🌹| 08

7.9K 345 2
                                    

"Zaira masuklah kereta dulu, biar abang bawa masuk barang dalam but kereta. " ujar rayyan.

Plastik plastik bertulis 'aeon big' berwarna oren dimasukkan ke dalam bit kereta. Zaira masih berdegil. Dia juga memasukkan beg plastik dalam but kereta.

"Zaira nak tolong abang. Zaira kan isteri abang. " ujar zaira.

Rayyan hanya mengulas senyuman. Siap memasukkan barang, rayyan mengarahkan zaira masuk ke dalam kereta sementara dia menolak troli ke tempat pengumpulan troli.

Kalau ikutkan dia tak rajin nak menapak ke tempat troli. Jauh. Tapi tulah, hanya sebab lima puluh sen yang dia selit kat 'entah apa natang tu' dia terpaksa tolak juga.

Sayang woo.. Duit itu. Walaupun lima puluh sen aja.

"Abang.. Janganlah macam ini. Sakit.. "

"Ini akibat kau degil! Aku dah katakan balik rumah, tapi kau degil juga! "

"Abang! "

Langkah rayyan terhenti. Drama tak sampai lima minit itu buatkan dia terpaku. Seorang lelaki yang baginya dayus, telah menampar seorang wanita bertudung labuh itu.

Tak tahu malu ke gaduh di tempat awam. Bahkan bukan pasangan itu sahaja malu, tapi sebagai kaum Adam, rayyan juga turut malu bila lelaki itu sewenang-wenangnya meletakkan tangan atas wanita itu.

Tak patut betul. Kalau kahwin sekadar nak menyakiti wanita itu, maka tak usahlah kahwin.

Tangannya tergenggam geram. Rayyan menolak troli ke tempatnya. Lima puluh sen diambil daripada palang troli. Kepalanya memusing.

Dua manusia yang dikira suami isteri itu masih tak berganjak daripada tempat mereka bertengkar. Wajah lelaki itu nampak tegang dan ketat sahaja. Manakala wanita itu pula..

Rayyan terkedu beberapa saat.

"Aufa? "

***

Rayyan dan zaira senyap sahaja di dalam kereta. Suasana malam buatkan wajah kedua suami isteri itu diterangi bila hanya ada lampu neon ditepi jalan sahaja.

Zaira meramas kedua tapak tangannya. Kesenyapan rayyan buatkan zaira ingin tahu apa puncanya. Beberapa kali dia menoleh pada raut rayyan yang kosong dan seakan memikirkan sesuatu.

Sebelah tangan rayyan memegang stereng kereta manakala sebelah lagi menjadi tongkat menahan tubuhnya di pintu. Jari telunjuknya mengetuk ngetuk dagunya.

"Abang fikir apa? Senyap aja dari tadi? " akhirnya terluah juga suara zaira.

Rayyan sedang mengelamun tidak menjawab. Zaira bertambah pelik. Tak dengar ke apa?

"Abang? "

Lamunan rayyan pecah. Pantas diberi pandangan pada zaira sekilas.

"Ha kenapa? " balas rayyan.

"Abang fikir apa? Jauh termenung? " soal zaira.

Kini perhatiannya hanya terarah pada rayyan sahaja. Rayyan hanya senyum dan memberi gelengan kecil.

"Abang tak fikir apa apa pun. " balas rayyan.

Tangan yang menongkat mengganti tangan yang memegang stereng. Tangan yang memegang stereng terus mencari tapak tangan isteri mudanya.

Tapak tangan zaira tenggelam dalam genggaman rayyan.

Walaupun kurang yakin dengan jawapan rayyan, zaira diamkan sahaja. Baginya rayyan sudah bersuara pun buatkan dia lega.

"Kalau abang ada masalah, abang boleh share dengan zaira. Zaira ini bekas prs kat sekolah dulu tau. " ujar zaira.

"Prs? Pembimbing rakan sebaya, abang bukan sebaya dengan zaira pun. " balas rayyan.

"Kalau macam itu, sekarang zaira dah jadi jawatan lain. "

"Apa dia? "

"Pms, pendengar masalah suami. "

Tumpah tawa rayyan. Ada sahaja gelagat zaira buatnya terhibur. Walaupun dikategorikan lawak hambar, tapi kalau zaira yang bagi, semuanya jadi lawak bagi rayyan.

Zaira tersengih mendengar tawa rayyan.

MRS. RAYYAN ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu