🌹| 17

7.8K 298 0
                                    

Bunyi alarm nyaring di tepi telinganya buatkan rayyan membuka kelopak matanya. Perkara pertama yang menjamu matanya ialah wajah zaira di hadapannya yang lena. Wajah polos itu kemerahan kerana suhu badannya yang naik.

Haih.. Macam manalah isteri mudanya ini boleh demam. Terlampau banyak buat kerja agaknya.

Rayyan meraup rambut zaira yang jatuh atas wajah ke belakang kepala. Kedudukan kepala zaira atas lengannya juga dibetulkan. Bibirnya mengucup dahi zaira. Terasa hangat.

Kedudukan zaira yang kecil di dalam pelukannya buatkan rayyan seakan tidak mahu menolak selimut. Rasa nak sambung tidur lagi. Dengan zaira di dalam dakapannya.

Rayyan mengatup matanya. Zaira tengah demam takkan dia nak pergi kerja juga. Tapi dia memang tak dapat nak cuti hari ini. Dia ada mesyuarat pula pada hari ini.

"Hai.. Tak boleh leka ini. Mahu aku terlajak tidur. "

Rayyan menolak perlahan tubuh zaira. Tangannya dibawah kepala zaira di tarik perlahan lahan. Tak mahu zaira terjaga.

Mungkin terasa sebelahnya kosong, zaira merengek kecil. Matanya terus terbuka.

"Abang nak ke mana? " soalnya perlahan. Masih mamai.

"Abang nak siaplah pergi kerja. Zaira tidur ya? Zaira tak sihat ini. Nanti abang hantar zaira pergi rumah emak. " ujar rayyan. Tangannya mengelus dahi zaira. Panas.

"Kerja?! "

Saat di mana rayyan sudah bersila di atas katil, zaira mengambil kesempatan untuk bangun dan duduk di pangkuan rayyan. Wajahnya di sembam ke ceruk leher rayyan. Automatik rayyan mengusap rambut ikal mayang hitam milik zaira.

Hembusan nafas zaira terasa berat dan hangat.

"Zaira tak nak abang pergi kerja. Zaira nak abang je. " rengek zaira.

Tak kisahlah orang nak kata dia gedik ke apa tapi memang dia nak rayyan aja sekarang ini.

"Mana boleh. Abang kena kerja, cari nafkah untuk keluarga kita juga. Zaira tinggal kat rumah emak ya? " pujuk rayyan.

Kalau zaira berkeras lagi memang tak pergi kerja lah dia jawabnya.

"Tak nak! Zaira nak abang juga! " zaira mencebik. Kedua belah tangannya direhatkan atas bahu rayyan.

"Zaira jangan lah macam ini. Zaira duduk rumah emak eh? Abang risau kalau zaira seorang seorang kat rumah. Lepas kerja abang terus ambil zaira. " rayyan tak berputus asa memujuk zaira.

"Tak nak.. "

"Kalau macam itu abang tak nak lah kawan zaira. "

Zaira tersentak. Pantas kepalanya diangkat memandang wajah rayyan yang seinci daripada wajahnya. Air matanya sudah bergenang.

"Mana boleh. "

"Boleh. Siapa suruh zaira degil sangat tak nak dengar cakap abang. " rayyan mengacah untuk meletakkan tubuh zaira ke atas katil semula. Namun zaira mengeraskan tubuhnya.

"Okay. Zaira pergi rumah mak. " zaira mengalah juga. Wajahnya disembam ke bahu rayyan semula.

Berat hatinya nak melepaskan rayyan kerja. Kalau boleh 24 jam dia nak berkepit dengan rayyan.

"Good girl. " rayyan mengucup bahu zaira. Terasa hangat sangat tubuh itu. Lepas mengucup dia merehatkan wajahnya atas bahu zaira. Haruman isterinya diambil.

"Zaira ini goda abang betullah. " ucap rayyan. Zaira tertawa kecil tetapi masih lemah. Sakit kepalanya kembali menyerang.

"Mana ada.. Abang yang senang tergoda. Zaira tak buat apa pun. " balas zaira.

"Yelah.. Salah abang. " rayyan terus mencium bahu zaira lama kemudian naik ke ceruk leher.

Zaira tertawa geli.

"Bila abang nak siap? "

"Nak siap lah ini. Nak ambil mood sekejap. " rayyan menyambung mencium zaira.

Zaira membiarkan sahaja.

MRS. RAYYAN ✔Where stories live. Discover now