🌹| 12

7.4K 332 0
                                    

Zaira menolak daun pintu bilik mereka ingin mengajak rayyan bersarapan. Kalau di tunggu terasa lama pula. Jadi dia menerjah bilik.

Rayyan yang sedang mengikat tali leher menjadi santapan matanya. Lelaki itu memang segak mengenakan kemeja berserta tali leher. Aishh suami siapa lah ini.

Macam manalah zaira tak jatuh cinta tiap tiap hari.

"Abang.. " panggil zaira.

Rayyan yang berdiri hadapan meja solek didekati. Rayyan terus memusingkan tubuhnya menghadap zaira.

"Hmm? Kenapa? " soal rayyan.

"Abang lambat lagi ke nak pergi kerja? "

"Ada lagi satu jam sebelum masuk kerja, kenapa tanya? "

Zaira mengetuk dagunya. Matanya jatuh pada tangan rayyan yang mengikat tali leher itu.

"Sempat tak kalau abang nak ajar zaira cara pakai tali leher? " zaira berkata.

"Kenapa zaira nak belajar? Zaira nak pakai tali leher ke? " tanya rayyan lagi.

Zaira geleng kepala. Tangannya menarik tangan rayyan yang sedang memperkemaskan ikatan. Buatkan rayyan terus memandang isterinya yang paras lehernya itu.

"Zaira nak belajar sebab nanti zaira boleh lah tolong pakaikan untuk abang. Boleh tak? " zaira berkata. Rayyan mengusap kepala zaira sambil mengangguk.

Tali lehernya diuraikan semula. Zaira memandang dengan berminat.

"Tengok betul betul abang buat ini. Mula mula, letak kat leher abang, lepastu ukur sebelah sini mesti pendek berbanding sebelah yang sini. Faham? " ujar rayyan. Tali leher yang berada di lehernya ditunjuk pada zaira.

Zaira mengangguk.

"Lepastu buat macam ini. "

Rayyan mengikat tali lehernya dengan mudah. Zaira mengangguk berkali kali macam burung belatuk.

"Lepas itu betulkan sikit bagi kemas. "

Tali lehernya diketatkan mengikat keselesaan.

"Okay, dah siap. Faham tak? " rayyan menunjukkan hasil tali lehernya pada zaira. Zaira membelek tali leher itu dan mengangguk faham.

Rayyan merungkaikan semula dan beri tali leher itu pada zaira.

"Zaira buat pula. " rayyan membiarkan zaira mengikat tali lehernya semula.

Zaira mengikut seperti apa yang diajarkan. Rayyan memerhatikan sahaja tapak tangan kecil yang putih menampakkan urat hijau kecil milik zaira.

Aihh putih melepak betul isterinya ini.

"Eh salah tu. " rayyan menegur. Zaira lantas tersengih kecil dan membetulkan.

Setelah siap, zaira mengetatkan mengikut keselesaan suaminya. Kolar kemeja dibetulkan. Zaira tersenyum puas.

"Okay tak? " soal zaira.

Rayyan mengangguk. Dia tersenyum kecil. Nasib baik zaira ini cepat belajar.

"Okay dah ini. Terima kasih. " pantas rayyan mencium dahi zaira.

Zaira tersenyum malu.

"Lepas ini boleh zaira pakaikan tali leher abang lagi. "

"Tali leher je? Baju lain tak nak pakaikan ke? Macam kemeja ke, seluar ke, seluar dalam ke? " seloroh rayyan.

Zaira mencebik geram. Rayyan ini suka betul kenakan dia. Merajuk kang baru tahu.

Cup!

Zaira terkedu saat bibirnya dicium curi oleh rayyan. Pantas matanya memandang rayyan yang langsung tak buat muka bersalah.

"Apa? Abang nak claim kiss morning abang je. " balas rayyan saat tersedar pandangan zaira padanya.

"Yelah.. "

MRS. RAYYAN ✔Where stories live. Discover now