Bab Akhir : Nyawa

1.4K 162 48
                                    

Laila meronta-ronta kerana semakin kekurangan nafas. Pak Hamad yang kerasukan terus-menerus mengcekik Laila. Reduan yang kebetulan lalu di situ, mendengar suara jerita Laila. Reduan pun mencari punca suara itu datang. Kelihatan Pak Hamad sedang mengcekik Laila dan situasi itu membuatkan Reduan terkejut. Reduan pun memukul-mukul badan Pak Hamad dengan menggunakan buku lima kecilnya sambil menyuruh Pak Hamad melepaskan Laila.

Setelah beberapa kali memukul Pak Hamad, Reduan menyedari bahawa Pak Hamad bukan dalam keadaan sedar dan dirinya telah dirasuk. Rezuan yang telah kebuntuan akal, terus keluar dari bilik tersebut dan cuba meminta tolong.

Rezuan pun segera pergi ke bilik guru untuk meminta bantuan sesiapa sahaja yang ada disana. Sampai sahaja di sana, Ustaz Kamarul, Ustaz Qu, Ustaz Zafari, dan Cikgu Megat berada di situ. Rezuan yang berasa lega kerana ada orang di bilik guru, terus menceritakan apa yang terjadi pada Laila, iaitu ibu kepada Ustaz Kamarul.

Ustaz Kamarul terkejut selepas mendengar apa yang diceritakan oleh Rezuan. Ustaz Kamarul terus segera ke biliknya kerana risau akan kondisi ibunya. Mereka yang lain turut segera mengikuti Ustaz Kamarul ke biliknya.

Sama sahaja di bilik Ustaz Kamarul, tiada keberadaan orang di situ. Ustaz Kamarul pun bertanyakan kepada Rezuan, adakah perkara yang diceritakan Reduan benar atau sekadar gurauannya. Rezuan menegaskan bahawa cerita yang diceritakannya adalah benar belaka.

Ustaz Zafari memberi cadangan untuk berpecah mencari Laila di sekitar Al-Mukmim. Mereka semua pun berpecah dan memulakan pencarian termasuk Reduan.

Habis satu sekolah dirondakan oleh mereka semua, malangnya tidak menemukan sebarang hasil. Sehingga satu keadaan di mana Ustaz Kamarul cuba mencari di kawasan kelas mati akibat kemalangan kebakaran.

Masuk sahaja ke dalam bilik tersebut, kelihatan Laila terbaring di lantai bilik itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ustaz Kamarul terus mendekati ibunya dan menepuk-nepuk bahu ibunya dan meminta ibunya bangun. Laila masih bernafas tetapi tidak menyedarkan diri. Ustaz Kamarul berasa sangat bimbang dengan kondisi ibunya itu.

Tiba-tiba, ibunya ditarik ke hujung bilik dan melekat di dinding bilik tersebut. Ustaz Kamarul terkejut dengan apa yang telah terjadi. Ustaz Kamarul cub menggapai ibunya yang melekat tinggi pada dinding, malangnya capaiannya tidak terlalu tinggi. Ustaz Kamarul mula berasa marah dengan apa yang telah terjadi.

" Apa yang kau mahu, wahai jin tak guna. Lepaskan ibu aku, A'ma! Dia tidak ada kaitan langsung dengan kau dan aku. Dia tidak tahu apa-apa." – tegas Ustaz Kamarul yang marah sekaligus bimbang akan keadaan ibunya, Laila.

Kemarahan Ustaz Kamarul tidak disambut. Bilik itu hanya suram dan sunyi. Ustaz Kamarul terus menerus memaksa A'ma keluar dari persembunyiannya. Malangnya , A'ma kekal diam dan tidak memunculkan dirinya.

Ustaz Kamarul tidak boleh lagi terus-menerus memanggil A'ma. Ustaz Kamarul tidak sepatutnya bergantung dan meminta tolong dari A'ma yang merupakan jin kafir. Ustaz Kamarul cuba membaca potongan yang agak panjang untuk membatalkan kuasa gelap yang digunakan terhadap ibunya, Laila.

Sepanjang bacaan Ustaz Kamarul, seperti tiada kebarangkalian Laila akan turun dari situ. Walaupun begitu, Ustaz Kamarul tidak menyerah kalah untuk membatalkan kuasa gelap tersebut. Siapa sahaja yang akan menyerah kalah terhadap nyawa seseorang, lagi-lagi kalau orang itu merupakan ibu kandung kita sendiri. Ustaz Kamarul terus-menerus membaca potongan ayat al-Quran yang sama berulang-ulang kali dalam keadaan menangis dan risau.

Laila yang masih melekat di dinding bilik tersebut, seperti dalam keadaan kesesakan nafas. Kelihatan seperti Laila sedang dicekik tetapi tidak kelihatan siapa yang mengcekiknya.

A'ma (Buta)Where stories live. Discover now