DLM : 35

5.1K 331 34
                                    

SETELAH dua jam berlalu polis menjalankan siasatan di rumah banglo Aidan, namun tidak menjumpai sebarang cap jari ataupun kesan di mana-mana bahagian di dalam rumah itu. Mujur Aidan mempunyai bahan bukti yang dapat membantu pihak polis.

“Saya syak pen ni perakam suara Tuan Isma.” Aidan bersuara seraya menyerahkan pen tersebut kepada pegawai polis itu.

Pen itu bertukar tangan, Tuan Isma menekan butang di pen itu. Bunyi gangguan suara tapi beberapa saat kemudian kedengaran satu suara.

“Perjanjian ketiga adalah aku...” Suara itu kurang jelas oleh kerana diselangi gangguan suasana.

Tuan Isma angkat mukanya pandang Aidan.

“Awak tahu apa yang dimaksudkan oleh rakaman ni?”

Aidan membisu lama.

“Isteri saya tahu, Tuan.” Aidan berdiam lama tapi selepas itu dia bersuara.

“Saya harap isteri Encik Aidan boleh bekerjasama dengan pihak polis, Encik Aidan tak perlu risau, kami cuba menanyakan beberapa soalan untuk siasatan lanjut,” terang Tuan Isma.

“Tapi Tuan, keadaan isteri saya sedikit terjejas sebab hal ni.”

“Tak apa Encik Aidan saya faham dan saya nasihatkan Encik Aidan dan isteri Encik Aidan tidak tinggal di sini lagi buat sementara waktu sehingga siasatan dan kes ni selesai sebagai langkah berjaga-jaga.”

“Baiklah Tuan, saya faham.”

“Mari Encik Aidan.” Aidan mengangguk.

BADAN terasa hangat membuatkan Daneen terjaga dari tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BADAN terasa hangat membuatkan Daneen terjaga dari tidurnya. Tekaknya terasa perit dan sakit. Matanya pula berair. Sejurus itu dia dapat rasa kondisi tubuhnya dalam keadaan tidak sihat.

Daneen cuba melihat keadaan sekeliling namun penglihatannya kelihatan kabur. Tangannya segera naik ke kepala yang tiba-tiba pening.

“Ab... abang...” panggil Daneen perlahan. Suaranya seakan tersekat dan tidak boleh dikeluarkan saat ini, dia rasa lemah dan sakit.

Daneen meraba-raba mendapatkan air yang berada di sisinya atas meja. Tapi oleh kerana penglihatannya terbatas, cawan jatuh berderai dan tangan tidak sempat berpaut. Terdorong ke depan dan hilang pertimbangan membuatkan dia terjatuh.

“Arghh sakit!”

Terkejut Puan Sri Hana yang baru sahaja melintasi depan bilik dan mendengar suara Daneen menyeringai sakit. Segera dia ke bilik itu, pintu dipulas.

“Sakit, arghh sakit.”

Membulat besar mata Puan Sri Hana bila buka sahaja pintu matanya disajikan darah yang mengalir keluar dari tangan Daneen.

“Mak! Daneen jatuh mak! Cepat mak!” laung Puan Sri Hana yang sudah mulai cemas. Dia cepat mendapatkan menantunya.

Puan Sri Hana lantas menarik Daneen jauh dari kaca-kaca yang bertaburan di situ.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now