DLM : 13

5.9K 449 98
                                    

AIDAN melilau mencari Daneen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AIDAN melilau mencari Daneen. Dari ruang bilik tetamu di tingkat atas sampai ke dapur, namun kelibat Daneen tidak kelihatan. Bimbang bercampur resah.

Tadi dia tertidur lepas memikirkan tentang Daneen. Siap dilamun mimpi dengan Daneen. Bahagian itu dia memang sudah gila bayang. Kalau tidak, tak adalah sampai bawa ke dalam mimpi.

Semua pintu bilik dibuka, mencari keberadaan Daneen. Mana tahu Daneen ceroboh semua bilik. Daneen tu bukan boleh, ada je yang pelik-pelik.

Andara menjegulkan kepalanya dari bawah. Bunyi pintu dibuka dan ditutup berselang-seli. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba abangnya main pintu.

"Along! Along cari apa tu?" laung Andara dari bawah.

Aidan terdengar suara adiknya. Pantas Aidan menjenguk ke bawah.

"Huh?" soalnya acuh tak acuh. Kepalanya penuh, selagi tak nampak kelibat Daneen selagi itu dia tak mampu menarik nafas lega.

"Along cari apa?" ulang Andara sekali lagi.

"Along cari kak long. Andara ada nampak tak mana kak long?" soalnya lagi sambil matanya masih melilau. Ke mana Si Daneen ni?

"Alahai, cari kak long rupanya. Andara ingat abang main pintu." Sempat Andara tertawa, sampai menekan perut si Andara, lucu dengan keletah abangnya itu.

"Janganlah gelak dah, berhenti cepat. Along serius ni, ada nampak kak long tak?" Terasa geram pulak dia dengan adiknya itu. Orang tengah risau, boleh pula dia main-main macam tu.

"Kak long ada tu, dekat luar. Dia tengah ambil angin." Masih bersisa ketawa adiknya itu.

Bersinar mata Aidan. Ingatkan hilang tadi. Sepantas kilat dia turun tangga dan mencari kedudukan Andara. Andara yang perasan abangnya tercari-cari, dia segera melambai tangan.

"Terima kasih adik along!" Sekilas ciuman Aidan mendaratkan di pipi Andara.

Andara tersenyum geli hati. Abangnya ni suka curi-curi cium pipinya. Lagi-lagi bila dapat apa yang dia mahu. Pipinya la dicari untuk dicium.

Aidan mengikat ketat kain pelekatnya. Bimbang terjatuh pula depan Daneen. Dia cepat-cepat menyarung selipar. Matanya dapat mengesan Daneen, Daneen tengah leka nenghayati langit malam.

Aidan mendongak ke langit. Cantiknya ciptaan tuhan. Begitu juga gadis yang berada beberapa jarak darinya itu. Wajah putih bersih milik Daneen, Aidan pandang tanpa berkelip. Daneen antara ciptaan terindah yang pernah Allah hadirkan di hadapan matanya.

Daneen mempunyai bulu mata yang lentik Mata yang bulat serta bibir mungil yang sentiasa merah, tidak kering. Wajahnya bersih tanpa sebarang bendasing.

Aidan tarik senyum malu apabila tersedar pujian yang dia sendiri berikan. Tak percaya dengan perubahan diri sendiri, kehadiran Daneen betul-betul dah mengubah dirinya.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now