Enam

6.9K 547 39
                                    

"Along--"

"Bendapa?" Imran menjungkitkan keningnya. Umairah yang senyap sedari tadi direnung. Umairah mengangkat wajahnya. Air matanya sudah membasahi pipi. Imran kaget.

"Kau kenapa ni, Maira?" Imran lantas mendekati adiknya. Kedua-dua belah tangan Umairah diraih dan digenggam erat.

"Maira nak balik." Ujar Umaira dengan teresak-esak. Imran lantas sahaja mengangguk. Bersetuju tanpa banyak songeh walaupun tiket wayang sudah dibeli. Imran segera bangkit dan berjalan beriringan ke arah pintu utama.

"Long." Belakang bahu Imran tiba-tiba sahaja ditepuk. Imran berhenti melangkah dan menoleh ke belakang. Begitu juga dengan Umairah. Imran teguk liur. Anak matanya segera beralih ke arah Umairah. Gadis itu segera membuang pandang ke arah lain, mungkin tidak mahu Hilman melihat keadaannya.

"Tak cakap nak keluar jugak hari ni. Kalau tak, boleh keluar sama-sama." Ujar Hilman dengan senyum manisnya masih tidak lekang dari bibir.

"Tak plan pun sebenarnya." Jawab Imran dengan teragak-agak. Wajah Hilman dan gadis di sebelahnya direnung secara bergilir-gilir. Sah, ini gadis yang pernah Hilman tunjukkan kepadanya melalui gambar. Cantik!

"Long, ni bakal adik ipar kau. Azreen." Hilman memperkenalkan gadis yang berada disebelahnya kepada Imran. Imran mengangguk sebagai sapaan kepada gadis itu.

"Reen, ni Imran. Jiran sebelah rumah, tapi saya dah anggap dia macam adik beradik. Yang comel tu, Maira-- Maira, pandang sini." Umairah semakin sebak ketika kata-kata itu menyapa gegendang telinganya. Hatinya bagai dihiris dengan belati berkali-kali.

"Maira, Bang Ngah--" Belum sempat Hilman menghabiskan ayatnya, Umairah sudah membuka langkah meninggalkan mereka. Hilman terkedu manakala Imran sudah tidak keruan.

"Ngah, aku gerak dulu. Maira sakit perut. Period pain kut. Have a good day both of you." Tanpa mendengar respon daripada Hilman dan Azreen, Imran lantas berlari anak mengejar langkah adiknya.

"Maira." Imran menggapai tangan adiknya, berharap agar gadis itu berhenti melangkah. Orang sekeliling sudah tengok pelik. Yalah, dah macam pasangan kekasih bergaduh. Menangis bagai!

"Maira nak balik."

"Ya. Along tahu. Jom balik. Slow-slow. Nanti kau jatuh." Tangan Umairah digenggam erat. Mereka berjalan beriringan keluar dari bangunan itu menuju ke tempat parkir kereta. Masing-masing akhirnya lolos ke dalam perut kereta.

"Kau suka Bang Ngah?" Tiba-tiba sahaja soalan itu keluar dari mulut Imran ketika sedang menghidupkan enjin kereta.

"Mana ada."

"Habis tu, menangis sampai macam ni?" Soal Imran lagi.

"Maira sayang Bang Ngah macam orang sayang Along dengan Angah lah. Bang Ngah dah macan abang Maira." Jawab Umairah, masih dengan esak tangisnya. Imran senyum sinis. Lantas sahaja tangannya meluku kepala adiknya. Umairah mengaduh kesakitan.

"Sakitlah along." Marah Umairah dengan air mata yang semakin laju membasahi pipi. Baru aje nak reda, dah kena luku.

"Habis itu, Angah ada awek, kau tak macam ni pun. Nak kata kau jealous abang kau ada awek, kau rilek je Angah dengan Shana." Kata-kata Imran tepat mengenai hatinya. Tangis gadis itu terhenti serta-merta. Hanya esak tangis sahaja yang kedengaran. Setiap bait yang lahir dari mulut Imran ada benarnya.

"Kau suka Bang Ngah, kan?" Umairah diam tidak menjawab. Masih mencerna kata-kata abangnya.

"Baguslah kau sedar sekarang. Cepat sikit kau move on. Nanti sambung degree, kau carilah orang lagi handsome dari Bang Ngah kau tu." Kereta yang dinaiki mereka akhirnya bergerak di atas jalan raya. Umairah hanya membuang pandang. Tutur bicara Imran terngiang-ngiang ditelinganya.

Aku suka Bang Ngah?

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now