Tiga puluh satu

6K 479 16
                                    

"Mak-" Tegur Umairah ketika bertembung dengan Puan Hani yang baru sahaja menuruni tangga. Puan Hani menjungkitkan keningnya.

"Biar Maira ambil." Sambung Umairah lagi. Puan Hani menganggukkan kepalanya. Umairah membuka pintu dan menapak keluar dari rumah menuju ke pintu pagar. Setelah pintu pagar dibuka, kelihatan Ian sedang tercegat dengan memegang bungkusan plastik di tangannya.

"Sorry susahkan abang." Umairah melangkah mendekati Ian. Ian hanya menguntum senyum dan menggelengkan kepalanya, mengisyaratkan bahawa Umairah langsung tidak menyusahkannya. Along ni, masalah betul. Nak order tu guna alamat rumah jelah. Nak jugak guna alamat abang Ian. Tak fasal-fasal menyusahkan abang Ian. Omel Umairah dalam hati.

"Sorry--"

"Tak susahkan pun. Abang pun baru balik ni. Singgah belikan untuk Maira." Jelas Ian seraya menghulurkan makanan itu kepada Umairah. Umairah menyambut huluran itu dan akhirnya makanan itu bertukar makanan.

"Berapa?"

"FOC." Ian mengenyitkan matanya.

"Mana boleh free. Berapa?" Tanya Umairah lagi.

"Ish budak ni. Abang cakap free tu, freelah. Sekeh karang." Ian membalas garang. Kononnya marah dengan pertanyaan Umairah. Acah garang gitu.

"Kalau macam tu, thank you. Maira masuk--"

"Jap." Pintas Ian. Jejaka itu membongkokka badannya supaya ketinggiannya sama dengan ketinggian Umairah. Wajah Umairah yang sembap itu direnung. Ian mengeluh perlahan.

"Are you okay?" Soal Ian dengan lembut. Umairah lantas menoleh ke tempat lain agar wajahnya tidaj terus direnung oleh Ian. Nada suara Ian yang lembut itu menjentik tangkai hatinya. Matanya mula berkaca-kaca.

"Maira, abang tanya ni. Maira okay?" Sekali lagi Ian bertanya. Umairah tidak mampu untuk terus menahan sebaknya. Air matanya mengalir lagi. Ian mengeluh perlahan. Teruk sangat patah hati Umairah ni.

"Maira nak luah apa-apa? Abang ada. I'm here for you." Ian cuba memujuk. Atas permintaan Imran, Ian cuba untuk meredakan kesedihan Umairah. Umairah tidak menjawab sebaliknya terus menangis di hadapannya. Ian tidak berganjak, jejaka itu masih berdiri di hadapan Umairah. Membiarkan tangisnya reda.

"Abang--" Setelah hampir lima minit mereka berdiam diri, akhirnya suara Umairah kedengaran.

"Ya?"

"Maira tak cantik ke?" Soalan pertama keluar menyebabkan senyum Ian terukir.

"Siapa cakap? Umairah cantik. Sangat cantik." Soalan itu dijawab dengan jujur. Pujian itu sememangnya dari lubuk hatinya.

"Maira tak macam perempuan lain ke?" Soalan kedua menyapa gegendang telinga Ian lagi.

"Yes. Maira special bagi kitorang. Tak sama macam orang lain." Baik-baik sahaja setiap perkataan yang terlahir dari mulut Ian. Berharap mampu memujuk sekeping hati yang sedang terluka.

"Kenapa Bang Ngah tak suka Maira?" Soal Umairah lagi. Senyum Ian lantas sahaja pudar. Liurnya lantas sahaja diteguk. Wajah Umairah direnung serius.

"Bang Ngah suka Maira."

"Mana ada. Bang Ngah anggap Maira ni macam adik je." Bangkang Umairah dengan keras. Dengan beraninya gadis itu membalas renungan mata Ian. Ian menggigit bibirnya. Senyumnya cuba diukir. Hilman ni memang bengap! Kutuk Ian dalam hati.

"Dah. Pergi masuk. Makan. Along cakap Maira tak makan lagi hari ni. Sweet dream, baby girl. May your heart heals fast." Ian lantas menukar topik. Umairah mengangguk sahaja. Air mata yang membasahi pipi dikesat menggunakan lengan hoodienya.

"Thank you, abang Ian."

"No biggie, sweetheart. Bye!" Ian melambaikan tangannya ke arah Umairah. Umairah membalas sebelum menapak masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Perlahan-lahan langkahnya diatur menuju ke pintu. Pintu dibuka dan gadis itu melangka masuk ke dalam rumahnya.

"Maira." Baru sahaja pintu ditutup, namanya sudah diseru. Umairah mendongak. Kelihatan Puan Hani sedang berpeluk tubuh di atas sofa. Mungkin sedang menunggunya. Umairah teguk liur.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now