DLM : 26

5.7K 445 99
                                    

"TAK padan dah besar asyik nak gaduh je dengan Daneen," perli Daneen seraya melontarkan jelingan tajam kepada Aidan yang sedang menyuap makanan ke dalam nulut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TAK padan dah besar asyik nak gaduh je dengan Daneen," perli Daneen seraya melontarkan jelingan tajam kepada Aidan yang sedang menyuap makanan ke dalam nulut.

"Behave sayang, sayang yang mula dulu. Tak patut tau sayang sokong Tok Mek cubit abang, cadang cubit sikit tak apalah, ni sayang siap cadang cubit sampai terkeluar isi," omel Aidan membela dirinya. Panjang juga penerangan membela dirinya itu.

Aidan berdecit geram sekali lagi di dalam hati. Tergamak isterinya, luluh hati ini. Merajuk!

"Sejak bila sensetif? Abang sebelum ni yang Daneen kenal kuat gelabah je tau!" lawan Daneen. Dia tak mahu mengaku kalah, takhta kemenangan layak diberi kepadanya dan bukan Aidan.

Aidan bengang sebaik sahaja Daneen mengejeknya kuat gelabah. Tahulah itu kelemahannya. Makin tersayat luka hati ini. Merajuk setahun sayang! Pujuklah! Padan muka, lainkali mulut janganlah celupar sangat!

"Diam, nanti Tok Mek datang." Aidan bertutur dingin sambil menayang muka serius semula.

"Kenapa pulak? Mana boleh diam..."

Belum sempat Daneen meneruskan leterannya, Aidan memotong bersama nada suara tegas. Tak betah mendengar leteran Daneen. Merajuk kan, bukan nak pujuk. Kerja berleter je.

"Daneen Inara, diam."

"Kalau Daneen tak diam abang nak buat apa? Senang-senang je nak arah..." Daneen terjeda tatkala mata Aidan tertunak garang ke arahnya.

Daneen memang mencabar!

Aidan terus bangun dan meraih tangan Daneen supaya berdiri, tubuh Daneen ditarik rapat ke tubuhnya dan seraut wajah Daneen ditenungnya.

"Abang!" Daneen terjerit kecil.

Tanpa membuang masa, bibir mungil itu dikucupnya.

Daneen terdiam dan kaku. Dagunya dipagut oleh Aidan seraya bibirnya didaratkan kucupan tadi membuatkan dia benar-benar terkesima. Tika ini, memang terasa peredaran darahnya terhenti.

"Ini yang abang boleh buat."

Mulutnya bagai digam. Terkunci rapat bahkan lidah terasa kelu yang amat sangat. Benarkah dia baru dicium?

Matanya menghayati raut wajah suaminya. Sepasang mata itu juga tak lepas merenungnya.

Daneen tersentak tatkala Aidan merungkaikan pegangan di pinggangnya. Kenapa lepas? Daneen merasakan tubir matanya mula berair. Terasa panas kelopak matanya. Entahlah dia rasa hiba apabila melihat tingkah Aidan seolah tak ikhlas mengucupnya tadi.

"Now, duduk dan diam."

Daneen akur. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya. Mata masih memandang Aidan. Riak wajah itu tidak beriaksi? Marahkah dia? Tadi dia sekadar mengusik sahaja. Bukan bermaksud mahu Tok Mek mencubit sehingga terkeluar isi. Dia pun tahu sakit.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now