🌹| 19

7.8K 293 0
                                    

"Okay dah sampai. "

Rayyan menarik handbreak kereta setelah kereta parkir di dalam garaj. Zaira menanggalkan tali pinggang keledar dengan segera.

Pintu kereta bahagia penumpang zaira dibuka Rayyan. Tangannya dihulur pada zaira. Dengan senyuman zaira sambut. Berdiri sahaja zaira hadapan Rayyan, Rayyan menekap belakang telapak tangan di dahi zaira.

"Tak demam dah? " soal Rayyan.

"Dah kebah sikit lepas makan ubat yang mak kasi. " balas zaira.

Rayyan tersenyum lega. Terus bibirnya mengucup dahi zaira.

"Dah jom masuk. " Rayyan menarik lengan zaira.

Zaira menahan. Bibirnya dimuncungkan pada Rayyan.

"Kenapa ini? " tangan dibawa mengusap kepala zaira seakan anak kecil.

"Nak dukung? " pinta zaira.

Tanpa banyak bicara, rayyan terus mendukung zaira persis bayi kecil. Tubuh kecil zaira di gendong hadapan. Untuk mengelak jatuh, zaira memeluk leher rayyan. Kemudian kepalanya diletak ke ceruk leher rayyan.

Zaira tersenyum kecil dibalik leher rayyan. Kedudukan yang rapat ini dapat dia rasakan degupan jantung rayyan dan dirinya kencang dan selari. Betul kata nenek tijah, bercinta lepas nikah itu indah.

"Senyap je sayang? Fikir apa? " sambil mengendong, rayyan membawa tubuh zaira ke muka pintu.

Tombol pintu dipulas.

"Tak. Tak ada apa apa.. " balas zaira.

"Cuma.. Zaira rindu abang je. " sambung zaira lagi.

Tersenyum rayyan mendengar. Seakan terasa penat kerjanya terbang terus daripada bahu. Makin bertenaga dia mengendong tubuh zaira.

"Abang pun rindu zaira juga. "

Pantas dua ulas bibir milik rayyan berlabuh di pipi zaira. Berbahang pipi zaira menahan malu, tapi dia suka.

Kemudian rayyan yang mengendong zaira masuk ke dalam bilik mereka. Perlahan tubuh zaira diletak atas katil. Zaira yang entah apa angin dia datang pula miangnya menarik tubuh rayyan sehingga menindih dirinya.

Rayyan menahan dengan kedua tangannya di sisi tubuh zaira agar tak terus menindih.

"Nakalnya dia. " rayyan tersengih nakal.

"Mana ada. " balas zaira.

Hidung mereka bertemu. Di dalam jarak yang dekat zaira dan rayyan saling bertatapan lama mengalirkan rasa kasih sayang dan cinta kepada antara satu sama lain.

Mungkin pada rayyan, zaira cinta keduanya tetapi dia berjanji zaira adalah cinta terakhirnya dan selamanya.

Rayyan menjatuhkan bibirnya atas pipi zaira.

"Abang ini hensem lah. Macam mana lah zaira tak cair. " puji zaira.

Ciuman rayyan dibalas pada dagu rayyan. Itu sahaja tempat terdekat.

"Zaira pun cantik. Macam manalah abang nak lupa. " balas rayyan.

Zaira tertawa kecil. Zaira melarikan jari telunjuknya di tepi dahi rayyan. Jari telunjuknya melukis lukis disitu sebelum jatuh ke tulang pipi. Setiap pergerakan jari nakal zaira diperhati rayyan.

Akhirnya jari itu berhenti di belahan dagu rayyan. Jari jemari kecil itu menarik dagu rayyan perlahan lahan mendekatkan dua ulas bibir rayyan dengan bibirnya.

Rayyan sudah memejam mata menanti bibir manis zaira. Begitu juga zaira.

Tenenet~tenenet~

Caller ringtone telefon rayyan mematikan pergerakan zaira. Bibir sudah bertemu namun kaku. Rayyan terus menjauhkan wajahnya dengan zaira. Sebelah tangannya mengeluarkan telefon bimbit dalam poket seluarnya.

Zaira sudah mencebik. Dalam hati dah berbakul sumpah dia beri pada si penganggu.

"Errr.. Zaira.. Abang angkat call kejap eh? " soal rayyan. Wajah masam zaira dibawahnya dipandang.

"Hmm.. Pergilah. "

"Okay."

Rayyan bangun daripada menindih tubuh zaira. Kakinya terus bergerak ke luar kamar mereka. Zaira sudah menumbuk tilam saat melihat tubuh rayyan menghilang.

Geramnya!

"Ala.. Siapa yang ganggu tu? Memang nak kena betullah. " rungut zaira.

Entah entah kak aufa.

Pantas zaira mengangkat tubuhnya. Kerana rasa hati yang tak tenteram dan dicampuri rasa cemburu, zaira mengintip suaminya yang sedang berbual dengan telefon di ruang tamu.

Rayyan ketawa harmoni dengan senyuman terhias di bibirnya.

Zaira mengemam bibir. Siapa yang membuat panggilan dengan suaminya pada waktu malam ini?

MRS. RAYYAN ✔Where stories live. Discover now