DLM 2 : 42

10.6K 296 40
                                    

LAMA Daneen menatap wajah Aidan yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Daneen mendekatkan dirinya dengan Aidan lebih rapat, rambut depan yang menutupi mata suaminya diselak perlahan-lahan. Melihat insan yang disayangi sejak hari mereka berdua diakadnikahkan berada di depan mata, Daneen mengucapkan tanda syukur dikurniakan seorang suami yang baik menjadi peneman hidupnya.

       Hatinya tiba-tiba dirudung sayu tatkala menyedarkan satu perkara, sepanjang kehadirannya dalam hidup Aidan, tidak pernah sekalipun dia tengok Aidan dapat berehat dengan tenang. Kehadirannya dari awal sehingga ke hari ini tak pernah putus mendatangkan masalah.

      “Abang nampak penat sangat. Daripada awal abang jumpa Daneen sampai kita kahwin, harini baru Daneen nampak abang dapat tidur dengan nyenyak. Penatkah selama ni abang melayankan perangai Daneen?” tanya Daneen sendiri sambil mengusap rambut Aidan. Pipinya sudah mula basah dengan air mata yang mula berlinangan. Wanita, mudah sahaja mengalirkan air mata.

“Daneen tak pernah berhenti susahkan abang. Lepas satu masalah, mesti abang terpaksa hadap masalah lagi,” luah Daneen bersama hati yang lara. Semua yang dia cakap berdasarkan apa yang dia lihat. Dia sendiri kecewa dengan diri sendiri kerana jadi manusia yang tidak tahu malu. Berbalik ingatan pada masa yang lalu, benar-benar memalukan sehingga dia rasa mahu menangis tanpa henti.

“Daneen panggil abang dengan panggilan ayah, Daneen buat rumah ayah macam rumah Daneen, Daneen dah macam perempuan tak ada maruah. Daneen sendiri malu dengan apa yang Daneen buat. Memang patut ibu buruk sangka dengan Daneen, Daneen bukan perempuan yang baik, apatah lagi jadi isteri yang terbaik untuk abang,” luah Daneen sejujurnya. Air matanya mengalir laju seiring esakan yang dilahirkan dek tak tertahan sebak yang mengurungi di dada.

Tangan Aidan yang menggenggam tangannya, dikucup lembut. Rambut Aidan dikemaskan sambil menatap wajah Aidan yang putih bersih tanpa sebarang bendasing itu. Untungnya memiliki dia. Tapi Daneen kasihan padanya kerana memiliki dia yang tiada rupa dan tidak memiliki akhlak yang baik.

“Andai suatu hari nanti kita terpisah tak ada la Daneen tertanya sebabnya, Daneen mesti tahu dah yang Daneen tak layak untuk abang.” Daneen bicara sayu. Matanya yang penuh dengan takungan air mata, dia biarkan ianya mengalir tanpa diseka. Tatkala ini, dia hanya mahu menikmati saat menatap wajahnya kerana dia tahu takdirnya tak mustahil berubah nanti.

Entah mengapa setiap kali dia gembira dan bahagia bersama dengan Aidan, dia merasakan yang bahagia itu takkan kekal lama. Daneen dapat merasakan bahagia yang mereka lalui akan berlalu pergi bersama deruan angin.

Daneen tersedar tatkala terleka dengan perasaan apabila air matanya dikesat oleh satu tangan. Siapa lagi kalau bukan Aidan. Tapi, takkanlah! Perlahan-lahan Daneen membuka matanya untuk memastikan. Laju dia menutup semula sepasang matanya. Dia juga mengalihkan tubuhnya membelakangkan Aidan. Dia ingatkan Aidan dah tidur.

“Semua tu dah berlalu sayang, salah abang jugak. Abang sebagai lelaki patutnya tegas dengan sayang, abang tak boleh benarkan sayang tinggal sekali dengan abang. Abang jugak sebagai terlanjur dewasa ni kena tegur pangkat remaja macam sayang tapi abang buat tak endah. Walaupun perkara ni dah lepas, kita tetap kena belajar daripada kesilapan. Jangan ulang lagi dah, nanti abang nak ajar girlfriend abang, jangan jadi macam kita, lagi satu tolonglah girlfriend abang tu jangan jadi macam sayang. Sayang ingat tak yang sayang minta abang mandikan sayang tu? Allah je tahu perasaan abang masa tu, sayang amat menakutkan!” Panjang lebar Aidan cuba menenangkan Daneen. Sempat diselit bahagian yang mendebarkannya.

Daneen memicit dahi menahan malu. Tapi... Siapa 'girlfriend'?

“Siapa abang?” Daneen terus menyoal 'girlfriend' yang dimaksudkan Aidan. Selamba badaknya Aidan menyebutkan 'girlfriend', depan bini pulak tu! Dah tahu dah kut tarikh mati bila.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now