Tiga puluh sembilan

6.7K 521 40
                                    

Hilman menyandarkan badannya pada dinding. Nombor Ian didail. Tidak lama selepas itu, panggilan videonya berjawab.

"Kau apahal? Rindu? Esok kan dah nak jumpa." Tanpa salam dan mukaddimah, pertanyaan itu sudah menyapa gegendang telinganya. Terpapar pada skrin Ian sedang menghadap laptop, mungkin menyiapkan kerjanya. Dasar workaholic! Kat rumah pun nak buat kerja.

"Tak kuasa aku nak rindu kau--"

"Habis tu?" Belum habis Hilman menuturkan ayatnya, Ian suda mencelah. Jejaka itu akhirnya memberi sepenuh perhatian kepada Hilman. Macam ada benda penting sampai video call bagai.

"Aku nak tanya kau something." Hilman akhirnya memulakan mukaddimahnya. Ian jelas mengerutkan keningnya ketika hal itu menyapa gegendang telinganya.

"Okay. Silakan."

"Kenapa kau rasa aku suka Maira?" Jejaka itu teguk liur kelat setelah menuturkan sebaris soalan yang dari semalam dipendam. Setelah bertanya kepada Imran dan Azreen, kini giliran Ian pula. Soalan itu juga wujud disebabkan kata-kata Ian pada dasarnya.

"Kau caring gila. Semua tentang Maira kau--"

"Tak macam adik?" Celah Hilman seraya jungkitkan keningnya.

"Ha inilah kau. Aku tapakkan jugak muka kau japgi baru kau faham perasaan sendiri. Bro, kau tengok Imran caring kat adik dia macam mana? Kau bukan macam tu. Kau lebih. Kau ingat tak kau tu selalu jealous bila Maira dengan aku? Masa aku nak keluar dengan Maira, kau ada je nak mencelah. Sebab kau rasa tercabar, kau cemburu aku dekat dengan dia. Kan?" Ian jeda seketika.

"Kau mesti rasa panas je tengok aku dekat dengan Maira. Bila Maira cakap dia sayang aku lebih dari kau, kau rasa nak lempang je kan? Kau jealous. Kau sayang dia lebih dari adik. Tolonglah aware dengan perasaan sendiri. Payah tau abang nak merajuk kalau adik sayang abang lain lebih. Habis tidak diorang buat bolayan je!" Sambung Ian lagi. Mungkin menghamburkan apa yang berbuku dihatinya setelah hampir beberapa bulan menjadi pemerhati. Hilman menggigit bibirnya seraya menunduk. Kata-kata Ian ada benarnya.

Maknanya selama ni aku memang ada perasaan kat Maira? Hilman menyoal dirinya sebelum mengeluh.

"Man, lepas ni cuba kau pejam mata. Kau bayangkan senyum dia, ketawa dia, semua gelagat dia. Kalau kau senyum, jantung kau berdegup, yes you are in love with her." Melihat Hilman hanya mendiamkan diri, Ian bersuara lagi. Memberi cebisan nasihat kepada sahabatnya itu. Keningnya dijungkitkan beberapa kali.

"Nantilah aku try. By the way, kau ada perasaan untuk Maira?" Soalan tidak diduga itu muncul lagi dari mulut Hilman. Ian hanya menyengih dan menjungkitkan bahunya.

"Kau rasa?" Seperti hari itu, jawapan masa diterima oleh Hilman.

"Aku gerak dulu. Nak siapkan report jap. Bye! Goodluck faham hati sendiri." Tanpa menunggu jawapan daripada Hilman, Ian akhirnya mematikan panggilan video itu, meninggalkan Hilman dengan tanda tanya. Keluhannya dilepaskan.

Hilman menapak ke arah katilnya. Badannya dibaringkan ke atas katil. Kata-kata Ian terngiang-ngiang di telinganya.

Pejam mata. Hilman cuba pejam mata. Senyum Umairah cuba dibayangkan. Tawa Umairah juga yang terselit di memori di panggil kembali. Tak semenanya senyum Hilman turut terukir. Dalam ingatannya, setiap kali Umairah mengukir senyumnya, pasti sahaja dia akan turut tersenyum.

"Bang Ngah." Ketika Umairah memanggilnya, pasti sahaja dia berusaha untuk memberikan sepenuh perhatiannya buat gadis itu tidak kira apa yang terjadi. Celoteh gadis itu tetap akan dilayan walaupun penat. Tangis Umairah turut menjentik tangkai hatinya agar berusaha memujuk gadis itu. Adakah itu lebih dari seorang abang?

Hilman memegang dadanya. Sebenarnya tidak perlu tangan didada, telinganya sudah dapat menangkap degup jantung sendiri. Hilman teguk liur.

Angannya sewaktu kecilnya bermain dibenaknya kembali. Bayangannya dan Umairah berada di atas pelamin membuatkan jantungnya berdegup lebih kencang. Kalau dahulu, bayangan itu terisi dengan wajah mereka sewaktu kecil namun kini wajah masing-masing sudah dewasa. Angan itu dibawa dari kecil sehinggalah tingakatan tiga. Selepas itu, angan itu hancur dek bimbang dimarahi oleh Imran.

Betul ke Bang Ngah suka Maira?

----

Tinggal lebih kurang enam bab lagi geng. Are you readyyy?

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now