special chapter: zairayyan

9.1K 292 10
                                    

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN...

"Booooo chak! "

"Hehehehehe! "

Zaira tersengih lebar melihat bayi kecil lelaki itu ketawa mengekek setiap kali dia mengagah. Pipi bayi kecil itu diusap dengan jari telunjuknya. Lembut dan gebu.

"So apa nama budak ini? Comelnye dia. " Rayyan juga geram melihat pipi comel itu yang naik setiap kali bayi kecil itu senyum.

"Muhammad iffat nazmi. Nama ini aufa yang cadangkan. Aku pun setuju jelah. " balas nazran.

Aufa yang setia disamping nazran mengangguk.

"Ouhh.. Nak panggil apa? " zaira bertanya. Bayi yang berusia satu bulan itu diambil dan di dukung penuh berhati hati.

"Sukahati. Tapi kami prefer nak panggil iffat je. " balas aufa. Nazran pula mengangguk.

"Abang, aufa nak ke dapur buat air sekejap. " beritahu aufa. Dia sudah pun bangun daripada bersimpuh.

Melihatkan isterinya bangun, nazran pun tergedik nak ikut juga. Dia membontoti langkah aufa ke dapur meninggalkan Rayyan dan zaira di ruang tamu. Zaira masih leka mengkelek bayi yang comel itu.

"Abang... Abang termenung apa? Pandang iffat macam nak tembus aja. " soal zaira. Kini wajahnya beralih pada Rayyan.

Rayyan yang tersedar pantas memandang ke dalam anak mata zaira. Senyuman kecil ditarik dan tapak tangannya mengusap kepala zaira. Dalam hati dia suka melihat zaira yang langsung tak kekok mengendong bayi.

Dia membuat gambaran yang zaira sedang mengendong bayi mereka nanti. Gembiranya hati.

"Abang.. Comel kan baby ini? Zaira rasa nak bawa dia balik rumah je. " senyuman yang lebar mengendur sedikit. Rayyan yang perasan perubahan itu pantas bertanya.

"Kenapa muncung pula? Bukan happy ke dapat pegang baby? "

"Mesti abang teringin nak zuriat kan? "

Kini iffat beralih ke pangkuan rayyan. Zaira pula hanya menunduk bermain dengan jarinya.

"Abang tak kisahlah. Kalau ada rezeki Alhamdulillah, kalau tak ada kita usaha lagi. Mungkin kene lebih ekstrem sikit usaha itu.. " rayyan menjongket kening nakal pada zaira. Pantas zaira menolak pipi rayyan.

Malu dia.

"Maaflah kalau zaira tak dapat nak memenuhi hajat abang. Zaira rasa macam tak berguna aja kalau tak dapat mengandung. Kalau ikutkan... " zaira mencongak mengira dengan jarinya.

"...Dah setahun lebih kita nikah tapi zaira masih tak ada tanda tanda mengandung pun." ujar zaira.

Rayyan mencium dahi zaira sekilas. Kemudian pipi gebu iffat. Zaira memandang rayyan dengan sayu.

"Setiap suami pasti mahukan zuriat penyambung generasi dia. Tapi abang langsung tak fikir itu... Okay maybe abang ada fikir tapi abang tak kisah pun kalau tak ada atau lambat datang. Apa yang penting zaira kena selalu ada di sisi abang. " pujuk rayyan.

Hati sayu zaira sedikit terhapus dengan pujukan rayyan. Pantas tangannya dibawa ke dalam genggaman rayyan dan tapak tangan itu diramasnya. Dengan laju rayyan mengucup lagi dahi zaira.

"Terima kasih abang.. "

"Sama sama sayang. "

****

Rayyan yang hanya berseluar keluar daripada bilik. Dah lama dia tunggu zaira dalam bilik tapi perempuan itu tak muncul muncul. Kerana penat menunggu, Rayyan keluar juga. Beberapa langkah dibuka ke ruangan dapur yang agak berselirak dengan tepung dan beberapa barang bakeri yang lain.

MRS. RAYYAN ✔Where stories live. Discover now