Tiga puluh lima

6.5K 501 39
                                    

2 BULAN KEMUDIAN

Usai sahaja kelasnya habis, Umairah lantas sahaja menapak menuju ke library. Assignment yang diterima memerlukannya meminjam buku daripada perpustakaan.

"Mai!" Dengar sahaja seperti ada suara yang tidak asing memanggil namanya, Umairah lantas sahaja menoleh ke belakang. Seorang jejaka sedang berlari anak ke arahnya. Umairah sudah buat muka. Daei zaman diploma, memang jejaka inilah yang melekat dengannya. Jodoh kuat betul orang kata. Sampai ada yang cakap mungkin sampai ke jinjang pelamin.

Eh mintak jauh!

"Nak pergi mana?" Soalnya lagi setelah benar-benar berada di sebelah Umairah. Muiz, jejaka tinggi lampai yang berkulit sawo matang dan berkaca mata. Agak sado dan eye-candy jugaklah. Namun tidak mampu memikat hati Umairah. Kurangnya satu je, matanya bulat amat. Tak sepet!

"Oi, aku tanya ni." Muiz memetik jari di hadapan wajah Umairah.

"Library. Nak ikut ke?" Umairah yang baru sahaja sedari lamunan menjawab soalan Muiz. Pantas sahaja gadis itu menggigit bibirnya dengan ajakannya. Muiz memang pantang diajak, memang dia akan ikut!

"Untuk Mai semua boleh." Jawab Muiz dengan menjungkitkan keningnya. Umairah senyum sinis sebelum melangkah menuju ke library. Dalam kepalanya sudah berkira-kira berapa biji buku yang bakal dipinjam. Tiba-tiba matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang berada di kafe bersebelahan library.

Macam Bang Ngah. Detik hatinya. Namun selepas itu, Umairah laju sahaja menggeleng. Menghilangkan bayangan Hilman dari benaknya. Move on, Maira. Bang Ngah tu abang je. Tak lebih. Umairah membisikkan kata-kata itu dalam hatinya.

Dua bulan berlalu, Umairah langsung tidak pulang ke rumah walaupun jarak perjalanan ke rumah hanya memakan masa sejam lebih. Semuanya gara-gara tidak mahu bertembung dengan Hilman. Walhal Hilman sudah tidak tinggal bersama Puan Diana kerana bekerja.

Dua bulan berlalu, perasaan itu masih ada. Waktu bersendirian, sesungguhnya perasaan itu menjentik tangkai hatinya. Kata Puan Hani, perlahan-lahan. Steady and slow bak kata Imran. Move on bukan melupakan tetapi mampu menerima semuanya dengan hati terbuka dan teruskan hidup. Dalam erti kata lain, redha.

Dua bulan berlalu juga, Umairah langsung tidak menghubungi Hilman. Biarlah perasaan ini hilang dulu. Biarlah kasih sebagai abang itu neutral kembali. Hanya Ian sahaja yang selalu menghubunginya untuk bertanya khabar. Haris apa kurangnya. Masing-masing hanya mampu bertanya khabar melalui telefon, tidak mampu untuk melawat Umairah kerana sibuk bekerja.

"Mai, okay tak ni? Lama kau termenung depan pintu ni." Sekali lagi Muiz menegur Umairah yang sedang termenung di hadapan pintu library. Umairah kembali ke dunia sebenar dan menapak masuk ke dalam library, meninggalkan Muiz terpinga-pinga.

Buku-buku yang berada di dalam kepalanya di ambil. Usai sahaja mengutip buku yang diingini, gadis itu berlalu ke kaunter pendaftaran.

"Lepak kafe jap. Jom?" Ajak Muiz setelah mereka kembali keluar dari library. Umairah berfikir sejenak.

"Okay." Muiz menguntum senyumnya. Senang hati kerana Umairah sangat baik hati pada hari ini. Selalunya semua ajakannya ditolak. Payah kemain. Jual mahal! Mereka masing-masing menapak masuk ke dalam kafe yang bersebelahan dengan library. Kaki Umairah berhenti serta merta. Matanya membuntang.

"Bang Ngah?" Sapa Umairah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Bang Ngah?" Sapa Umairah. Jejaka itu lantas mendongak dan menjungkitkan keningnya. Senyumnya turut diukir sambil melambaikan tangannya. Umairah terkedu. Ternyata sungguh benar jejaka yang dilihatnya tadi adalah Hilman.

"Maira! Come here." Suara Harraz juga kedengaran. Mereka duduk satu meja. Irwan juga tidak ketinggalan. Nak tak nak Umairah mendekati mereka dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Muiz yang mengekori langkah Umairah sedari tadi turut melabuhkan punggungnya di sebelah Irwan.

"Korang buat apa kat sini?"

"Lah uni kitorang. Suka hatilah." Jawab Irwan kerek. Umairah menjulingkan matanya sambil tayang muka menyampah.

"Bang Ngah buat apa kat sini?" Tanya Umairah sambil tergagap-gagap. Anak matanya dilarikan apabila bertembung dengan Hilman.

"Dah lama tak jumpa Maira. Itu yang Bang Ngah datang. Sambil jenguk budak berdua ni." Beritahu Hilman dengan senyumnya. Lantas sahaja matanya mengerling ke arah Muiz yang duduk bersebelahan dengan Umairah. Bukan sahaja Hilman yang sedang merenung Muiz, malah Harraz dengan Irwan juga. Atas bawah je tiga orang itu merenung Muiz.

"Siapa ni?" Tanya Irwan dengan berterus terang. Jejaka itu memeluk tubuhnya sambil menayang riak serius.

"Kawan sekelas Maira. Muiz ni abang-abang aku." Lantas sahaja Muiz menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan mereka, namun hanya disambut acuh tak acuh. Masing-masing tayang muka garang.

"Aku Harraz. MPP, mesti kau selalu nampak kan? Kawan dengan Maira elok-elok. Kalau tak, siap kau." Ujar Harraz dengan senyuman dibibirnya. Namun ayatnya agak berbisa.

"Aku Irwan." Tiada mukaddimah panjang, jejaka itu hanya menghadiahkan renungan tajam yang mengandungi seribu amarannya.

"Hilman. Bang Ngah Maira." Ujar Hilman dingin.

"Maira--"

"Ya?" Jawab Umairah laju.

"Lepas ni ada kelas?" Hilman jungkit keningnya.

"Kelas dah habis." Dengan teragak-agak Umairah menjawab lagi soalan yang terlahir dari mulut Hilman.

"Jom keluar makan. Bang Ngah belanja." Celah Irwan seraya bangkit dari duduknya. Buku yang berada di tangan Umairah di ambil dan dipegang.

"Okay." Umairah bersetuju separuh hati. Dia ikut pun sebab Irwan ikut sekali. Umairah segera menoleh ke arah Muiz yang kelihatan janggal disebelahnya.

"Sorry, Muiz. Aku keluar dengan diorang dulu. Lain kalilah kita lepak." Pinta Umairah. Rasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan Muiz sendirian. Laju sahaja Muiz mengangguk dek perutnya kecut. Lain macam abang-abang dia ni. Garang-garang semua. Mereka semua beriringan keluar dari kafe menuju ke arah kereta yang diparkir tidak jauh dari situ.

"Maira nak makan kat mana?" Hilman menyoal sekadar berbasa basi untuk menghidupkan suasana.

"Maira ikut je." Jawapan dingin itu mematikan hasrat Hilman untuk terus berbual dengan Umairah.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now