DLM : 29

5.8K 395 62
                                    

PINTU bilik rawatan Aidan ditolak perlahan-lahan oleh seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU bilik rawatan Aidan ditolak perlahan-lahan oleh seseorang. Sepasang mata pemilik itu meliar ke setiap sudut. Kakinya dihayun setapak demi setapak ke katil sakit. Kelihatan sekujur tubuh Aidan terbaring di atas katil sakit. Mata itu terlebih dahulu tertancap pada water drip.

Jarum suntikan di dalam poketnya dikeluarkan. Namun baru sahaja dia hendak menyuntik, bunyi beberapa suara di depan pintu wad membuatkan dia segera mengatur langkah menyembunyikan dirinya di belakang pintu.

"Ini wad suami puan," maklum jururawat wanita itu seraya membuka luas pintu bilik rawatan Aidan.

Daneen mengukir senyuman lalu melangkah masuk. Dia menghela nafas lega tatkala melihat sekujur tubuh itu dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia benar-benar bimbang sekiranya berlaku apa-apa kepada Aidan. Lagi-lagi kemalangan tadi berpunca kerananya. Bila teringat semula, dia memang hendak bangun apabila bunyi deruman enjin kereta tetapi seraut wajah serta susuk tubuh yang kelihatan separuh di dalam kereta itu membuatkan dia kaku dan terkedu

Dia memang tak salah, dia yakin sangat yang dalam kereta itu lelaki. Gaya pemakaiannya sama seperti seorang pemuda yang dikenalinya, topi beserta warna kulit kuning langsat separuh wajah manakala separuhnya lagi berwarna kulit asli. Dia yakin lelaki itu adalah pemuda itu. Baginya ianya sangat mustahil. Sudah bertahun lama berlalu.

"Cik Daneen," panggil jururawat tadi menyentakkan lamunan jauh Daneen. Daneen angkat muka memandang wajah itu semula.

"Maaf nurse saya mengelamun pulak tadi," tutur Daneen memohon maaf.

Orang itu tadi tangkas mengatur langkah dan keluar apabila melihat Daneen pusing ke belakang. Sebelum keluar sepenuhnya, dia memastikan posisi Daneen masih kekal. Setelah itu dia berlari keluar.

"Tak mengapa, saya faham. Ya, mujur saya tak terlupa. Esok pagi Puan Daneen perlu mengikuti kami membuat rawatan mengikut prosedur yang ditandatangani Puan Daneen tadi," terang jururawat berbangsa Cina itu berbahasa. Lemah lembut serta sopan tutur bicaranya bahkan Bahasa Melayu fasih.

"Baiklah, terima kasih ya nurse." Daneen membalas dalam intonasi yang sama. Orang berbudi, kita berbahasa.

"Saya minta diri dulu, Puan Daneen."

Daneen mengangguk lalu membalas senyuman jururawat wanita itu. Setelah beredar, Daneen merapati kerusi yang tersedia di tepi katil sakit Aidan.

Punggungnya dilabuhkan di kerusi itu kemudian meraih lembut tangan Aidan. Pipinya didaratkan di telapak tangan Aidan.

"Abang, selepas ni jangan selamatkan Daneen lagi, Daneen tak nak kehilangan abang." Daneen merintih sayu. Air matanya jatuh berlinangan di pipi mengenangkan kejadian yang berlaku malam tadi.

Satu ciuman di pipi dihadiahkan buat suaminya lalu mengambil tangan Aidan semula lalu dikucupnya syahdu.

"Daneen tahu tadi petang tu bukan diri abang, Daneen tak nak salahkan abang. Daneen cuma terkilan suami Daneen berubah secara tiba-tiba. Abang, jangan buat macam tu lagi tau, Daneen tak nak rasa sakit macam dulu lagi," bisik Daneen kemudian dikucup dahi dan kedua belah pipi dan di akhiri di bibir suaminya. Lama bibir Daneen bersentuhan dengan bibir suaminya.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now