Empat puluh tiga

7K 590 114
                                    

Hilman_

Good morming baby girl!

Rise and shine.

Happy birthday ❤️

Bang Ngah ada kerja pagi ni.

Mungkin petang nanti, Bang Ngah jumpa Maira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mungkin petang nanti, Bang Ngah jumpa Maira.

By the way,

Bang Ngah ada tinggalkan something kat pagar.

Boleh tengok-tengok kalau mahu.

Mata Umairah terbuntang. Jam pada di skrin telefonnya dilihat. Jam hampir menunjukkan pukul 12 tengah hari. Pesanan WhatsApp Hilman yang diterima adalah pada jam 7 pagi. Ini semua gara-gara tidur lepas subuh. Dan semuanya sebab Hilman.

Gadis itu bangkit dan berlalu ke bilik air. Wajahnya dibasuh ala kadar sahaja sebelum menggosok gigi. Usai itu, Umairah berlaku ke bilik Imran, short cut untuknya ke pagar belakang rumah.

"Long, pinjam hoodie." Walaupun Imran tiada, Umairah masih meminta izin untuk meminjam hoodie. Hoodie berwarna kelabu diambil dan dipakai sebelum gadia itu menapak keluar dari bilik Imran. Matahari yang sudah tegak berada di atas kepala menyebabkan Umairah berhenti melangkah seketika. Silau.

"Apa benda dia tinggalkan?" Tanya Umairah sambil berjalan terhuyung-hayang dek mamainya masih bersisa. Kerusi di panjat dan matanya mencari 'sesuatu' yang ditinggalkan oleh Hilman.

"Baru bangun ke tu?" Sapa satu suara yang sangat familiar pada gegendang telinganya. Terus sahaja matanya membuntang. Bang Ngah. Umairah hanya mampu menyengih dan mengangguk perlahan. Mengiyakan sahaja soalan Hilman.

"Bang Ngah cakap ada kerja?" Kini giliran Umairah pula menyoal dengan suara baru bangun tidurnya.

"Dah balik dah. Bang Ngah balik tengok something yang Bang Ngah tinggalkan masih ada. Bang Ngah fikir Maira tak sudi ambil dah." Hilman turut meletakkan kerusi berdekatan pagar. Kerusi dipanjat untuk bercakap dengan Umairah. Selevel gitu.

"Mana something nya?" Umairah hulurkan tangannya. Berharap Hilman menghulurkan sesuatu itu ke tangannya.

"Tak jadilah. Alang-alang Maira dah ada depan mata kan. Bang Ngah cakap depan-depan jelah." Balas Hilman pula. Senyumnya diukir sehingga lesung pipitnya kelihatan. Anak mata Umairah direnung sedalamnya. Umairah menunduk. Segan apabila direnung oleh Hilman. Dahlah tengah hari, panas teruk!

"Panaslah Bang Ngah. Nanti-nantilah." Umairah cuba berdalih. Hilman menggelengkan kepalanya sebelum turun dari kerusi. Jejaka itu menapak masuk ke dalam biliknya sebelum keluar kembali seminit kemudian. Payung dibuka bagi menghalang cahaya matahari terik menyentuh mereka. Sebelah lagi tangannya menghulurkan sekuntum bunga matahari besar kepada Umairah.

"Happy birthday." Ujar Hilman sebelum jeda seketika. Umairah menyambut huluran bunga matahari itu dengan senyuman yang tidak sapat disembunyikan. Jantungnya usah cakaplah. Dah lub dub lub dub teruk!

"Maaf andai Bang Ngah banyak sakitkan hati Maira selama ni. Maaf Bang Ngah baru sedar dan faham hati sendiri. Bang Ngah rasa, Bang Ngah suka Maira. Bang Ngah memang suka Maira dari dulu lagi. Cuma, Bang Ngah baru sedar." Hilman menarik nafas panjang setelah meluahkan segala isi hatinya. Jejaka itu merenung gadis di hadapannya, memunggu riaksi yang bakal ditunjukkan oleh Umairah.

"Maira, Bang Ngah sebenarnya sayang Maira lebih dari seorang adik. Bang Ngah sebelum ni tak faham perasaan sendiri. You know what, masa Maira darjah enam, Bang Ngah dah start suka Maira. Bang Ngah pernah berangan kahwin dengan Maira. Bang Ngah tak tipu. Sekarang Bang Ngah sambung berangan naik pelamin dengan Maira. Manalah tahu jadi kenyataan." Sambung Hilman lagi tatkala tiada jawapan yang diterima daripada Umairah. Umairah masih diam membisu. Hanya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hilman. Semuanya kedengaran macam mimpi. Aku masih mimpi ke?

"Boleh bagi peluang lain untuk Bang Ngah? Maksud saya, Maira boleh bagi peluang untuk Hilman tak? Bukan sebagai abang dengan adik, tapi sebagai seorang lelaki dan perempuan."

"Bang Ngah, Maira balik bilik dulu." Umairah lantas sahaja melompat turun dari kerusi dan bergegas menapak ke bilik Imran, meninggalkan Hilman terpinga-pinga. Liurnya diteguk. Pipinya ditampar beberapa kali. Sakit! Ini bukan mimpi.
Dari dalam bilik sempat gadis itu mengerling kelibat Hilman yang masih disitu melalui sliding door.

Betul ke ni? Umairah masih tidak percaya. Pesanan WhatsApp semalam pun sudah menyebabkannya tidak lena tidur, hari ni luahan perasaan pulak? Bang Ngah main-main ke ni?

"Pakai hoodie Along apa hal?" Soal Imran yang baru sahaja menapak masuk ke dalam biliknya. Umairah yang tercegat disitu direnung atas dan bawah.

"Kau pehal? Bang Ngah buat apa?" Soal Imram dengan risau apabila tiada sebarang jawapan yang diterima dari adiknya.

"Hoi!" Imran menunjal kepala Umairah dek tiada respon yang diterima. Umairah merenung abangnya. Irama jantungnya yang berdegup kencang masih lagi kedengaran.

"Bang Ngah cakap dia suka Maira." Ujar Umairah, masih tidak percaya dengan pendengarannya.

"Haa betullah tu. Ibu pun ada masuk merisik kau pagi tadi. Kau pulak terbongkang tidur."

"APA?" Mata Umairah membuntang bulat. Bunga matahari yang berada d tangannya direnung. Lututnya rasa longlai tiba-tiba. Ada sekeping sticky note yang terlekat pada bunga itu diambil.

I want you to be mine ❤️

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now