RAYA SPECIAL II

6.3K 571 35
                                    

Usai sahaja jogging, Hilman menghentikan langkahnya di hadapan rumah Umairah. Earphone dibuang dari telinganya dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Rambutnya yang basah dengan peluh dilap menggunakan tuala. Pintu pagar rumah direnung kosong. Sejak kejadian minggu lepas, Umairah jarang bercakap dengannya. Asal nak borak je, mesti Umairah mengelak.

Hilman buntu. WhatsAppnya juga dibuat bolayan oleh Umairah. Puas dia menerangkan situasi itu, Umairah masih lagi dengan cemburunya. Hatinya semakin berat tatkala memikirkan tentang malam ini. Majlis akad nikah akan berlangsung pada malam ini yang merupakan malam raya. Malam ini ikatan pertunangan akan digantikan dwngan ikatan perkahwinan.

Telefon dari poket seluarnya diambil dan nombor Umairah didail. Bunyi beep dihujung talian kedengaran beberapa kali sebelum panggilan itu disambut oleh operator. Hilman mengeluh perlahan. Jejaka itu meneruskan langkah ke rumah. Badan dibersihkan sebelum jejaka itu keluar ke belakang rumahnya, bersantai di atas pangkin yang disediakan.

Tak sangka, dari kecil sehingga dah besar mereka akan bersama dengan izin ALLAH. Tak sangka, dahulunya teman sepermainan, anggap adik abang, rupanya hatinya boleh berubah. Benarlah, hati manusia selalu berubah.

"Apa abang Ian ni?" Lamunannya hilang tatkala suara Umairah menyapa gegendang telinganya. Hilman segera bangkit dan merapati pagar. Dari sebalik pagar itu, Umairah, Imran, Haris, Harraz, Irwan sedang berkumpul tanpanya. Sedikit sebanyak hatinya terguris. Terasa terpinggir oleh Umairah.

"Bang long pun sama. Ey semua kahwinlah cepat!" Sambung Umairah lagi. Walaupun dengan nada marah, senyum terukir lebar di bibirnya. Hilman mengeluh perlahan sebelum bertindak berdehem dan memanjat pagar itu.

"Eh Bang Ngah!" Seru Irwan. Semua menoleh ke arah Hilman yang sedang bertenggek di atas pagar. Tidak menyahut sapaan itu, Hilman memanjat turun pagar dan menapak masuk ke dalam biliknya. Kononnya merajuk dengan Umairah. Umairah yang hanya sekadar melihat, tergamam dengan wajah serius Hilman. Liurnya diteguk.

"Ayok Maira, Bang Ngah dah merajuk." Sakat Harraz nakal. Umairah mencebik.

"Eh siapa yang merajuk dengan siapa sekarang?" Ujar Umairah sambil mencebik. Senyum dibibirnya sudah mati. Gadis itu memeluk tubuhnya.

"Patutlah Bang Ngah merajuk. Kau tak hiraukan dia. Dengan kitorang boleh pulak gelak-gelak." Sambung Imran pula. Jejaka itu mula bangkit dari duduknya dan melalukan stretching beberapa kali.

"Jom geng, sarapan. Kejap lagi nak sambung prepare untuk majlis malam ni." Ajak Imran lagi. Yang lain akur. Mereka bangkit dari duduk dan menapak membuntuti langkah Imran.

"Janganlah tinggal Maira." Rengek Umairah.

"Kau duduk situ. Pandai-pandailah kau settle dengan Bang Ngah." Balas Irwan dengan riak agak garang. Umairah akur. Bayang lima jejaka itu akhirnya tidak kelihatan. Umairah teguk liurnya.

Bukan Umairah tak rindu, Umairah rindu. Namun gadis itu ego. Dia mahu melanjutkan perang dinginnya.

Mahu sahaja dia membalas setiap pesanan Hilman, namun terselit di hatinya untuk menguji sejauh mana jejaka itu akan memujuknya. Umairah mengeluh. Lekas telefonnya yang berada di atas meja di ambil. Nombor Hilman didail.

"Bang Ngah —" Umairah kelu ketika panggilan bersambut. Lidahnya keras untuk menyatakan hasrat di hatinya.

"Sayang, we need to talk." Ujar Umairah dengan satu nafas. Hilman hanya membalas dengan 'hm' dihujung talian. Tidak lama selepas itu, Hilman muncul di sebalik pagar. Pagar di panjat sebelum jejaka itu melompat turun ke dalam kawasan rumah Umairah. Perlahan-lahan langkahnya diatur menuju ke arah Umairah yang sedang duduk di atas kerusi yang di sediakan di halaman belakang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now