DLM : 39

5.6K 320 26
                                    

PUAN Sri Hana gelisah di kerusi bahagian ruang menunggu. Tiba sahaja di hospital, dia dikejutkan dengan makluman bahawa Daneen memerlukan rawatan kecemasan dalam kadar segera. Ada satu perkara membuatkan dia hairan, sebelum dimaklumkan oleh jururawat, dia ternampak seorang lelaki bergegas keluar dari wad Daneen.

“Puan Sri,” panggil seorang jururawat menyedarkan Puan Sri Hana dari lamunan tanda tanya.

“Ya saya,” sahut Puan Sri Hana lalu berdiri. Wajah jururawat itu dipandang dengan penuh harapan agar jururawat itu memaklumkan keadaan Daneen tidak apa-apa.

“Puan Sri penjaga Puan Daneen ya?”

“Ya, saya ibu mertuanya. Macam mana keadaan menantu saya ya doktor?” Penuh kebimbangan dalam nada Puan Sri Hana bertanyakan soalan itu kepada doktor tersebut.

“Alhamdulillah Puan Sri, keadaan Puan Daneen stabil dan tak serius.”

Kedengaran dari bibir Puan Sri Hana mengucap kalimah syukur. Lega berkunjung di segenap sudut hati.

“Boleh saya tahu doktor, sebenarnya apa yang terjadi?” Puan Sri Hana bertanya.

“Oh ya Puan Sri, Puan Daneen terjatuh dari katil. Puncanya saya tak pasti, barangkali cuba ke bilik air. Dia sedar nanti kami akan memastikan semula,” maklum doktor perempuan itu bersama nada lembut.

“Terima kasih doktor.”

“Sama-sama Puan Sri. Saya minta diri dulu. Kalau Puan Sri ataupun suami Puan Daneen perlukan keterangan lanjut atau sebarang bantuan boleh ke bilik saya ataupun rujuk pada nurse,” beritahu doktor itu dengan lebih jelas.

“Baik doktor. Terima kasih sekali lagi.”

Doktor itu membalas dengan senyuman kemudian kakinya diatur beredar. Puan Sri Hana menghela nafas lega sekali lagi.

Baru sahaja dia ingin melangkah ke wad Daneen, bunyi nada dering memanggil membuatkan langkahnya terhenti.

Terpampang sebaris nama anak keduanya di skrin menunjukkan nama pemanggil. Dia lantas menekan butang hijau, sejurus itu telefon dibawa ke telinga.

“Assalamualaikum mama, ini Angah. Sorry mama, Angah tengah drive tadi masa mama call,” ucap Hayden memberi salam seraya meminta maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan Puan Sri Hana.

“Waalaikumsalam Angah. Tak apa Angah, mama faham.” Puan Sri Hana menyahut tenang.

“Kenapa mama call Angah? Ada apa-apa berlaku?” Hayden lanjut menanyakan persoalan yang menimbulkan keraguan di hati.

“Tak ada apa-apa pun yang berlaku. Cuma mama call sebab nak minta Angah tolong ambilkan Tok Mek bila Tok Mek sampai kat stesen bas nanti. Tapi tak apa...” Belum sempat Puan Sri Hana ingin menghabiskan ayatnya, Hayden laju mencelah.

“Bila Tok Mek dah sampai mama call Angah. Assalamualaikum mama,” celah Hayden lalu panggilan ditamatkan.

Belum sempat Puan Sri Hana ingin memberitahu bahawa Aidan yang mahu mengambil Tok Mek, Hayden terlebih dahulu menamatkan panggilan. Puan Sri Hana menggeleng. Tahu sangat sikap Hayden yang tidak gemar jika terlalu panjang hal yang diborak. Kalau satu hal je nak cakap, lepas je cakap, memang tamat terus panggilan.

Puan Sri Hana menyambung semula langkahnya. Tiba di muka pintu, tombol pintu dipulas. Puan Sri Hana berpaling setelah pintu wad menantunya ditutup rapat. Wajah syahdu Daneen menyapa ruang mata. Perlahan-lahan bayangan Daneen mula berpusu-pusu masuk ke laman minda.

Tergambar kembali riak muka sedih menantunya apabila mendengar kata-kata yang dilepaskan tanpa sedar dan dia sedar pada Daneen. Sekali gus perbualan dan teguran ibunya yang masih terngiang-ngiang di gegendang telinga kedengaran kembali.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now