DLM 2 : 40

4.4K 220 25
                                    

HAYDEN keluar dari keretanya sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Penampilannya ditilik di depan cermin keretanya sebelum memulakan langkah.

“Abang Hayden!”

Belum sempat dia memulakan langkah, satu suara memanggil namanya menghentikan langkahnya untuk bergerak.

Seorang gadis berhijab, cantik rupa parasnya. Manis apabila terukir senyuman di bibir. Lebih menyerlah, gadis itu mengenakan baju kurung berwarna merah jambu serta corak berbunga-bunga.

Hayden tidak berpaling, dia tahu itu suara Nana. Dia masih ingat suara itu. Dia tahu hari ini Nana pulang ke Malaysia.

“Haih... laju betul abang bawak kereta, sampai Nana lambai tangan depan pintu pagar pun abang tak perasan. Abang apa khabar?” Riang suara Nana bertanya. Gadis itu masih termengah-mengah kerana mengejar kereta Hayden. Sempat dia mengerling pondok pengawal, jauh juga dia kejar, patut dah rasa pejat. Namun setakat kejar sejauh ini, takkan dapat dibandingkan dengan betapa lamanya dia menunggukan saat ini.

Tangannya dihulurkan untuk menyalam tangan Hayden namun tidak dilayan. Dia menarik tangannya bersama senyuman nipis. Dia faham Hayden tidak suka mereka bersentuhan walaupun sah. Bibirnya masih terukir senyuman bahkan senyuman kali ini manis dan cantik. Dia lantas mengeluarkan berpucuk-pucuk surat daripada dalam begnya.

“Buat apa kau datang sini cari aku?” tanya Hayden dingin. Dia masih tidak berpaling.

Nana mula rasa aneh. Pergerakannya mengeluarkan berpucuk-pucuk surat tadi terhenti.

Nana langkah mendekat. Dia tidak berani namun dia tetap meneruskan langkahnya. Dia berhenti di depan Hayden. Ketika itu, jantungnya berdetak dengan sangat laju.

“Ini Nana, abang.” Air matanya seakan ingin mengalir tatkala sepasang mata itu tepat ke dalam matanya.

“Apa tujuan kau datang sini?” Hayden rapat selangkah.

Nana melarikan anak matanya ke arah lain. Air matanya yang jatuh tangkas dikesat. Setelah itu, dia berpura-pura ketawa. Wajah itu dipandang semula dengan ekspresinya seperti selalu, ceria.

“Nana rindu abang, lama dah kita terpisah antara waktu dan jarak. Bila Nana telefon susah betul abang nak jawab, kan? Kalau jawab pun, sekejap je dapat dengar suara abang dan berbual dengan abang,” luah Nana bernada pura-pura sedih kemudian dia tersenyum. 

Nana menunduk apabila tiada respon daripada Hayden. Mereka sah diajabkabulkan setahun yang lalu, tapi hubungan mereka dirahsiakan kerana perjanjian antara dia dan abang Nana, Rauf. Malam pergaduhan besar antara dia dan Aidan yang menyebabkan Nek Dara serangan jantung, entah apa yang merasuki batin Hayden sehingga dia mengheret Nana ke dalam nafsunya, ketika itu pula Nana pulang daripada Malaysia bertujuan meneruskan rawatan ke atas Hayden. (Ke atas Hayden? Jadi...? Nak tahu kena tunggu, aku dok atur plot ni)

“Nana balik dulu. Terima kasih sudi layan Nana walaupun sekejap,” gesa suara Nana meminta pamitan.

“Sekarang kau dah tahukan yang surat tu bukan aku yang hantar?” Hayden mengajukan pertanyaan.

Langkahnya terhenti. “Nana ta... tahu...” Teresak-esak suara Nana dek menahan air matanya daripada tumpah.

“Maafkan Nana sebab Nana selalu buang masa abang.” Merah mata Nana melihat sekilas ke raut wajah itu.

“Mujur aku ingat, memandangkan kau ada kat sini biar aku beritahu kau siap-siap sebelum kau kecewa. Buat pengetahuan kau, lelaki yang kau cinta dan sayang sangat tu, dah kahwin sebulan yang lalu. Kalau kau rasa tak bersetuju, silakan hancurkan hubungan dorang macam mana kau hancurkan hidup aku.” Hayden memaklumkan lalu melintasi Nana tanpa menghiraukan esak tangisan gadis itu.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now