DLM : 32

4.7K 347 65
                                    

PUJUKAN tak putus-putus dari mulut Aidan sambil tangannya mengetuk pintu kamarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PUJUKAN tak putus-putus dari mulut Aidan sambil tangannya mengetuk pintu kamarnya. Aidan rasa-rasa mahu sahaja menjerit dan melepaskan amarahnya. Dia bukan bermaksud menyalahkan Puan Sri Hana tetapi kata-kata Puan Sri Hana tadi membuatkan dia sendiri terasa hati dan rasa terhina.

Aidan melepaskan keluhan berat. Sekali lagi dia tidak berjaya memujuk Daneen walaupun dengan sepatah kata ugutan mahu memecahkan pintu.

“Along, boleh Andara tolong apa yang patut?”

Aidan kalih, seraut wajah Andara menyapa ruang mata.

“Andara ajaklah mama balik.” Aidan meminta sayu.

Andara mengangguk tanda faham. Dia faham abangnya tersinggung dengan butir bicara mama.

“Along jaga diri baik-baik,” pesan Andara seraya menghulurkan tangannya.

Aidan mengangguk lalu menyambut salaman Andara.

“Kak Long, keluarlah. Kesian Along duduk depan pintu ni, Andara nak balik dah. Kak Long, Andara minta maaf bagi pihak mama.”

“Andara, Kak Long dengar. Andara jangan risau, Kak Long okey. Sekejap lagi dia keluarlah tu.” Aidan mencelah bersama nada suara lembut.

Andara akur dan mengawal kerusi rodanya menuju ke ruang tamu.

Aidan sekadar menghantar Andara dengan ekoran anak mata. Setelah itu, dia mengatur langkah ke ruang dapur. Sementara menunggu Daneen kembali reda, dia akan memasak bubur nasi.

Bahan-bahan dikeluarkan dari almari dan peti sejuk. Periuk di almari kabinet dicapai lalu diletak ke atas permukaan dapur.

Tingkah Aidan terhenti apabila tubuhnya dipeluk daripada belakang. Bahunya juga berlabuh dagu seseorang.

“Kenapa abang backup Daneen? How could you! Kenapa abang buat Daneen rasa bersalah sekali lagi?”

“Sayang...”

Please, just for a while.”

Aidan tidak meleraikan pegangan Daneen dipinggangnya. Dia membisu dan mendengar sahaja luahan hati Daneen.

“Daneen tak suka abang lawan mama. Syurga abang bawah tapak kaki mama.”

Aidan masih mendengar sambil memotong sayur-sayuran manakala Daneen sudah mengeluh, terkilan dengan kebisuan Aidan.

“Kalau dengan cara abang tinggalkan Daneen dapat buat mama hilang marah, abang tinggalkanlah Daneen.”

Potongan terhenti. Aidan terus kalih.

“Apa sayang cakap ni?” Tinggi suara Aidan menyoal.

Aidan menarik nafas mengumpul kekuatannya. Dia terlalu tertekan. Dia kembali merenung sekejap ke wajah isterinya.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now