DLM : 2

11.3K 800 320
                                    

“AYAH bangunlah!” Tersedar terus lelaki itu akibat jeritan kuat di telinganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“AYAH bangunlah!” Tersedar terus lelaki itu akibat jeritan kuat di telinganya.

Sakit kepalanya. Perlahan-lahan dia bangun.

“Yeay, ayah dah bangun!” Mata lelaki itu membulat sekali lagi. Dia terus berpaling.

Wajah gadis yang diselamatkannya itu menjamah ruang mata sekali lagi.

“Si... siapa kau sebenarnya huh perempuan?” Pucat seluruh wajah lelaki itu.

“Daneen anak perempuan ayahlah! Hisy ayah ni, sanggup ayah lupakan Daneen. Kecil hati Daneen ni tau!” Daneen mengawal nada suaranya manjanya, sekejap tinggi sekejap rendah.

“Kau kena rasuk dengan hantu gila ke? Ataupun dah kena sampuk dek setan?” soal lelaki itu. Berpeluh wajahnya.

“Ayah janganlah sebut bukan-bukan. Daneen takut!” Daneen menangis.

“Ni semua memang gila! Hei budak yang dah besar, diamlah! Nanti orang dengar!”

“Tak nak! Ayah sebut bukan-bukan tadi. Sampai hati ayah takutkan Daneen! Daneen tak nak maafkan ayah!”

“Beritahu aku siapa upah kau ni? Mama aku? Ke papa aku?” Tangan Daneen dicengkam kuat.

“Ayah janganlah genggam kuat tangan Daneen, tangan Daneen sakit.” Lelaki itu tersedar. Dia juga tak sangka dia terkasar dengan Daneen, oleh itu segera dilepaskannya.

Namun baru sahaja dilepaskan, dia melihat tangan itu meleleh darah keluar.

“Kenapa sampai berdarah ni? Aku cuma...”

Daneen terus pengsan. Mujur sempat disambutnya.

“Ya Allah!”

Dia segera mencempung tubuh itu sebelum menimbulkan syak orang lalu-lalang di situ.

Tubuh itu layu di dalam cempungannya. Dia cemas.

Sebaik sahaja dia meletakkan Daneen di kerusi penumpang bersebelahan pemandu dan memakaikan tali pinggang, dia terus berlari anak ke bahagian pemandu.

Enjin dihidupkan seraya keretanya membelah jalan raya yang sunyi itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now