DLM : 9

6.9K 574 168
                                    

Selepas membaca atau sedang membaca: 1) Awak, awak yang tengah baca ni lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas membaca atau sedang membaca:
1) Awak, awak yang tengah baca ni lah. Awak mesti beri undian, iaitu bintang ⭐. Bintang kat bawah tu ⭐. Jangan lupa follow DiyaDizyaa tau!

2) Komenlah banyak2. 😆

3) Kalau-kalau awak ternampak kesalahan tolong tag (komen) eh😝kat atas ada lagu, open le sambil baca😜

TERBUNTANG mata mereka berempat. Tersentak, terkaku, terkedu, tergamam dan terkejut menyaksikan Daneen tidak semena-mena jatuh pengsan.

"Wook, kaulah buat Cik Daneen pengsan!" Hadi menunding jari pada Wook.

Terkejut besar Wook. Dia memandang Hadi tidak percaya. Kenapa dia pulak?

"Kau yang last Cik Daneen tengok, jadi salah kaulah!" Firash menjelaskan kepada Wook. Dia tahu Wook dah tertanya-tanya.

"Eh asal aku pulak? Hadi, aku tengok kau yang pandang dia bagai nak tembus, aku pulak dituduh!" Lancar Wook membela diri.

Takut juga jadi masalah pada pandangan Aidan. Lagipun dia cuma orang terakhir yang Daneen pandang je pun. Takkanlah sebab dia.

"Cakap baik sikit, aku pandang ala-ala Salman Khan pandang Karina Kapoor!"

"Tak habis-habis dengan Bollywood!" Hadi mula kondem. Bosan mempunyai rakan sekerja yang taksub sangat dengan cerita Hindustan.

Aidan mula perasan mata Daneen kenyit-kenyit ke arahnya. Daneen memberi isyarat membawanya ke tempat lain.

Aidan menekup mulutnya sedikit menggunakan belakang tangan. Dia ketawa halus. Seulas senyuman terukir memberi pesona tampan pada wajah itu.

Dia dah agak dah. Daneen kalau tak berdrama bukan dialah.

"Jadi macam mana sekarang ni, perlu tak kita bawak Cik Daneen ke hospital?" Wook bertanya. Dia menyarankan hospital kerana prosedur yang disediakan lebih cepat dan mujarab.

"Kita kena tanya Encik Aidan dulu!" usul mereka serentak.

"Encik Aidan, kenapa relax? Kalau tunang kitaorang pengsan bukan cemas, rasanya terbelah bumi ni!" Firash meluahkan rasa hairan.

Aidan berdehem kemudian mula menyusun dialog di dalam hati. Dia mencuri nafas lalu memulakan lakonannya.

Wajah mereka dipandangnya seolah berada di dalam situasi sangat sedih dan panik.

"Saya rasa sekarang bukan terbelah je, rasa hancur bumi. Ya Allah Daneen abang, kekasih abang, pujaan hati abang, pujangga di kala malam serigala menyalak. Sayang, are you hear me? Bangun sayang, abang risau sayang."

Perlahan-lahan tubuh kecil milik Daneen dicempungnya. Tangan Daneen yang layu naik merangkul leher Aidan.

Sekali lagi, mereka bertiga terkejut. Adegan apa yang berlaku di depan mata mereka ini?

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now