Tiga Puluh Dua

5.9K 456 19
                                    

"Mak tengok kamu macam tak okay hari ni." Usai sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Hani, kata-kata Puan Hani menyapa gegendang telinganya. Umairah meneguk liur. Senyum palsunya diukir.

"Eh mana ada. Maira okay je, mak." Umairah menjawab sambil menayang senyum palsunya itu. Puan Hani menjungkitkan keningnya, langsung tidak percaya dengan butir bicara yang keluar dari mulut anak bongsunya. Tanpa disangka Puan Hani menarik Umairah ke dalam dakapannya.

"Jangan tipu mak. Mak tahu Maira tak okay." Umairah tergamam. Sedikit terkejut dengan tindakan Puan Hani. Terasa belakang badannya diusap perlahan oleh emaknya.

"I'm here. Luah je semua." Umairah membalas pelukan emaknya. Rasa sebaknya yang belum hilang sepenuhnya kembali menjentik tangkai hatinya. Gadis itu sekali lagi menangis sepuasnya dalam pelukan sang ibu. Melepaskan rasa sakit yang berbuku di hati.

"Siapa buat anak mak ni?" Tanya Puan Hani, agak terkejut sebenarnya melihat Umairah menangis. Anak bongsunya itu, walaupun paling muda, dia agak kuat dek membesar dengan abang-abangnya. Jiran terdekat pula semua lelaki. Jadi anak gadisnya itu agak kental, payah menunjukkan sedihnya.

"Siapa buat Umairah mak sampai macam ni?" Soal Puan Hani lagi. Kepala anaknya diusap beberapa kali, mencuba untuk menenangkan gelora di jiwa anaknya.

"Bagitahu mak. Mak pergi cubit dia." Sambung Puan Hani lagi. Sejak kecil Umairah payah nak mengadu dengannya. Semuanya diadukan kepada abang-abangnya memandangkn mereka semua rapat. Walau bagaimanapun, Puan Hani bersyukur kerana mereka ada untuk Umairah. Mereka sangat protective.

"Betul mak nak cubit dia?" Tanya Umairah dengan esak tangisnya. Kepalanya didongakkan, memandang wajah Puan Hani. Puan Hani segera mengangguk, mengiyakan kata-katanya. Umairah tidak meneruskan kata-katanya sebaliknya kembali memeluk Puan Hani.

"Bang Ngah ke buat Maira ni?" Umairah tersentak. Gadis itu meneguk liur. Macam mana mak tahu?

"Maira dengan Bang Ngah ada apa-apa ke?" Soalan keluar lagi dari mulut Puan Hani. Umairah segera meleraikan pelukan sang emak. Kepalanya digeleng laju. Menidakkan tekaan Puan Hani.

"Okay. Then? Bagitahu mak semuanya." Umairah akur. Nafas ditarik panjang dan gadis itu menceritakan segalanya kepada Puan Hani. Dari A hingga Z.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now