Tiga puluh lapan

6.2K 450 19
                                    

Imran_

Esok korang free tak?

Harraz_

Esok weekend, confirmlah free.

Irwan_

Angah free je long. Kenapa?

Haris_

Off-duty. Free. Why?

Hilman_

Free, long. Pehal?

Ian_

Ada plan esok. Tapi untuk korang, boleh je.

Imran_

@/maira free tak?

Umairah hanya membaca pesanan groupchat WhatsApp itu tanpa niat untuk membalasnya. Telefon diletakkan ke tepi sebelum Umairah menyambung kerjanya agar assignmentnya siap. Setelah kembali hanyut ke dalam dunianya sendiri, telefon Umairah berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Ian. Tanpa banyak fikir, Umairah mejawab panggilan tersebut. Dengar sahaja suara Ian dihujung talian, Umairah meninggalkan kerjanya dan menapak ke katil. Gadis itu senyap aje ketika Ian sedang berceloteh itu dan ini.

"Tengoklah macam mana. Esok Maira ada plan dengan kawan." Ujar Umairah, sekadar memberi alasan kerana tidak mahu keluar dan bersua muka dengan Hilman. Bimbang dia kecundang lagi. Ian masih lagi memujuknya agar menyertai plan mereka esok. Katanya dia pun sanggup berkorban menangguhkan plannya esok kerana mahu berkumpul bersama.

"Hm yelah." Nak tak nak, Umairah terpaksa bersetuju. Ian bersorak di hujung talian. Mungkin gembira kerana pujukannya berhasil. Umairah akhirnya meminya diri sebelum talian itu diputuskan. Gadis itu merenung siling sebelum mengeluh perlahan.

Beberapa hari lepas, pertemuan dengan Hilman sedikit sebanyak menganggu gugat benteng hatinya. Hampir musnah kekuatan yang dibina. Gadis itu hampir jatuh kembali kepada Hilman. Chill Maira. Dia cakap lembut sebab dia anggap kau adik dia. Dia caring sebab kau dah macam adik dia. Takde double-meaning. Sekadar adik. Noktah. Umairah memujuk hatinya.

Ian_

Maira onz guys.

Kan @/maira kan?

Umairah_

Yalah. Maira ikut.

Hadap jelah Maira. Umairah mengeluh perlahan seraya bangkit dari baringnya. Kakinya diatur menunu ke meja belajarnya. Niatnya untuk menyambung kembali kerjanya namun semuanya terbantut. Otaknya masih memutarkan tentang Hilman berulang kali. Senyumnya, suaranya malahan baunya masih melekat diingatannya. Terbukti dua bulan menjarakkan diri langsung tidak membantu dalam proses move on-nya.

Bang Ngah ni memang. Kalau tak suka tu, cakaplah kasar sikit! Kalau tak suka tu, tak usahlah buat-buat caring. Hati Maira tak kuat tau. Umairah menyembamkan wajahnya ke atas meja. Rasa sebak kembali menjentik tangkai hatinya.


B

rrrrr!

Brrrrr!

Telefonnya bergetar, menandakan ada pesanan WhatsApp yang diterima. Dengan mata yang berkaca-kaca, Umairah mengambil telefonnya dan pesanan WhatsApp itu dibaca.

Muiz_

Esok free tak?

Jom keluar tengok wayang.

Umairah mengeluh. Pesanan itu ditinggalkan begitu sahaja. Gadis itu berura-ura untuk kembali menyembamkan wajahnya ke atas meja namun belum sempat dia berbuat sedemikian, telefonnya bergetar lagi. Eh Muiz ni nak apa lagi?

Hilman_

Esok bang ngah ambik Maira.

Okay?

Baca sahaja pesanan itu, Umairah lantas tegakkan badannya. Matanya membulat.

Umairah_

Angah dengan Bang Chik?

Hilman_

Angah dengan Bang Chik kan ada kat rumah.

Diorang balik.

Maira je ada kat sana.

Umairah mula meneguk liur. Berdua dengan Hilman? Memang taklah. Otaknya mula bekerja, mencari dalih agar Hilman tidak perlu mengambilnya di universiti.

Umairah_

Eh takpelah bang ngah.

Esok Maira keluar dengan kawan pergi sana.

Nanti kita jumpa kat sana.


Hilman_

Kita sejalan je ni.

Ajak kawan ikut sekali.

Esok bang ngah pick up.

Good night ❤️

Umairah mengeluh. Kepalanya terus diletakkan ke atas meja. Habislah aku. Apa aku nak buat ni? Mesti janggal nanti. Takkan aku dengan Bang Ngah je? Eh Angah dengan Bang Chik boleh pulak balik masa-masa macam ni. Omel Umairah dengan geram. Giginya diketap. Lama berkeadaan sebegitu, tiba-tiba ideanya muncul.

Umairah_

Muiz, esok onz.

Jumpa esok.

Nanti apa-apa aku roger.

Muiz_

Okay Mai!

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now