Sepuluh

6.6K 496 23
                                    

Umairah menapak turun dari kereta dengan senyuman lebar dibibirnya. Suasana janggal berkekalan sehingga mereka tiba di pantai. Walaupun begitu, Hilman sempat berhenti di restoran makanan segera KFC. Sempatlah juga membeli beberapa jenis makanan untuk berkelah ditepi pantai. Picnic yang tidak dirancang.

"Maira jap." Umairah berhenti melangkah. Segera dia menoleh.

"Jangan duduk dulu. Rasanya kat bonet ada tikar untuk alas duduk." Umairah angguk perlahan. Plastik yang berada di tangan Hilman diambil, kononnya mahu memudahkan kerja Hilman. Hilman menguntum senyumnya. Umairah segera toleh ke tempat lain.

Pantai yang terbentang luas diliha dengan penuh bahagia. Umairah memang gemarkan pantai. Jika diberi pilihan antara mall dan pantai, Umairah lebih gemar ke pantai. Tenang aje. Hilman sempat mengerling ke arah Umairah sebelum membentangkan tikar untuk menjadi alas duduk mereka.

"Duduk." Hilman membuka kasutnya dan melabuhkan punggung ke atas tikar. Tempat di bawah rimbunan pokok rhu sangat strategik untuk mengelak bahang matahari terik tengah hari itu. Umairah akur. Plastik makanan diletakkan ditengah.

"Suka?" Hilman jungkit keningnya.

"Yes. Suka sangat." Jawab Umairah teruja. Senyumnya sampai ke telinga. Hilman turut ikut senyum ketika melihat senyum Umairah.

"Nah makan." Hilman buka plastik berisi kfc dan seketul ayam bahagian thigh beralaskan cebisan kotak dihulurkan kepada Umairah.

"Favourite kan?" Hilman bertanya lagi. Umairah anggukkan kepalanya. Memang Hilman tidak pernah lupa setiap tentang dirinya. Terbukti mereka benar-benar rapat. Macam adik dan abang. Tapi-- Along dengan Angah tak macam ni pun!

"Bang Ngah--"

"Yes?" Sahut Hilman sebelum sempat Umairah menghabiskan ayatnya.

"Nah kulit ayam. Favourite kan? Say AAAAAA!" Kali ini giliran Umairah pula. Hilman angguk.

"AAAAAA." Kulit ayam yang berada di tangan Umairah digigit. Umairah teguk liur. Jantungnya berdegup kencang. Rasa lain sangat. Dulu buat macam ni pun takde rasa apa! Umairah menunduk.

"Muka Maira dah merah. Panas sangat ke? Pakai sunblock tak? Nanti sun burn." Hilman yang perasan dengan perubahan warna kulit wajah Umairah menegur. Lekas jejaka itu toleh ke kiri dan kanan.

"Kejap, Bang Ngah beli hat." Tanpa persetujuan daripada Umairah, Hipman lantas sahaja bangkit dan berlalu ke kedai yang berhampiran. Umairah menyentuh wajahnya yang membahang dengan belakang tangan. Buat hal betul! Jantungnya berdegup makin kencang.

Kau suka Bang Ngah? Suara Imran terngiang-ngiang ditelinganya. Aku suka Bang Ngah ke? Tak mungkin. Selama ni aku anggap dia abang aku je. Umairah bermonolog sambil menggelengkan kepalanya. Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba terasa ada sesuatu terletak elok di atas kepalanya.

"Okay done." Hilman tayang senyumnya.

"Te--terima kasih, Bang Ngah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Te--terima kasih, Bang Ngah." Umairah berterima kasih dengan tergagap-gagap.

"No biggie, sweet heart." Jawab Hilman masih dengan senyumnya. Umairah menunduk. Wajahnya makin membahang. Mana nak sorok muka ni? Mintaklah dia tak perasan. Bisik Umairah. Berharap wajah merahya terselindung disebalik topi yang dibeli.

"Habis makan kejap lagi, kita jalan-jalan tepi pantai. Okay?" Umairah angguk. Setuju.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now