DLM : 5

8.1K 708 188
                                    

Selepas membaca atau sedang membaca: 1) Awak, awak yang tengah baca ni lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas membaca atau sedang membaca:
1) Awak, awak yang tengah baca ni lah. Awak mesti beri undian, iaitu bintang ⭐. Bintang kat bawah tu ⭐.

2) Komenlah banyak2. 😆

3) Kalau-kalau awak ternampak kesalahan tolong tag (komen) eh😝(Dalam bab ni ada permainan tau! Hope enjoy!)

“KENAPA ni?”

“Tangan Daneen sakit ayah. Sakit sangat,” adu Daneen sambil merengek kesakitan.

Aidan memandang wajah Daneen. Peluh membasahi wajah itu walaupun hanya baru sahaja sakit dirasai. Bibir itu pucat lesi.

“Macam mana boleh berdarah balik? Aku dah balut, kan?”

“Da... Daneen cu... cuba bukak...” Suara itu meragut ketenangannya.

“Degil betul la kau ni!” marah Aidan. Bengang dibuatnya mendengar jawapan itu terlucut dari bibir si gadis.

“Maafkan Da... Daneen, ayah...” Daneen meminta maaf sambil menangis.

“Kita pergi hospital. Kau kena dapat rawatan,” usul Aidan.

“Tak nak! Daneen tak nak!”

“Dah tu nak biar je darah ni mengalir!”

“Ayah kan kaya, panggilkan doktor peribadi je!”

“Kau ingat ni harta nek moyang kau?”

“Memanglah, ayah kan ayah Daneen. Mestilah harta nek moyang Daneen!”

“Nama ayah kau apa?”

“Nama sendiri pun lupa!”

“Aku bukan ayah kaulah!”

“Ayah ni, Daneen kalau tak boleh sabar Daneen cekik ayah tahu! Daneen tengah sakit tau, boleh pulak gaduh.”

“Marilah cekik! Ingat aku takut?”

“Arghhh aduh, aduh...”

“Diam dan jangan banyak songeh!” arah Aidan kemudian menarik tangan kiri Daneen menuju ke keretanya yang terletak di garaj.

“Ayah... sakit...”

Hisy berapa kali nak beritahu? Aku tahulah!” tengking Aidan. Bengang mendengar Daneen tidak henti-henti merintih sakit.

Daneen diam bersama mimik muka geram.

“Cubalah ayah rasa apa yang Daneen baru ayah tahu azabnya tu! Senang-senang je tengking orang,” balas Daneen bersama nada suara sebak.

Aidan buat tak tahu. Kalau dilayan, lagi bermacam-macam yang keluar dari mulut itu. Segera tali pinggang dipakaikan pada tubuh kecil itu.

“Kenapa tak tengking lagi? Tengkinglah lagi.” Daneen menyindir.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now