Bab 13 : Alkisah A'ma

969 127 3
                                    

Hari sudah semakin maghrib, Nek Biyah meminta Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari untuk masuk ke dalam rumah. Nek Biyah meminta mereka berdua untuk duduk di ruang tamu.

" Mana cuk tahu nama A'ma tu?" – tanya Nek Biyah yang kehairanan kepada Ustaz Zafari dan Ustaz Kamarul.

" Nek tahu tentang A'ma? Nek ni siapa?" – tanya Ustaz Zafari pula.

" Nama nek, Nek Biyah. Nama A'ma itu sudah tidak asing lagi bagi nek. Tapi macam mana cuk berdua boleh tahu tentang A'ma?" – jawab Nek Biyah.

" A'ma tu sekarang sedang membuat kacau di pusat tahfiz kami. Kami nak cari jalan penyelesaiannya untuk akhirkannya secepat mungkin. Kami tak boleh biarkan ia berlanjut lagi sebab sudah sampai melibatkan nyawa orang." – jawab Ustaz Kamarul.

" Jadi, Nek Biyah harus bantu kami cari jalan penyelesaiannya." – tanya Ustaz Zafari.

" Nek boleh ceritakan tentang A'ma walaupun kisahnya terlalu rumit dan panjang." – jawab Nek Biyah.

" Cerita nek. Kami harus tahu semuanya." – tegas Ustaz Kamarul.

*******************************

Pada tahun 1959, selepas kemerdekaan Malaysia, Gunung Merbok Tiga sedang dalam sesi pembersihan kerana banyak kes berdarah yang berlaku di situ ketika perang dunia kedua seperti pancung kepala, orang-orang Melayu dibakar hidup-hidup dan sebagainya.

Setelah sebulan dari hari pembersihan pertama, mereka melaungkan azan di setiap peringkat Gunung Merbok Tiga.

Pada tahun 1961, Gunung Merbok Tiga sudah menjadi salah satu tempat bersejarah di Malaysia dan berkait rapat dengan sejarah kemerdekaan Malaysia. Oleh sebab itu, tempat itu dibuka untuk orang ramai mendaki.

Pada mulanya, tiada sebarang kes-kes yang berlaku kepada pendaki-pendaki yang mendaki Gunung Merbok Tiga. Tapi setelah beberapa bulan dibukakan untuk orang ramai, berlaku kes kehilangan pendaki. Setiap bulan mesti ada seorang pendaki yang akan hilang di Gunung Merbok Tiga dan masih tidak dapat ditemui lagi.

Polis yang berasa sangsi, cuba untuk mengetahui lebih lanjut apa yang sebenarnya terjadi di Gunung Merbok Tiga. Hampir sebulan polis melakukan penyelidikan, akhirnya mereka dapat hasil yang memuaskan.

Gunung Merbok Tiga telah menjadi lokasi tumpuan penganut ajaran sesat untuk melakukan aktiviti penyembahan syaitan. Pendaki-pendaki yang hilang setiap bulan merupakan salah satu pelengkap penyembahan mereka. Mereka menyiat kulit mereka, dan mendedahkan daging mereka. Mereka akan digantung pada sebatang kayu besar yang terpacak di atas tanah. Kemudian, penganut-penganut ajaran sesat ini akan membuat lingkaran api di sekeliling pendaki-pendaki tersebut. Dan bermulalah penyembahan mereka. Setiap penyembahan mereka, mereka menyebut nama A'ma berkali-kali.

Polis berjaya menangkap semua yang berada di lokasi penyembahan tersebut. Malangnya, di tempat kejadian, pengasas bagi ajaran sesat tersebut tiada di sana. Sehingga kini, tiada siapa yang tahu pengasas bagi ajaran tersebut.

" Mesti pengasas itu sudah matikan?" – tanya Ustaz Zafari kepada Nek Biyah.

" Sudah semestinya. Tapi mesti ada pegantinya." – jawab Nek Biyah.

" Nek, tahukah siapa dia" – tanya Ustaz Kamarul kepada Nek Biyah.

" Nek tidak tahu pasal itu." – jawab Nek Biyah

" Kenapa Nek Biyah tinggal seorang di sini?" – tanya Ustaz Kamarul yang tiba-tiba soalan itu terlintas dalam fikirannya.

" Kerana Nek dapat rasa ada sesuatu yang belum selesai. Walaupun mereka dah berjaya menangkap penganut-penganut ajaran sesat itu, tapi mereka tak akan berjaya menangkap yang halus." – jelas Nek Biyyah.

A'ma (Buta)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora