Lima

7K 541 19
                                    

Tok!

Tok!

Tok!

Hampir separuh hari tidak keluar bilik, tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar. Pada awalnya, Umairah buat tidak endah sahaja namun ketukan semakin kuat. Belum sempat gadis itu bangkit dari katilnya, pintu biliknya sudah terbuka dari luar. Tercegat Imran dimuka pintu dengan riak agak bengang. Umairah buat donno. Gadis itu lantas sahaja kembali membaringkan badannya.

"Oi demok."

"Diam." Balas Umairah dengan dingin. Imran mengeluh perlahan. Bantal yang menutup wajah Umairah ditarik kasar.

"Ey nak apa?" Bentak Umairah dengan agak bengang. Gadis itu bingkas bangun dan merenung wajah Imran dengan tajam.

"Jom keluar. Tengok wayang, makan-makan." Ajak Imran tiba-tiba. Umairah mencebik dan kembali berbaring. Kali ini membelakangi Imran.

"Along belanja. Kau jangan risau." Sambung Imran lagi. Umairah tidak ambil pusing dengan ajakan abangnya. Badannya masih kaku diatas katil.

"Along bagi masa lima belas minit. Kalau tak, along bagitahu mak dengan ayah yang kau skodeng Bang Ngah hari-hari." Usai sahaja menghabiskan ayat itu, Imran lantas keluar dari bilik adiknya dengan senyum sinis. Dengan ugutan itu, Umairah pasti tidak akan menolak.

"Tak sukalah dengan along ni!" Jerit Umairah tidak berpuas hati. Nak tak nak, gadis itu terpaksa bangkit dan bersiap walaupun hatinya sebal.

----

Dengan wajah yang masam mencuka, Umairah membuntuti langkah abangnya, Imran. Lambat-lambat sahaja langkahnya dibuka. Takde mood. Imran yang perasan dengan karenah Umairah lantas sahaja menggapai lengan adiknya itu dan dipegang erat agar langkah mereka seiring.

"Tunggu sini, along beli tiket." Umairah mengangguk lemah. Matanya memerhati kelibay abangnya yang semakin hilang dalam kelompok manusia yang sedang beratur membeli tiket wayang. Mata Umairah sempat melilau memandang sekeliling. Tiba-tiba Umairah dapat rasakan sesuatu. Telefonnya diambil dan nombor Imran didail.

"Along, Maira pergi toilet. Nak berak." Usai menuturkan ayat itu, panggilan langsung sahaja dimatikan. Gadis itu bergegas menuju ke arah toilet yang berada sedikit jauh.

Time nak beraklah, tandas nak jauh. Luar bangunan pulak tu untuk aras satu. Nasib! Omel Umairah dalam hati. Gadis itu melajukan langkahnya. Ketika sudah berada diluar bangunan, tiba-tiba matanya tertangkap susuk tubuh yang sangat dikenali.

 Ketika sudah berada diluar bangunan, tiba-tiba matanya tertangkap susuk tubuh yang sangat dikenali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bang Ngah. Detik hatinya. Rasa nak berak hilang serta-merta. Kakinya bagaikan digam dan matanya tidak berkalih dari terus merenung Hilman yang turut berada di luar bangunan. Perlahan-lahan langkahnya diatur menuju ke arah Ilman, namun sekali lagi langkahnya terhenti ketika melihat seorang gadis cantik mendekati Hilman.

"Hi!" Suara Hilman kedengaran, menyapa gadis yang baru sahaja tiba. Senyuman Hilman terukir lebar sehingga lesung pipitnya kelihatan. Matanya yang sedia sepet, semakin hilang dek senyumnya. Umairah meneguk liur. Pantas sahaja dia menoleh membelakangi mereka tatkala anak mata Hilman merenung ke arahnya.

Kakinya segera diatur masuk ke dalam bangunan itu kembali. Hatinya semakin remuk. Matanya berkaca-kaca. Perasaan sebak cuba ditahan agar orang sekeliling tidak memandangnya pelik.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now