DUA BELAS

6.4K 526 14
                                    

Hilman mengeluh perlahan ketika peristiwa pada pagi tadi bermain dibenaknya. Sungguhnya selepas sahaja soalan itu meluncur keluar keluar dari mulut Umairah, hatinya jadi tidak senang. Suara Umairah terngiang-ngiang di telinganya. Sehingga sekarang, tiada jawapan yang dia mampu berikan kepada Umairah mahupun diri sendiri.

Kalau Umairah bukan dianggap sebagai adik? Hilman teguk liur. Keluhnya terlepas lagi. Lantas sahaja, sliding door dari biliknya ditolak. Baju yang dipakai dibuka lalu langkahnya diatur menuju ke arah punching bag. Segala gundah dalam hatinya dilepaskan dalam bentuk tumbukan dan terajang terhadap punching bag. Sejujurnya, tidak pernah fikirannya terganggu sebegini.

Maira ada hati kat aku ke? Aish tak mungkin. Sekali dengan penafian, penumbuknya dilepaskan mengenai punching bag sekuat hati. Dari kecil kut mereka sama-sama. Umairah antara orang yang lebih tahu tentang buruk baik dirinya. Macam abang sendiri. Hilman menggeleng lagi. Kali ini sepak terajangnya mengenai punching bag. Nafasnya mula tidak teratur.

"Kalau Maira bukan dianggap adik Bang Ngah, agak-agak Bang Ngah jatuh cinta tak?" Sekali lagi soalan itu menyapa gegendang telinganya.

"Bang Ngah tak pernah fikir pulak. Sebab Bang Ngah memang anggap Maira adik Bang Ngah, sampai bila-bila. Ingat tu." Balas Hilman dengan selamba sebelum kesedaran menjentik tangkai hatinya ketika melihat perubahan wajah Umairah. Liurnya diteguk.

"Oh." Balas Umairah pendek. Hilman mati kata. Dari saat itu, suasana kembali janggal antara Umairah dan Hilman.

"Argh!" Jerit Hilman tiba-tiba. Tangannya dilihat sambil berdesis perlahan. Buku limanya sudah melecet dek tiada lilitan seperti biasa. Badannya pula rasa sakit-sakit kerana tiada senaman pemanas badan. Hilman mengetap giginya. Pangkin yang berdekatan menjadi tempat duduknya. Langitnya yang dipenuhi bintang direnung. Kenapa hari ini hal ini baru menganggu dirinya? Dah lebih sepuluh tahun berlalu, kenapa hal ini timbul sekarang.

"Okay ke?" Tiba-tiba ada suara yang menegur Hilman. Lantas sahaja Hilman beralih ke arah pagar yang memisahkan rumahnya dan rumah Umairah. Hilman senyum mengejek tatkala melihat Imran, seperti yang dia jangkakan.

"Jarang kau macam ni." Ujar Imran lagi seraya memanjat turun pagar dan mendekati Hilman. Punggungnya dilabuhkan ke atas pangkin, bersebelahan dengan Hilman. Keningnya dijungkitkan, memberi isyarat agar Hilman menjawab soalannya.

"Ada something yang ganggu aku. Long, apa aku kena buat?" Adu Hilman. Rambutnya dielus ke belakang. Sedikit terganggu dengan rambut yang basah dengan peluhnya sendiri. Imran senyum pahit. Benar telahannya, ada benda yang terjadi antara Umairah dan Hilman. Sejak pulang dari pantai, Umairah langsung tidak keluar dari bilik. Berkurung aje.

"Umairah?" Imran jungkit kening lagi. Nak tak nak, Hilman mengangguk. Mengiyakan sahaja.

"Dia buat perangai ke tadi?"

"Tak. Dia--" Hilman jeda. Tidak mahu meneruskan kata-katanya. Teragak-agak untuk berbicara tentang Umairah di hadapan Imran. Walau apa pun, Imran tetap abang kandung Umairah.

"Dia cakap dia suka kau?" Imran melebarkan senyumnya manakala Hilman ternganga. Tidak menyangka Imran akan terfikir tentang itu. Lekas sahaja mulutnya ditutup dan liurnya diteguk. Hilman berdehem beberapa kali.

"Mana aku tahu?" Sambung Imran lagi. Angguk. Hilman mengangguk.

"Dia adore kau lain macam tau, Ngah. Tak macam abang. Dia layan aku dengan Irwan selayaknya sebagai abang. Tapi kau bukan, Ngah. Aku rasa dia baru faham yang dia bukan sayang kau macam abang. Lebih dari tu." Hilman kembali menyelak juntaian rambutnya ke belakang. Sungguh tidak percaya dengan kata-kata Imran. No way!

"Tapi aku anggap dia macam adik--"

"Kau sure?" Pintas Imran dengan senyum mengejek. Sengaja menyakat sahabat baiknya itu. Hilman lantas sahaja menyiku lengan Imran sehingga jejaka itu mengaduh kesakitan.

"Mengarut!" Bangkang Hilman sekerasnya.

"Kau bolehlah cakap. Sebab kau takde adik perempuan. Kau ada Achik je. Kau tak tahu sayang adik perempuan macam mana. Cubalah kalau kau ada adik perempuan, mesti dia akan cakap macam aku. Kenapa eh Bang Ngah sayang Maira tak macam Bang Ngah sayang adik?" Imran sambung menyakat. Hal itu membuatkan Hilman berfikir sejenak. Mungkin boleh jadi, mungkin juga tidak.

"Ah, kau merepek je ni. Kalau aku suka Maira, aku takde Azreen. Conclusion, no." Hilman tetap menepis kata-kata gurauan daripada Imran.

"Eceycey. Kau sure tak nak jadi adik ipar aku?" Sakat Imran lagi.

"Kau nak jadi punching bag ke setan?" Bentak Hilman, sebal. Imran ketawa terbahak-bahak. kelakar dengan riaksi yang diterima daripada Hilman. Namun dalam hatinya turut bersedih dengan keadaan adiknya.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now