DLM : 37

4.5K 320 111
                                    

Cantik tak? Cuma tulah pink sangat😂ni buat sendiri ye, tak terbit pun lagi hahahaha 😂 BELUM TERBIT tau, BUAT SENDIRI je ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cantik tak? Cuma tulah pink sangat😂ni buat sendiri ye, tak terbit pun lagi hahahaha 😂 BELUM TERBIT tau, BUAT SENDIRI je ni.

Cantik ke idok, eh tibers😂tajuk asal Isteri Teristimewa, tapi tula Teristimewa panjang sangat tkleh letak kat cover

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cantik ke idok, eh tibers😂tajuk asal Isteri Teristimewa, tapi tula Teristimewa panjang sangat tkleh letak kat cover. Tapi hangpa jgn pelik na, cita ni tajuk tetap Isteri Teristimewa. Cover tu ja saja saya letak tajuk itu ini😂

Okaylah reading leklok na, saya ada satu satu cita publish tdi petang. Tajuknya Izinkanku Sunting Bunga Syurga baca la na bila hgpa ada masa.

Bab ni kan kalau boleh saya nak dapat 200 vote. Tolong kasi cukup tau hehehe. 😂

BAB 37

AIDAN menarik kerusi lalu ditarik lebih dekat dengan Daneen. Muka ditekup seketika, menahan air mata yang cuba mengalir lagi.

“Kenapa ni abang? Beritahu la Daneen,” gesa Daneen semakin risau tengok Aidan tiba-tiba menangis. Belakang Aidan diusapnya lembut persis memujuk kanak-kanak kecil.

“Abang risaukan Daneen.” Aidan meluah bersama nada sebak di dalam luahan.

Daneen menghela nafas lega. Ingatkan doktor cakap dia dah nak mati. Yelah, risau jugak tengok Aidan menangis-nangis, apa lagi kan kalau tak kerana seorang nak mati.

“Risau sampai nangis? Hisy tak maulah nangis. Lelaki tak eloklah nangis, janganlah nangis abang.”

Aidan angkat wajah melihat Daneen. Sedih bila Daneen berkata sedemikian. Bukan senang dia hendak menangis. Kalau dah tahap menangis, memang sayang sangatlah.

“Dah risau nangis je la. Tak boleh ke?” Kedengaran manja sahaja suara Aidan membalas kata-kata Daneen.

“Mestilah tak boleh. Buruklah abang, tengoklah muka abang tu merah-merah dah macam badut. Hisy tak sesuai.” Muka Aidan ditonyoh-tonyoh. Sememeh je muka Daneen membalas pandangan Aidan.

“Sampai hati sayang membadutkan abang,” balas Aidan bernada sayu.

“Daneen tak sukalah abang nangis. Daneen okey, look at me. Cuma tangan dan kaki Daneen je sakit banyak, lain sikit je. Okey tak? Jangan nangis dah,” pujuk Daneen biasa-biasa seraya mengesat air mata yang membasahi pipi suaminya. Aidan pandang muka Daneen, masih tak percaya Daneen macam tak kesah pun.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now