🌹| 04

9K 407 4
                                    

Rayyan menyudu nasi goreng ke dalam mulutnya. Puan raudhah dan zaira pula rancak berbual. Rayyan langsung tiada niat nak menganggu sebab mereka berbual tentang memasak, hal perempuan yang memang tak ada kena dengan jiwa rayyan.

"Sedap tak nasi gorengnya, yan? " soal puan raudhah.

Rayyan yang sedang mengunyah pantas menaikkan anak matanya.

"Sedap. " balasnya sepatah. Sudu mengaup nasi goreng ke tengah pinggannya.

"Hari ini, zaira yang masak. Emak cuma duduk kat tepi je tau. " ujar puan raudhah.

"Emak dah kata, zaira ini memang pandai masak. Tulah yan tak percaya lagi. " sambung puan raudhah lagi.

"Eh, bila yan cakap yan tak percaya? "

"Ada. "

Malas nak berbalah dengan emaknya, rayyan hanya diam dan menjamu nasi goreng lagi. Memang sedap dan kena dengan citarasanya. Masuk ini dah dua pinggan dia tambah.

"Bila yan nak bawa zaira pergi rumah yan? " soal puan raudhah.

"Cadangnya hari ini mak. Mungkin petang kut. Sekali pindah terus barang lah. " ujar rayyan.

"Haa dengar tak tu, zaira? Nanti naik kemas barang ya. " ujar puan raudhah.

Zaira hanya mengangguk. Teko diangkat dan menuang air teh ke dalam cawan rayyan. Tersenyum puan raudhah melihat zaira yang pandai melayan suaminya.

Sungguh sopan hasil didikan nenek Tijah. Nenek angkat zaira. Juga kenalan puan raudhah. Begitulah bagaimana dia bertemu dengan gadis itu.

"Emak tak kisah ke tinggal seorang diri kat rumah? " soal zaira.

"Hmm semenjak arwah abah rayyan meninggal dunia lagi, emak dah biasa duduk seorang diri. Rayyan pula dah pindah rumah masa dia mula mula kerja dulu. " balas puan raudhah.

"Tak seram ke? " soal zaira lagi.

Mana taknya. Rumah puan raudhah ini walaupun kecil tapi dua tingkat. Kira besarlah tu. Dia yang duduk dengan nenek Tijah berdua pun kadang kadang seram juga.

"Alah, asal bisa tegal biasa. Ya tak? " balas puan raudhah dengan sengihan.

Zaira pun membalas dengan senyuman. Melihatkan rayyan yang sudah habis makannya, pantas pinggan rayyan diambil.

Zaira mengumpul pinggan mangkuk yang kotor dan dibawa ke singki untuk dibasuh. Pili air dibuka dan satu persatu pinggan mangkuk dibasuh.

"Zaira."

Zaira memandang ke tepi. Entah bila masa rayyan ada disebelahnya. Zaira berganjak memberi ruang rayyan untuk membasuh tangannya.

Rayyan membilas tangannya dibawah pancuran air paip. Dengan cekap bibirnya berlabuh di pipi merah zaira. Zaira terkedu. Melihatkan isterinya yang bertambah merah wajahnya buatkan rayyan tersenyum lucu.

"Terima kasih sebab masakkan. " ujar rayyan. Sekali lagi pipi isterinya dikucup.

"Janganlah, malu lah kalau emak nampak. " perlahan sahaja suaranya. Rayyan tertawa kecil.

Sekilas zaira memandang belakang. Nasib baik puan raudhah tak nampak sebab sedang menyantap sarapan lagi. Kepalanya beralih memandang hadapan semula.

Cup! Sekali lagi pipinya menjadi sasaran bibir nakal rayyan berlabuh. Bertambah merahlah pipi zaira.

"Awak! "

Rayyan menghambur tawa kecil lagi.

MRS. RAYYAN ✔Where stories live. Discover now