Ustaz Kamarul menghabiskan satu ayat terlebih dahulu dan kemudian tanpa berfikir panjang, Ustaz Kamarul terus membuka pintu tersebut. Apabila dibuka, rupa-rupanya Pak Hamad yang mengetuk pintu.

A'ma (Buta)Место, где живут истории. Откройте их для себя