Empat belas

6.2K 533 23
                                    

Hilman yang baru sahaja menapak keluar dari perkarangan rumahnya terlihat seseorang sedang berjogging. Hoodie kuning? Keningnya segera bertaut. Selalunya kalau suka warna kuning ni adalah Umairah. Kenapa jogging sebelah sana? Hilman lantas sahaja menjungkitkan bahunya. Jejaka itu memanaskan badannya namun semuanya terhenti ketika ada seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari rumahnya, membuntuti langkah Umairah.

Hilman rasa tidak sedap hati. Lantas sahaja jejaka itu mengatur langkah, mengikut laluan Umairah. Bimbang gadis itu diapa-apakan oleh lelaki itu. Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya. Dari kejauhan sahaja Hilman memerhati. Menunggu masa untuk bertindak seandainya ada apa-apa terjadi.

Ketika lelaki itu memintas langkah Umairah, Hilman segera melajukan lariannya.

"Hoi!" Hilman bersuara lantang saat lelaki itu mula menegur Umairah. Umairah yang kelihatan takut segera mendekatinya dan bersembunyi di belakang. Hilman merenung wajah lelaki yang berani menganggu Umairah.

"Bang Ngah, Maira takut." Adu Umairah dengan suara yang menggigil. Gadis itu menggenggam erat bajunya. Hilman tayang wajah seriusnya.

"Kau ganggu adik aku sekali lagi, siap kau!" Amaran keras diberikan oleh Hilman. Matanya mencerlung tajam ke arah jejaka yang berada di hadapannya. Jejaka itu senyum sinis dan ketawa kecil.

"Aku kecewalah dengan korang ni." Ujarnya, masih dengan sisa tawanya. Hilman kerutkan keningnya.

"Sampai hati tak ingat aku." Sambungnya lagi. Hilman dan Umairah masing-masing tercengang. Siapa dia yang perlu ingat. Wajah jejaka itu langsung tiada dalam kotak memori mereka. Mata juga sepet seperti Hilman, namun kulit agak putih melepak.

"Remember me?" Tanyanya lagi ketika Umairah dan Hilman masing-masing senyap.

"Ah, aku kecewa. Aku ingat korang kot." Jejaka itu tetap mengukir senyumnya walaupun nadanya kelihatan sangat kecewa. Umairah gigit bibirnya. Dari nada jejaka itu sepertinya dia benar-benar kecewa.

"I-Ian?" Tebak Umairah sambil tergagap-gagap. Entahlah, gadis itu merasakan jejaka di hadapannya ada persamaan dengan kawan sepermainan mereka dahulu. Ian Zhi.

"Woah Maira! Unexpected Maira ingat Abang Ian. Correct. Tahulah lebih sepuluh tahun aku tak balik Malaysia, korang lupa aku ni buat aku sedihlah." Ian tayang wajah sedihnya. Umairah lantas sahaja mendekati Ian. Wajah jejaka itu diperhati secara dekat.

"Maira jangan dekat sangat. Jauh sikit." Arah Hilman. Umairah buat donno dan masih lagi memeriksa jejaka di hadapannya.

"Handsome teruk abang Ian sekarang ni. Dulu macam cina bukit je. Sekarang KPOP style sangat." Ujar Umairah selamba. Ian ketawa. Geli hati dengan komen yang diberikan oleh Umairah. Daru dulu sampai sekarang tak berubah. Hilman berdehem sebelum mendekati Ian dan Umairah. Hujung lengan Umairah ditarik agar menjarakkan diri dari Ian.

"Come on Hilman, aku Ian. Kau jangan pura-pura lupa aku." Hilman masih diam. Masih lagi menganalisis jejaka di hadapannya.

"Siapa nama bapak kau?"

"Idris Zhi."

"Mak kau?"

"Azilawati. Wait-- aku penatlah nak jawab soalan kau. Tak percaya, jom balik rumah aku. Nanti aku cerita balik." Pintas Ian segera. Hilman akur. Mereka sama-sama menapak menuju ke rumah Ian yang hanya bersebelahan dengan rumah Umairah. Ya, mereka jiran dan rapat antara satu sama lain sebelum Ian berpindah ke Canada mengikut ayahnya yang bekerja.

"Rindu abang Ian tak Maira?"

"Tak."

"Sampai hati."

"Tak payah sampai hati sangat." Hilman mencelah di antara Umairah dan Ian. Rasa tidak senang apabila mereka berada bersebelahan.

"Kau tak rindu aku?" Ian menyoal Hilman pula.

"Tak." Sahut Hilman, sebijik seperti Umairah. Hilman dan Umairah saling berpandangan dan bertukar senyum nakal. Sengaja menyakat Ian barangkali.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now